Showing posts with label WESTERN FOOD. Show all posts
Showing posts with label WESTERN FOOD. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

Shepherd Pie

Assalamualaikum...berlalu sudah ramadhan dan hari ini di Syawal yang ke empat , bersyukur kerana kita masih lagi berpeluang meraikannya. Sarapan apa pagi ni ya.... Saya belum lagi bersarapan...gatal tangan pulak hari ni nak mengetuk lappy ni... adakala mood malas ke dapur serta mengemas rumah datang bertandang..apa lagi dengan keadaan dapur saya yang sedang di perbaiki sana sini...

Sebelum terlewat, ingin saya mengucapkan Selamat menyambut Aidil Fitri kepada semua yang sudi berkunjung ke azian collections... Maaf zahir dan batin se andainya tulisan saya ada yang menyinggung perasaan...

Tentu ada yang hendak meraikan tetamu hari ini ...apa menu agaknya ya... selalunya masa raya begini menu yang selalu di hidang mestinya nasi atau mee... cuba kali ni kita buat Shepherd Pie pulak...
Amat sesuai untuk anak-anak... Ish ish ish... mak bapak budak pun sukaaa....

Ni saya masak masa berbuka di bulan ramadhan tempohari. Sorry la ya gambar di ambil dengan kamera talifon ajer... almaklumlah tengah berbuka...tak da masa nak ber posing bagai...
Seisi keluarga sukakanya... saya gandingkan ia dengan lamb Chop. Kalau ada yang dah mula berpuasa sunat syawal bolehlah buat untuk berbuka nanti ya.

Nak buat pun senang ajer... dan yang pasti ada kelainan menu untuk meraikan tetamu pada kali ini....
Yang ini style saya la ya...tentunya ia mudah dan cepat di masak....

SHEPERD PIE

BAHAN-BAHAN

6-8 biji potato russet
(ada di tesco/supermarket)

250 gm cream cheese

50 gm butter
(saya guna scs)

serbuk lada hitam

600 gm daging cincang

1 tin /1/2 botol spagetthi sos
(saya guna tradisional mushroom)

1/2 cawan cili sos

1 cawan mixed vegetable

2 helai bay leaf

4 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

cendawan butang
(jika suka)

1-2 biji tomato

oregano flakes

Campuran mozarella, cheddar & parmesan cheese
(untuk topping-jika suka)

CARA MENYEDIAKAN:-

Buang kulit kentang dan potong kecil. Rebus sehingga empuk bersama sedikit garam. Sementara itu, Cincang bawang putih ( saya tumbuk), bawang besar, tomato dan cendawan. Panaskan sedikit minyak (saya guna minyak zaitun) dan tumiskan bawang putih. Apabila kekuningan masukkan daging cincang dan gaul rata. Masak sehingga agak empuk dan masukkan pula bawang besar, bay leaf, mixed vegetable,cendawan dan tomato. Kacau rata dan masak lagi sehingga bawang agak layu.
Masukkan pula cili sos, spagetthi sos oregano flakes, sedikit lada hitam, garam dan gula secukup rasa. kacau rata dan masak sehingga agak pekat. Angkat dan ketepikan.
Toskan kentang yang telah empuk tadi dan masukkan ke dalam bekas besar supaya mudah untuk di lenyek. Masukkan butter, cream cheese dan sedikit lada hitam. Lenyek-lenyek dan ratakan.
Masukkan sos daging tadi kedalam mangkuk kaserol atau loyang pembakar. Letakkan pula kentang yang telah dilenyek tadi di atasnya. Dengan berhati-hati, ratakan kentang di atas sos daging. Taburkan campuran mozarella, cheddar dan parmesan cheese di atasnya. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 160 darjah celcius selama 20 minit dengan api atas bawah dan 10 minit lagi dengan api atas sahaja. Angkat dan hidang.
# sos daging boleh di tambah cili kisar jika mahu sedikit pedas  untuk citarasa Malaysia.....
   jika sos agak cair, boleh tambah 1-2 tbsp tepung jagung yang di cairkan ketika memasak sos.

Wednesday, July 25, 2012

Steak Wif Butter Rice



Assalamualaikum ...ada yang tengah masak ker tu...Apalah juadah berbuka malam nanti agaknya ya...

Dah hari-hari masak buntu jugak fikiran kan...

Ok ..ni akakkk bagi idea, apa kata hari ini kita ubah selera ala-ala western pulak....

Selalu kita makan kat restoran ajer, bulan-bulan posa ni apa kata kita masak sendiri...bukan apa selalunya

 restoran sesak ajer masa-masa gini dan jangan lupa boleh jimat belanja tetapi macam makan kat restoran

 jugak...

So, ni menu berbuka kami semalam....iftar hari ketiga...




Resepi ni pasti tak mengecewakan.... setiap kali buat Steak saya pasti guna resepi ini.

Tapikaaannnnn..... sebab kita ni perut orang melayu mesti nak nasi jugak...pada anak-anak saya lah...

Aiman tak kisah.....hehehe. Jadi saya masak kanlah Butter Rice ni sebagai side dish. Plan nya nak buat

 mashed potato atau macaroni n cheese. Tapi karang ada yang cari nasi jugak... kena buat kerja 2 kali pulak!

Tapi sedapppp U....anak saya lah yang cakap....'macam kat Manhattan Fish Market tu bu'....Yeay....

puas hati akakkkk mendengarnya....




Tengok tu....berkilat ajer nasi dia...makan dia saja pun dah sedap...lebih-lebih lagi waktu berbuka...




Kepada yang bekerja kalau nak buat tu...boleh la siap-siap perap daging pada malam nya. Sebab bila perap

 lama lagi ummmphhh...Boleh juga kalau nak tukarkan kepada lamb....Lagi sedap!

So bila balik kerja esok cuma tinggal panggang daging, buat kuah....klu malas nak makan nasi, gorengkan

 fries ajer....


STEAK

6-8 Keping daging steak

1 kiub ayam 

1 sudu besar serbuk lada hitam

4 ulas bawang putih

sedikit olive oil atau butter



CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan semua bahan dan lumurkan kepermukaan daging. Perap seketika atau semalaman.

2. Panaskan sedikit butter pada grill pan dan panggang daging hingga masak dan selesai kesemuanya.

3. Tuangkan 1 cawan air kedalam bekas daging yang di panggang tadi. Kacau rata dan tapis.


STEAK SAUCE

1 tin mushroom sup campbell

2 ulas bawang putih

sedikit serbuk lada hitam

air dari bekas daging yang di panggang


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Tumbuk bawang putih dan tumis bersama sedikit butter.

2. Masukkan air daging tadi , sup campbell dan juga serbuk lada hitam. 

3. Masak sehingga pekat.

#tak perlu letak garam.


BUTTER RICE

1 Mangkuk nasi sejuk.

 2 sudu bawang putih kisar

1/2 cawan butter

sedikit lada sulah

garam secukup rasa

1-2 titik pewarna egg yellow

CARA MENYEDIAKAN.

1. Tumis bawang putih bersama butter sehingga naik bau. Gunakan api sederhana dan jangan biar butter terlalu lama di atas api. Masukkan juga sedikit garam dan pewarna kuning.

2. Masukkan nasi dan gaul rata. Taburkan pula serbuk lada sulah. Gaul rata dan masak sehingga butter nampak mesra bersama nasi.


Tuesday, May 3, 2011

SWEET SOUR CHICKEN CHOP


Assalamualaikum..

Bercinta juga saya nak mengupload N3 kali ni. Menggunakan broadband begitu menguji kesabaran.

Saya sempat ke bilik air mencuci muka barulah muncul gambar di skrin. Patutlah saya selalu ternampak ramai yang mengeluh
  
di FB mengenai kura-kura broadband ini. Selalunya saya gunakan streamyx dan jarang menghadapi masalah 

kura-kura ni....

Sebelum dia merajuk... jom tengok dinner kami tadi...Sweet Sour Chicken Chop . Ala.... yang ala-ala 

Hainanese Chicken Chop kat Kluang Station tu...

Tapi ini resepi citarasa saya la...Apa pun sudah pasti anak-anak saya suka....





SWEET SOUR CHICKEN CHOP

BAHAN-BAHAN

Bonless chicken

seasoning

lada sulah

putih telur

bread crumb

1 biji bawang besar

2 Ulas bawang putih

2 Ulas bawang merah

1 Tin baked bean

3 Sudu besar sos cili

3 Sudu besar sos tomato

1 cawan air

1 Sudu sos tiram

lada sulah

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Perap ayam dengan seasoning dan lada sulah sebentar.Celup di dalam putih telur dan salut dengan bread crumb.

2. Goreng di dalam minyak penuh hingga kekuningan, angkat dan toskan.

3. Hiris kasar bawang besar.

4. Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.

5. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

6. Masukkan bawang besar dan masak sebentar.

7. Masukkan sos tiram, sos cili dan tomato sos. Gaul rata dan masukkan pula air.

8. Apabila mendidih masukkan baked bean dan sedikit lada sulah.

9. Masak hingga kuah pekat sedikit.

10. Hidangkan bersama fries.

* Tidak perlu tambah garam kerana baked bean telah cukup rasa masin nya.


Sunday, April 17, 2011

MUSHROOM SAUCE CHICKEN CHOP


Assalamualaikum....

Saya tidak memasak untuk hidangan tengahari kerana kami sekeluarga makan di luar. 

Untuk makan malam kami saya bercadang memasak ala-ala western gitu memandangkan semua bahan ada.

Sebelum kami keluar untuk makan ais kacang D'bubbles di Shah Alam , saya keluarkan boneless chicken 

untuk dicairkan ais nya.



Opst... nasib baik sempat ambil gambar........kiri kanan dah kena ngap!





Selalunya saya suka chicken chop bersos lada hitam tapi kerana ada yang alergik kan lada hitam maka saya 

buatkan mushroom sos ajer.

Saya gorengkan fries dan buatkan fresh farm salad . Bukan apa kerja mau senang!

Anak-anak sukakan nya dan bila mereka kata mengapa ibu masak banyak sangat ayam tu...Saya kata... makan dulu!

Tepat jangkaan saya mereka pasti suka kan nya ....


MUSHROOM SAUCE CHICKEN CHOP.

BAHAN-BAHAN

Boneless Chicken

Lea and perins

lada sulah

garam

~~~~ gaulkan semua bahan dan perap sebentar.

Putih telur

Bread crumb

~~~~ Celup/lumurkan putih telur dan salut dengan bread crumb

Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan diatas api sederhana.


MUSHROOM SAUCE

1 tin sup cendawan campbell

3-4 ulas bawang putih
(tumbuk/chop)

minyak zaitun

lada sulah/ lada hitam

3/4 cawan air

~~  tumis bawang putih dengan sedikit minyak zaitun hingga kekuningan.

~~ Masukkan Sup Campbell dan air.

~~  taburkan lada sula atau lada hitam.Kacau rata.

~~ Angkat apabila telah mendidih atau cukup pekat.


Wednesday, January 26, 2011

Mashed Potato & Rosemary Grill Chicken


Anak kedua saya Amirul memang sukakan mashed potato. Lebih-lebih lagi jika bersoskan sos cendawan.

Kebetulan tempohari saya memang tiada mood masak beria. Malas pula untuk membawa 'segerombolan' 

makan kat luar. Akhirnya saya marinate ayam untuk dibuat rosemary grill chicken. Kerja senang...lepas tu 

sumbat ajer ke dalam oven. Cukup 1 jam atau lebih.... dah boleh makan!

Gandingan yang sering di nantikan Amirul, saya membuat mashed potato dan mencelur brokoli. 

Untuk sos nya saya guna sos meatball yang saya beli di Ikea tempohari. Errmmmm so yummy.....


Rosemary Grill Chicken yang telah di potong. 
( daun rosemary segar sebagai hiasan)

Untuk resepinya telah saya keluarkan di N3 terdahulu. Anda boleh klik di sini.

Mashed potato kegemaran Amirul selalunya saya buat begini....

MASHED POTATO

BAHAN-BAHAN

4 Biji kentang
(saya guna russet US potato)

2 tbsp butter

1/2 cawan whipped cream

sedikit lada sulah

CARA:-

1. Kupas kulit kentang dan potong kecil-kecil. Rebus dengan sedikit garam hingga empuk. Angkat dan toskan. Lenyek kan sehingga halus.

2. Masukkan kesemua bahan yang lain dan gaul rata. Boleh di hidang.


Saturday, October 23, 2010

NZ Sirloin Steak


Makan malam kami sebentar tadi. Memang telah lama juga saya tidak masak steak sendiri. Kebetulan pagi 

tadi saya lalu di kedai menjual barangan frozen maka sempat juga saya membeli sekilo daging untuk di buat 

steak. Selepas cair semua aisnya saya memerapkan ia untuk di masak pada waktu malam.

Memang lembut dan sedap kerana ia telah lama di perap. Sewaktu masak tadi tiada pula sayur-sayuran yang 

sesuai untuk dimakan bersama steak hanya ada epal hijau saja. Jadilah epal hijau pun ok juga dan saya balik-

balikkan di atas grill pan sebentar....Kali ini saya tidak membuat mashed potato.Selain fries saya saja tambahkan 

nugget untuk anak kecil saya Lisa.  Anak kedua saya yang keluar ber BBQ di rumah teman 

nya ketika saya memasak sempat berpesan untuk meninggalkan sekeping dua untuknya. Nak juga!



NZ SIRLOIN STEAK

BAHAN-BAHAN

1 Kilo Sirloin NZ Beef 

2 Sudu besar kiub ayam

2 Sudu serbuk Lada hitam

2 Ulas bawang putih
(ditumbuk halus)

Bahan B

1 Tin sup mushroom Campbells

2 Ulas bawang putih (tubuk)

Lada sulah

1/2 Cawan air


CARA MEMASAK:-

1. Gaul rata semua bahan A dan perap sekurang-kurangnya 1 jam.

2. Masak di atas kuali/grill pan dengan sedikit butter.

3. Di dalam kuali yang sama setelah selesai masak steak, dengan sedikit butter tumis bawang putih hingga garing.

4. Tuang air, sup mushroom Campbells, garam dan lada sulah/ lada hitam . Masak sehingga pekat. Angkat dan hidang.



Thursday, August 19, 2010

BOW TIE PASTA



Pada mulanya saya bercadang memasak spagetthi bolognise sebagai juadah berbuka. Tetapi bila telah siap 

sos di masak dan tiba untuk merebus spagetthi, spagetthi pula kehabisan stok dan yang tinggal hanya Bow Tie  

Pasta . Mungkin saya terlepas pandang kerana pembungkusnya ber'wajah' sama.

Mahu tidak mahu menu terpaksa di tukar menjadi Bow Tie Pasta Bolognise...hihihi. Kebetulan Beef Ball 

masih ada sekotak di dalam freezer maka saya grillkan ia sebentar dan di hidang bersama Pasta tersebut.( 

tiada dlm gambar sbb lupa nak letak)

Anak- anak saya awal lagi menolak untuk di buat ala-ala carbonara. Mungkin sebab terlalu lemak dan cepat muak . 

Sebagai pilihan yang lain saya membuat kuih Cucur Udang kegemaran suami.( next N3). Memang simple 

juadah berbuka kami sekeluarga. Yang penting semua puas hati dan Alhamdulillah kenyang.....

BOW TIE PASTA

Sumber: Azian Collections

BAHAN-BAHAN

1 Pekat daging cincang

4 Sudu besar cili kisar

3 Ulas bawang putih

1 tin sos spagetthi

1 biji bawang besar
( potong dadu)

6 biji tomato cherry
( potong ikut suka)

cendawan butang
(hiris)

Oregano

Gula & garam

Bow Tie Pasta

CARA MEMASAK:

1.Rebus pasta hingga lembut. Toskan dan lumurkan sedikit butter supaya tidak melekat.

2. Cincang bawang putih. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.( saya guna olive oil)

3. Masukkan cili kisar.(tekak melayu kena ada rasa pedas). Masak hingga terbit minyak.

4 Masukkan daging kisar dan masak hingga empuk.

5. Masukkan pula bawang besar dan cendawan.Gaul rata.

6. Tuangkan sos spagetthi kedalam daging dan juga cherry tomato dan sedikit serbuk oregano. Masukkan air jika perlu.

7. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan angkat.

8. Tuangkan sos di atas pasta dan taburkan sedikit serbuk oregano.



Friday, April 30, 2010

HOME MADE PIZZA

Ini adalah N3 keduaku mengenai Pizza. Dan kalau dah masuk ke blog aku ni tentulah hasil tangan aku sendiri. 

 Kali ini aku mencuba resepi roti utk pizza based dari Pn Mamafami kita pula. 

Secara basic, penyediaan nya lebih kurang sama dengan semua resepi pizza yang lain. cuma ada sedikit saja 

teknik dan bahannya yang berubah.Untuk sos,  selalunya aku menggunakan spagetthi sos. Tetapi kali ini 

telah kehabisan stok . Resepi sos pizza ini terhasil dari pemerhatianku terhadap kesukaan anak-anak tentang 

rasa sos yang diminati mereka. Apapun aku sekeluarga lebih menyukai resepi kali ini. Bezanya hanya pada 

tekstur roti nya yang kurang berminyak.  Kepada Mamafahmi, tq for sharing.....resepinya telahku olah 

mengikut gaya bahasaku, ok? Ok lah tuuuu.....


BAHAN-BAHAN

DOH ROTI.


200 gm tepung
(high protein )

120ml air

1 tsp gula 

2 tsp oregano

1 tsp yeast kering

1/2 tsp garam

2 Sudu makan olive oil


CARA.

1. Gaul semua bahan kecuali olive oil. . Gaul hingga adunan agak kenyal tetapi lembut.

2. Lumurkan olive oil dan uli lagi sehingga minyak sebati bersama doh.

3.Tutup dengan cling plastik . Biarkan selama 1 jam atau naik berganda adunan doh itu. 

4. Setelah naik, tumbuk-tumbukkan adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulat-bulatkan sambil di uli.

5. Biarkan selama 10 minit.

6. Canai doh mengikut besar acuan pizza .Rehatkan doh selama 20 minit. Bakar selama 10 minit dengan kepanasan 190 -C.

7. Sapukan sos pizza dan taburkan sedikit mozarella supaya segala bahan untuk toppingnya melekat.

8. Susunkan peperoni, meat balls, bawang besar, tomato, button mushroom etc. Taburkan mozarella, cheddar cheese dan sedikit parmesan cheese.( Jika tiada yg lain mozarella saja sudah cukup).

9. Taburkan sedikit oregano.

10. Bakar selama 15- 20 minit dengan kepanasan 180-190 -C atau mengikut keadaan oven masing-masing.



SOS PIZZA

BAHAN-BAHAN

4 Ulas bawang putih
(cincang/tumbuk)

200 gm daging kisar

1 tin tomato pure

1/2 cawan cili sos

Bawang besar
( cincang)

2 Sudu makan oregano

2 Sudu makan pizza herbs
( tidak digunakan- tiada stok)

Sedikit olive oil.


CARA PENYEDIAAN.

1. Tumis bawang putih dengan olive oil. Masukkan bawang besar. Masak hingga naik baunya.

2. Masukkan tomato pure dan cili sos. Gaul rata. Tambahkan garam, oregano, pizza herbs dan gula( perlu lebih sedikit utk menstabilkan rasa masam tomato pure)

3. Masukkan daging dan masak hingga empuk.Angkat. 





Tuesday, February 2, 2010

PIZZA



Terpikat dengan N3 Kak Ina dari Tertunailah Hasrat di Hati maka akupun terpanggil untuk mencuba resepi pizza yang di beri.  Memang hari ini aku merancang untuk memasak sesuatu yang lain dari nasi. Jemu pula rasanya hari-hari makan nasi. Pilihan yang pasti tidak akan di tolak ialah Pizza. Untuk resepi yang di beri oleh Kak Ina aku tambahkan menjadi 1 1/2 adunan dan mendapat 4 loyang hidangan Pizza. Habisss semuanya.... Kepada Kak Ina, Thanks for the receipe . Berbaloi gituuu.... Rotinya yang gebu dan ranggup memikat selera anak-anakku dan ibu nye jugaaaa...... sorry yea kat Ina, saya c&p resepi akak untuk panduan teman lain yang berkunjung kat sini pula .....


BAHAN-BAHAN



• 250 g tepung roti (high protein flour)

• 130 ml air

• 1/2 camca teh garam

• 1/2 camca besar gula

• 1 camca teh yis (instant yeast)

• 1 camca besar madu

• 1 camca besar lemak sayur (shortening)

• 2 camca besar minyak zaitun (saya guna minyak masak)

• 2 ulas bawang putih, cincang halus

• 1 camca teh oregano kering

CARA-CARA

1. Ayak tepung dalam satu bekas.

2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.

3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.

4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. (uli pakai tangan ajer)

5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.

7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.

SOS - Saya guna yang instant.

2 Labu bawang putih(cincang)

1 peket daging cincang

1 Tin sos spagetthi tradisional

Cara memasak:

1. Tumis bawang putih dan masukkan daging cincang.Masak hingga daging agak empuk. Masukkan sos spagetthi  dan masak hingga agak pekat.



CARA-CARA


1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.

2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. Gulung tepi doh ke dalam.(akak guna loyang ajer)

3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

4. Ratakan sos daging dan letak sosej ayam.

5. Letak pula cili benggala, cendawan butang, capsicum merah/hijau, kiub nanas dan taburkan mozarella cheese.

6. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. Dah masak taburkan aji shio rata-rata


Saturday, December 26, 2009

MY BREAKFAST


              Scramble egg with burger meat



                          Fresh milk with Karipap


Ini merupakan breakfast semalam. Semuanya ada di rumah dan kebetulan pula inti karipap itu dah siap dimasak dan di simpan di dalam peti sejuk. Emmmm walaupun hasil karipap itu memuaskan aku rasa lain kali aku tetap akan ikut resepi ku sendiri.
Daging burger dan scramble egg sebagai tambahan kerana aku tahu anak-anak akan mencari makanan lain selain karipap. Jom kita lihat resepi simple daging burger yang menjadi kegemaran anak bongsuku Lisa Qistina.....
Anak-anakku beginilah caranya nak masak daging burger yang 'sedappp' tu....



BAHAN-BAHAN:-

Daging burger(defrost /carik-carik)

Cili sos

Honey BBQ sos

Lada sulah

Masak daging tanpa minyak dalam kuali hinga tidak melekat. Buang minyak berlebihan.
Tuangkan sos cili & honey bbq sos. Kacau rata. Taburkan lada sulah. Gaul rata dan angkat. Lepas itu    
boleh ngappp....ok.


Friday, November 6, 2009

MAMA MACARONI


Atas permintaan anak sulongku yang kebetulan sedang bercuti, malam ini aku dan anak-anak menikmati Mama Macaroni sebagai dinner.Memang agak lama juga aku tidak memasak hidangan ini dan kebetulan pula stok mozarella ada di dalam fridge yang telah kubeli di Bake With Yen.
Seronok melihatkan gelagat mereka tidak sabar menanti Macaroni itu keluar dari microwave oven. Mereka memang gemarkannya! Gamatlah suasana ketika itu. Tapi tak mengapa kerana itulah suasana yang akan menjadi ingatan untuk mereka suatu hari nanti....

BAHAN-BAHAN:-

1  Peket macaroni

1 Tin sos spagetthi

4 Ulas bawang putih

200gm Isi ayam

200 gm isi udang

200 gm mix vege

1/2 Biji capsicum

6 kiub nenas tin

mozarella, garam & gula


CARA MEMASAK:-

1. Rebus macaroni hingga lembut dan toskan.

2. Cincang bawang putih dan tumis bersama sedikit minyak/olive oil. Masukkan isi ayam yang di potong kiub dan juga isi udang.

3. Masukkan sos spagetthi dan kacau rata, Masukkan pula capsicum yang dipotong kiub dan mix vege.

4. Apabila sayur-sayuran mula layu masukkan macaroni dan sayuran yang lain.

5. Akhir sekali taburkan garam dan sedikit gula.Kacau rata.

6.  Angkat dan taburkan mozarella di atasnya. Masukkan ke dalam microwave/oven sebentar untuk mencairkan mozarella.

Nota: Taburkan juga parmesan cheese & cheddar cheese bersama mozarella.
Taburkan juga oregano diatas cheese.

Tuesday, October 27, 2009

TUNA CABONARA FETTUCCINE



Sebentar lagi pukul satu tengahari, masih sempat nak masukkan N3 terkini. Bukan apa, tugas sebagai seorang ibu sepenuh masa ni memerlukan kita 'mencuri' waktu senggang untuk kita sendiri. Pukul satu tengahari anak-anak ku yang bersekolah sessi pagi akan pulang. Anak-anak akan bertanya "ibu masak apa hari ini". Hari ni masak simple aje..... Tetapi jangan silap....ini bukanlah hidangan untuk hari ini...hanya untuk tatapan dan jika sudi mencuba, silakan...Sedap dan semudah 123 ...sahaja.Hidangan Tuna Cabonara Fettuccine ini kubuat semasa malam Ahad tempohari...

BAHAN-BAHAN:-

1 Peket fettuccine

1 tin tuna chunk in mineral water

1 tin sos cabonara

1 tin sos cheese and herb

4 ulas bawang putih

serbuk lada hitam

Oregano flakes



CARA MEMASAK:-

1. Kisar / tumbuk bawang putih. Toskan tuna.

2. Rebus fettuccine hingga lembut dan toskan. Sapukan sedikit butter agar tidak melekat.

3. Tumis bawang bersama butter hingga agak garing, masukkan chunk tuna dan gaul rata.

4. Masukkan pula kedua-dua sos dan masak hingga menggelegak.Masukkan sebuk lada hitam. Angkat.

5. Tuang sos di atas fettuccini dan taburkan oregano flakes.

Friday, August 14, 2009

MUSHROOM SAUCE LAMB CHOP


Steak dan Lamb Chop merupakan salah satu western food kegemaran kami seisi keluarga.

Jika dahulu kami hanya makan di restoran tetapi kini aku lebih gemar memasaknya dirumah.

Bukan sahaja dapat menjimatkan kos tetapi dapat menikmatinya dengan lebih puas. Terima

kasih kepada jiranku Laila yang sudi mengajarkan resepi yang ummmphh kepadaku. Masih

segar di ingatan pertama kali menikmati Lamb Chop yang dimasak oleh suaminya Sukhairi 9

tahun lalu sewaktu berbuka puasa dirumahnya yang juga merupakan aktiviti 'perkenalan'

memandangkan ketika itu keluarga kami merupakan antara yang terawal mendiami kawasan

perumahan ini...

Hidangan kali ini hanya menggunakan bahan yang ada dirumah.(Kes malas nak keluar rumah)

Dan pastinya anak-anak sangat suka kerana tiada sayur dan penuh dengan mayonise.


BAHAN-BAHAN

Bahan A

1 Kilo Lamb

2 Sudu besar stok ayam

2 Sudu serbuk Lada hitam

2 Ulas bawang putih
(ditumbuk halus)

Bahan B

1 Tin sup mushroom Campbells

2 Ulas bawang putih (tubuk)

Lada sulah

1/2 Cawan air


CARA MEMASAK:-

1. Gaul rata semua bahan A dan perap sekurang-kurangnya 1 jam.

2. Masak di atas kuali dengan sedikit butter.

3. Di dalam kuali yang sama setelah selesai masak lamb, dengan sedikit butter timis bawang putih hingga garing.

4. Tuang air, sup mushroom Campbells, garam dan lada sulah/ lada hitam . Masak sehingga pekat. Angkat dan hidang.

Nota: Hidangkan bersama hidangan sampingan seperti mash potato, french frys, kentang &
mayonise, brocoli rebus dan sebagainya.
Tambahkan black pepper untuk 'black pepper sauce'

Monday, May 25, 2009

MEAT BALLS SPAGHETTI

Manusia ini dilahirkan berbeza citarasa. Seperti di dalam rumahku, ada yang menggemari bolognase , ada yang lebih menyukai Cabonara dan tak kurang juga yang bercitarasa Malaysia. Kebiasaannya aku lebih kepada spagetthi bolognase, bukan sahaja ia mudah malah lebih menjimatkan dan memenuhi citarasa majoriti di dalam keluargaku. Walaubagaimnapun aku akan memaparkan setiap jenis yang sering aku sediakan....




BAHAN-BAHAN

1/2 Peket spagetthi

300gm mince beef

1 tin/botol sos spagetthi

2 sudu makan cili kisar

3 ulas bawang putih
(kisar/cincang)

1 Labu bawang besar
(dipotong kiub kecil)

5 biji cendawan butang
(dihiris/potong kiub)

1 Biji tomato
(potong kiub)

Oregano

Meat balls

Garam dan gula


CARA MEMASAK

1. Rebus spagetthi di dalam air mendidih yang telah di campur garam dan sedikit butter. Toskan.

2. Goreng meat balls bersama sedikit butter dan pepper. ketepikan.

3. Tumis bawang putih hingga garing dan masukkan cili kisar. Pastikan cili betul-betul masak atau garing dan masukkan pula daging kisar. Masak hingga empuk.

4. Setelah daging empuk masukkan sos spagetthi. Biarkan meggelegak dan masukkan pula bawang besar, cendawan butang , kiub tomato dan oregano.

5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa mengikut citarasa.

6. Hidangkan bersama meat balls.

Nota: Setiap kali menggunakan buah tomato gula harus dimasukkan lebih sedikit untuk mendapat rasa yang seimbang.