Showing posts with label MINUMAN. Show all posts
Showing posts with label MINUMAN. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Jus sedap ikhtiar gout....





Bismillahirrahmanirrahim...

Betapa nikmatnya kesihatan yang baik...bila di duga dengan kesakitan kita juga di anjurkan untuk mencari penawar atau berusaha sebaik mungkin menghindarkan dari lebih memudaratkan,
Suami di beri petua oleh kenalannya...dia minta saya buatkan...Alhamdulillah tapak kaki yang ketat dan sedikit sakit bila memijak lantai beransur hilang,,,
Tak salah mencubakan...apatah lagi rasanya juga sedikit enak walau ada rasa kuat dari daun sireh...
Nak baik...telan aje la...



10 cawan air mineral
5 biji epal hijau 
(potong kecil tanpa di buang kulit)
5 helai daun sireh
1 biji nanas masak
(buang kulit & potong kecil)
2 ketul  halia
gula batu 1/4 cawan

Renih selama 35- 40 minit atau sehingga air tinggal separuh.
 Lenyek-lenyekkan dan tapis. Minum suam dan boleh disimpan di dalam peti sejuk jika berbaki untuk minum di lain waktu.
Ulang semula membuat air ini setelah 3 bulan @ bila dah mula 'terasa' ketat di kaki dan kurang selesa bila memijak lantai...
Cubalah,,,mana tahu ia serasi dengan badan...

# Ini bukan ubat ya...sekadar alternatif lain untuk menghindari gout...
Petua ini hanya untuk yang belum kena gout sepenuhnya #


Saturday, March 10, 2012

Jus Markisa



Amboiiii...lamanya saya tak masak....apa... tak masak? Tentulah tidak ya...cuma dah lama tak masuk N3 baru ajer..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tentu sibuk ya kerana anak-anak dah mula bercuti.

Walaupun penat, sebagai ibu tentu mahu menyediakan juadah yang sedap-sedap lebih-lebih lagi bila dah cukup korum la katakan.....

Dah penat mengemas rumah saya ni... apa kata kita basahkan tekak dengan Air Markisa. Air kegemaran kami seisi keluarga.

Kebetulan buah Markisa yang datangnya dari Cameron Highland ada dijual di sini maka saya pun belilah 2 

peket. (satu peket cepat ajer habis...hehehe). Murahlah sedikit jika dibeli di Tesco atau di Jusco dimana 

selalunya saya beli sebelum tahu ianya ada di jual di pasar tani berhampiran.




Beginilah rupanya buah markisa yang saya beli itu. Sungguh cantik warna kulitnya. Purple gitu.... isinya pula 

menguning keemasan. Tapi rasanya janganlah cakap...masammmmm....



Memang sesuailah di buat jus dan ditambah gula. Sesuai juga di taburkan pada permukaan Pavlova yang manisss.





Bila dah dijadikan jus dan diletakkan ais errrrmmmm nyamannn....warnanya juga cantikkk. Tak perlu tambah

 kalor lagi....

Senang ajer nak buatnya. Cuma perlu keluarkan isi nya , dicampur dengan gula pasir yang lebih sedikit 

agar hilang rasa masam yang teramat itu. Masakkan di atas api sehingga gula hancur. Bila dan berbuih dan 

agak likat sedikit angkat dan tapis. Sejukkan dan bolehlah disimpan. Lebih elok jika jus di simpan di dalam 

botol kaca.


Monday, May 16, 2011

JUS APPLE DGN DAUN SADERI


Assalamualikum..

Sebelum ini jika ada sesiapa di dalam keluarga saya yang terkena tekanan darah tinggi saya sering 

menggunakan petua dari seorang teman iaitu merebus keseluruhan pohon saderi dan minum suam-suam.

Hasilnya amatlah mujarab dan dapat menurunkan bacaan tekanan darah. Tetapi ianya tidak boleh di minum 

kerap kerana akan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula.

Petua minuman kesihatan ini masih menggunakan daun saderi tetapi digandingkan dengan buah apple hijau.

Petua ini di amalkan oleh seorang doktor yang sering meminta pemilik sebuah restoran membuatnya . 

Kebetulan teman itu telah memanjangkan petua itu kepada suami dan kini saya dan suami mengamalkannya.

Bagi saya rasa masam dari apple hijau itu dapat membantu 'anak tekak' saya menelan air itu. Apa nak 

kata...nak sihat...telan semacam aje la... Saya mengamalkan meminum hanya untuk seminggu sekali sahaja.

Antara khasiat yang terkandung ialah dapat mengeluarkan toksid di dalam badan, mencuci usus dan 

menurunkan tekanan darah. Wallahualam saya hanya mencuba dan sesungguhnya hanya Allah yang 

mengetahui khasiatnya....






JUS APPLE DGN DAUN SADERI

BAHAN-BAHAN

1 tangkai daun saderi
( dgn akar/cuci bersih)

2 Biji apple hijau

1 cawan air masak

Sedikit gula.

-Dikisar halus semua bahan. Tapis.


Tuesday, October 5, 2010

SUMI JELLY COCKTAIL



Salam, sana sini masih lagi mengadakan rumah terbuka hari raya. Kadangkala buntu juga apakah hidangan 

sampingan yang boleh di hidang untuk tetamu. Apa kata kita jamu tetamu yang datang dengan Sumi Jelly 

Cocktail. Bukan kanak-kanak yang sememangnya suka tetapi ia mampu juga memikat hati orang dewasa. 

 Sungguh mudah dengan mencampurkan kesemua bahan. Sejukkk aje bila masuk ke tekak............



SUMI JELLY COCKTAIL
Sumber: Azian Collections

BAHAN-BAHAN

Susu Cair

Sumi Jelly

Nata De Coco

Fruit Cocktail

Ais Cream Soda

Ais secukupnya



Thursday, July 8, 2010

JUS KEDONDONG (AMBARELLA)


Sewaktu menghantar anak sulongku  kembali semula ke kolej nya di Melaka, kami sempat singgah di rumah seorang 

teman kepada suamiku. Kami minum petang di sana dan anak-anakku begitu teruja memetik buah rambutan 

yang sedang ranum. Anak kecilku Lisa begitu seronok kerana buah-buah rambutan itu boleh di petik sendiri .

Kebetulan juga pohon kedondong nya juga sedang berbuah lebat. Ketika pulang, tuan rumah sempat 

membekalkan kami buah rambutan dan kedondong.

Dalam fikiran tiada lain, aku ingin buat air kedondong.Tentu enak lebih-lebih lagi buahnya segar-segar 

belaka. Aku sempat juga membuat air kedondong untuk di bawa ke rumah temanku Shidah ketika majlis 

makan-makan sempena hari kelahirannya tempohari.



AIR KEDONDONG
Sumber: Azian Collections


BAHAN-BAHAN

Buah kedondong
(yg muda lg bagus)

Asam masin (boi)

Air gula

Ais

Sedikit air masak 
(jika perlu)


CARA:

1. Cuci dan kikis sedikit kulit ari buah kedondong.

2. Potong kecil-kecil dan jika buah agak tau hanya ambil kulit dan isinya saja.

3. Perahkan jusnya menggunakan juice extractor atau blender biasa ( tambahkan air)

4. Masukkan asam masin kisar dan tapis.

5.Tambahkan gula secukup rasa dan ais.


Sunday, June 13, 2010

AIR SADERI








Jika suatu waktu dulu aku memasak daun saderi sebagai ubat menurun kan paras tekanan darah ibuku juga suamiku tetapi kali ini aku melakukannya untuk diriku sendiri. Baru-baru ini aku telah di sarankan melakukan Colposcopy untuk mengesahkan keluarbiasaan sel yang dijumpai. Tekanan darahku tinggi sewaktu memulakan proses tersebut Memang tidak pernah aku melalui keadaan seperti itu. Mungkin juga kerana takut akan keputusannya atau juga kerana aku tidak mampu tidur lena sebelumnya menyebabkan aku keletihan. Segala-galanya bercampur baur!
Walau bagaimanapun Alhamdulillah keputusannya adalah negetif kanser.
Daun Saderi atau daun sup juga dikenali sebagi Apium Graveolens sering digunakan sebagai penyedap bau kepada masakan seperti sup. Tetapi suatu ketika dulu jiranku Pn Sharifah iaitu isteri kepada pelukis Othman Akhbar pernah menurunkan satu petua iaitu air saderi sebagai medium menurunkan paras tekanan darah. 
Memang terbukti berkesan kerana aku telah mencubanya kepada ibu, suami dan diriku sendiri.
Tetapi awas kerana ia tidak boleh diamalkan selalu kerana akan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula. Sebagai contoh aku hanya minum sekali sahaja. Kepada mereka yang tiba-tiba saja darahnya naik bolehlah mencuba.Hanya perlu merebus segenggam pokok saderi dari daun hingga ke akar. Cuci bersih-bersih dan potong kasar-kasar. Rebus pokok saderi dengan 2 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum sewaktu masih suam. Memang bau dan rasanya yang agak maung  mampu menyebabkan seseorang merasa mual. Apapun ubat memanglah tak sedap kan....Selamat mencuba! 






Monday, December 21, 2009

AIR LONGAN



Dalam cuaca yang agak panas buah longan sering menjadi pilihan untuk di jadikan minuman penghilang dahaga. Selalunya aku hanya menggunakan buah longan di dalam tin. Tetapi kali ini 'terlebih' lah rajinnya dan ingin menikmati air yang lebih enak menggunakan longan kering . Sungguh enak dengan campuran gula melaka yang baru saja ku beli ketika cuti-cuti Malaysia ke Melaka tempohari. Cara memasak air longan ini ku pelajari dari temanku Linda yang rajin dan pandai memasak.Tq Linda. Selain di minum begitu saja, ianya enak juga di jadikan bahan asas untuk Len Chee Kang.

BAHAN-BAHAN:-

Longan kering

Daun pandan

Gula batu

Gula Melaka

Air

Campurkan semua bahan dan masak secara merenih hingga pekat. Sejukkan. Campurkan air kosong dan ais
 apabila mahu di buat minuman.

Saturday, September 5, 2009

AIR NENAS









Aku lebih menggemari air nenas yang di masak sendiri dari dalam tin. Jika dulu sering menikmati

air nenas di Kluang Station tetapi kini restoran yang terdekat dengan kediamanku telah

menghentikan penjualan minuman itu.

Air nenas menyejukkan lebih-lebih lagi diminum ketika waktu berbuka. Selalunya anak-anak tidak

akan meminta air lain jika ada air nenas. Kali ini aku 'blend' separuh dari nenas itu untuk mendapat

warna yang cantik.

BAHAN-BAHAN:-

1 Biji nenas

Gula batu

Daun pandan

2 Kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUAT:

1. Kupas nenas. 1/2 daripadanya di blend dan 1/2 lagi di potong halus-halus.

2. Masak nenas yang telah di blend dan nenas yang dipotong halus bersama 2 litter air.

3. Masukkan daun pandan,bunga cengkih dan gula batu.

4. Biar menggelegak dan angkat. Sejukkan .

Sunday, August 30, 2009

TEMBIKAI LAICI





Semasa pergi ke Tesco semalam sempat juga mencapai buah tembikai yang sedang murah kini.

Yelah untuk dihidang ketika berbuka puasa. Tetapi jika dihidang begitu sahaja akan

menambahkan kerja mengelap lebih-lebih lagi apabila si kenit Lisa makan sambil berjalan-jalan kesana

sini. Lalu aku pun membuat jus tembikai. Memandangkan sebelum ini suamiku ada menyebut

ingin mencuba jus tembikai bercampur laici yang sering didalam menu di kedai-kedai makan

lalu aku mencubanya di rumah.

Eemmm.....2 jug air jus tembikai habis diminum. Yang pasti kombinasi tembikai dan laici begitu

'kena' dan menyejukkan......


DIPERLUKAN

Tembikai

Laici

Ais

CARA MEMBUAT;-

1. Perah tembikai untuk diambil jusnya. Campurkan laici bersama airnya. Letak ais.

Sunday, March 8, 2009

AIR BARLI IBU


Keadaan cuaca kini yang tidak menentu, anak-anak mulai demam seorang demi seorang. Selain mengamalkan pengambilan jus apple untuk anti oksidan, air barli juga di galakkan untuk di minum selalu. Di sini di paparkan cara mudah untuk mendapatkan air barli yang sedap dan membantu menyejukkan badan.


BAHAN-BAHAN

1 Peket barli

1 Jag air

4 Ketul gula batu

3 Helai daun pandan

Gula pasir ( jika perlu)


CARA

1. Cuci barli. Rebus barli sehingga hampir kembang, tambah air jika perlu.

2. Masukkan gula batu dan daun pandan. Rebus sehingga barli sehingga benar-benar kembang.

3. Sejukkan.