Showing posts with label SAYUR-SAYURAN. Show all posts
Showing posts with label SAYUR-SAYURAN. Show all posts

Friday, January 17, 2014

LONTONG aka LODEH




Assalamualaikum..Jumaat penghulu hari dan merupakan hari cuti peristiwa bagi negeri terpilih..Tentu ada  masak-masak istimewa untuk keluarga yang bercuti. Macam saya pagi ni hanya masak nasi goreng memandangkan nasi semalam tiada siapa yang menyentuhnya ekoran dari kekeyangan makan Lontong aka lodeh ni...
Mengapa saya tulis Lontong aka Lodeh? Separuh tempat memanggilnya Lontong dan ada yang katakan ianya Lodeh...alaaa..macam lagu Kak Nita tuuuu...Lodeh anak Mat Salleh..Nanti kalau anak-anak saya atau generasi muda yang lain mahukan resepi tak ler mereka confuse...macam kata Lisa anak bongsu saya..."ni buat saya confuse" dan tahu lah mereka nanti kedua-dua nya adalah benda yang sama...

Saya gemarkan jika lontong di sertakan dengan begedil dan serunding...tapi kali ini semua tu tak sempat hakak nak buat...so apa yang ada sajalah...untuk panduan...begedil dan serunding boleh di buat lebih awal dan di frozen kan...Sambal kacang tu pun saya dah sediakan awal...hanya defrost dan perangat kan saja...
Kali ini tak letak pula tahu kering kerana tiada stok...Apa yang pasti sayur Lodeh saya mesti ada sayur fuchuk. Itu kegemaran suami..ermmm akak jugak... Kalau masak Lontong atau Lodeh ni dapat menjimatkan masa kerana ia amat sesuai dimakan dari pagi hingga ke malam...cuma jgn lupa sering perangatkan kuah lodeh supaya tidak cepat basi...almaklum lah beraneka sayur dan bahan lain di campur bersama.


Untuk step pertama kita perlulah rebus ketupat segera atau nasi impit . Kalau nak makan pagi rebus dulu lah pada malam sebelumnya supaya ia benar-benar sejuk. Begitu juga dengan telur rebus. Kuah kacang juga lebih elok di masak awal supaya rasa kacang lebih sebati dengan kata lain lebih uummpphh la...

KUAH LONTONG/LODEH

BAHAN-BAHAN

300gm  Daging tetel
(rebus empuk)
11/2 biji kelapa parut
(ambil santan cair n pekat
anggaran 1 mangkok setiap jenis)
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
segenggam kecil udang kering*
1 inci halia*
3/4 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
3 batang serai*
4 baatng sayur fuchuk
(rendam lembut)
1/2 biji kecil sengkuang
1 batang kecil karot
4 helai kobis
1biji kecil terung 
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
2 keping tahu
1 keping (plastik) tempe
sedikit fish ball/ cake
Sayuran lain jika ada.

CARA MEMASAK:-

1. Kisar bahan yang bertanda* hingga lumat. Goreng tahu dan tempe yang telah di potong berasingan. Ketepikan. Potong sayur mengikut citarasa masing-masing.

2.Tumis bahan yang telah di kisar sehingga naik bau wangi.(bahan perlu agak garing supaya naik bau wangi  kuah dan tidak mudah basi) Masukkan santan cair. Kacau rata dan bila mula mendidih masukkan daging tetel dan kesemua bahan lain kecuali santan pekat. Selalunya kalau masak yang bersantan, kuah perlulah di kacau selalu..

3. Biarkan masak sebentar dan masukkan pula santan pekat. Tambahkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Apabila sayur agak mula layu bolehlah di tutup api.


SAMBAL SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHAN

2 ekor sotong kembang
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
15 tangkai cili kering*
(rebus sekejap)
1 labu bawang besar
asam jawa sebesar ibu jari
(cairkan dgn sedikit air)
1 inci belacan*
1 kiub ayam

CARA MEMASAK:-

1. Cuci dan potong sotong kembang. Rebus sebentar . Pastikan tidak terlalu lama merebus sotong untuk menghindar dari menjadi keras. Angkat dan toskan.

2.Kisar bahan yang bertanda* hingga halus. Tumis bahan kisar didalam minyak yang lebih sedikit. Masak sehingga cili benar-benar masak. (saya akan letakkan sedikit air apabila cili telah pekat dan masak lagi sehingga naik minyak bagi memastikan cili benar-benar masak).

3. Setelah terbit minyak masukkan garam dan gula secukup rasa, kiub ayam, bawang besar yang di hiris kasar. Masukkan juga sotong kembang. Masak sehingga kuah cili agak pekat dan sebati bersama sotong. 


Saturday, November 2, 2013

Bendi dan Tempe Goreng Bertelur


Assalamualaikum wbr. 
Menu ringkas yang saya utara kan pagi ini saya perolehi dari program tv EC Inpirasi hyppTv. Dapur bujang bersama Fendi (balas). Walaupun resepi yang di ajar mudah-mudah belaka ya la untuk orang bujang keutamaannya, saya seronok menontonnya dan adakala berminat dengan masakan yang di ajar. 

Inilah salah satu idea masakan yang di beri. Cuma saya tambahkan tempe sebab ada stok tempe dalam peti sejuk jadi saya pun masukkan ajelah tempe goreng. Hasilnya memang sedap dan saya suka meratah gitu ajer sayur ni..ranggup ajer bendinya dan tidak berlendir. Resepi ringkas tapi sedap. Tak rugi mencuba....


BENDI DAN TEMPE GORENG BERTELUR.

BAHAN-BAHAN

10 batang bendi

1 peket tempe

5 biji cili merah

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 biji telur

garam dan gula secukup rasa

1 tbsp sos tiram (saya tambah)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Potong bendi menyerong. Potong tempe mengikut citarasa (elokla nipis sedikit) dan lumurkan sedikit garam dan kunyit pada tempe.

2. Goreng sebentar bendi dan angkat. Jangan terlalu layu. Cukup masukkan kedalam minyak panas dan kacau-kacau kemuduan angkat dan toskan.

3.Gorong pula tempe dan ketepikan. 

4. Tumbuk cili merah, bawang merah dan putih. Tak perlu terlalu halus.

5. Tumiskan kedalam kuali yang telah di panaskan minyaknya (lebih kurang 4 tbsp) dan masak sehingga naik bau wangi.

6. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.

7. Pukul sedikit telur didalam mangkuk dan tuangkan kedalam kuali . Kacau rata seperti membuat scramble egg. Bila telur agak mula berketul sebati bersama cili, masukkan tempe dan bendi. 

8. Kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dimakan.


Thursday, July 11, 2013

Dalca


Assalamualaikum wbr..Ramadhan telah memasuki hari kedua. Para ibu pasti tidak terlepas dari memikirkan nak masak apa untuk juadah iftar petang nanti. Kalau nak senang pergi aje ke pasar ramadhan...kira juadah tunjuk aje la...Tetapi bagi saya lebih gemar masak sendiri kerana beberapa faktor. Memiliki ahli keluarga yang ramai amat lah tidak berbaloi untuk juadah tunjuk ini selain rasanya yang agak kurang memenuhi citarasa. Lain kalau kita dah biasa dengan penjual tu....Selagi boleh, masaklah sendiri sesekali boleh lah  tunjuk tunjuk....


Salah satu yang sering saya masak ketika ramadhan ialah Dalca. Bukan apa...boleh di pelbagaikan!dan tak perlu masak sayur lain lagi kerana di dalam dalca telah ada berbagai jenis sayur! Dalca juga lebih elok di masak awal untuk mendapatkan rasa yang sebati...Selain di buat lauk untuk nasi ia juga boleh di makan bersama roti jala, roti canai atau pun roti biasa. 


Sedap di makan bersama nasi minyak...kalau rajin perapkan ayam berempah semalaman dan goreng ketika nak makan pada waktu sahur atau berbuka. Ayam berempah lebih ummppphhh jika di perap lama...
amat sesuai untuk mereka yang tak punya banyak masa.

DALCA 

BAHAN-BAHAN

Ayam
(saya ambil bahagian kepak,leher, kaki.& bahagian yg byk tulang)

1 peket rempah kari daging babas

1 peket rempah penumis

2 sudu besar cili kisar

segenggam kacang dal
(rebus empuk)

5 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1 tangkai daun kari

1 mangkuk kecil santan 

2 sudu besar pati asam jawa

sebiji terung

2 biji kentang
(potong 4)

1 biji cili merah

1 biji cili hijau

2 tangkai kacang panjang

1 batang kecil karot

1 biji tomato

CARA MEMASAK:-

Kisar bahan yang bertanda *.  Patah-patahkan kacang panjang , Buang biji cili merah dan hijau serta potong mengikut suka. Begitu juga dengan karot,tomato dan terung. Ketepikan.Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah penumis, daun kari dan bahan kisar. Masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula cili kisar dan rempah babas yang telah di cairkan.Masak sambil di kacar selalu sehingga rempah pecah minyak. Pastikan rempah tidak hangus kerana ia akan mengakibatkan kuah tidak sedap. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata dan masak sebentar supaya air ayam keluar. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih sambil di kacau. Masukkan pula kacang dal, kacang panjang dan terung, Masak sehingga kentang empuk/lembut. Apabila kentang telah empuk masukkan pula cili merah dan hijau, karot,tomato, asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih atau kuah agak pekat sambil di kacau sekaali sekala.


Thursday, April 25, 2013

MASAK LEMAK KULIT RAMBAI KERING


Assalamualaikum.
Selalunya bila makan buah rambai kulitnya di buang begitu saja. Namun sebenarnya boleh di jadikan bahan dalam masakan terutamanya masak lemak. Ianya boleh di gunakan ketika masih segar ataupun yang telah dikeringkan. Oleh kerana saya dibesarkan di sempadan N9 walaupun saya orang Selangor, masak lemak telah sebati dalam kehidupan saya. Maka tentulah bagi saya jika ia dimasak lemak cili padi ianya sungguh enak!


Kali ini saya masak lemak kulit rambai yang kering bersama udang putih kecil. Bila mendengar  ipar saya bercerita tentang betapa enaknya kulit rambai di masak bersama udang saya begitu teruja nak mencuba kerana selalunya saya masak dengan ikan saja.
Aduh memang sedap! manis udang bersatu dengan masamnya kulit rambai itu memikat selera saya.
Sebenarnya masakan kampung yang begini mampu membangkitkan selera. 


Makan bersama Daging Masak Kicap Berempah yang pernah saya keluarkan resepinya yang mudah tapi sedap satu ketika dulu. Klik SINI untuk resepinya...
Ada pula ulam ulaman dan sambal belacan...enak sungguh!


MASAK LEMAK KULIT RAMBAI KERING

BAHAN-BAHAN

1 mangkuk sederhana santan pekat

1/2 mangkuk sederhana santan cair

10-20 biji cili padi
(boleh kurang atau tambah)

1 1/2 inci kunyit hidup

400gm udang putih kecil
(buang kulit)

3 batang serai
(di titik)

1 mangkuk kecil kulit rambai kering
( rendam dan bila agak lembut, toskan)

CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit. Masukkan kedalam periuk atau kuali.

2. Masukkan juga santan cair, serai dan kulit rambai (boleh dihiris halus atau biarkan kasar). Kacau selalu.

3. Bila mendidih,masukkan pula santan pekat dan udang yang telah di bersihkan. 

4. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih dan agak pekat sedikit.

5. Angkat dan hidang.







Sunday, April 21, 2013

KUCAI GORENG BERKELAPA


Adalakala kenangan lama terimbau kembali membuatkan kita akan mengingati akan sesuatu yang pernah kita lalui. Aduhai...tiba-tiba teringat kembali kenangan bersama teman guru menikmati juadah tengahari bersama, di rumah Kak Zaharah pembantu tadbir di sekolah tempat saya mengajar .
Masih tersimpan di kotak fikiran walaupun ianya telah berlalu hampir 25 tahun...
Sungguh enak air tangan Kak Zaharah menghidangkan kami Kari Ketam dan beberapa juadah lain. Yang paling tak dapat dilupakan ialah Kucai Goreng Berkelapa. Itulah pertama kali saya makan kucai yang di goreng sebegitu dan gandingannya bersama Kari Ketam membuatkan saya makan bertambah-tambah.



 Kerana ingatan yang kuat itu saya cuba juga masak kucai seperti bayangan rasa yang saya ingati...
Cuma tak sempat nak masak kari ketam kalau tidak tentu lebih ummmpphh.
Dan....alamak...saya terlupakan biji sawi la....hehe...
Namun tetap sedap...lemak-lemak kelapa dan manis udang, sesekali di sulami kepedasan cili kering potong dan kerangupan sayur kucai memikat selera...
Masakan ini lebih ke arah masakan kaum India/mamak...Menurut kata Kak Zaharah, beliau belajar dari emak mertuanya...orang Penang gitu....


KUCAI GORENG BERKELAPA
BAHAN-BAHAN

1 ikat daun kucai
(Cuci dan keringkan)

1 genggam kecil kelapa parut
(putih saja)

200gm isi udang
(udang putih kecil lebih sedap)

3 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

1/2 biji bawang besar
( potong kasar)

2 tangkai cili kering

1 tsp biji sawi
(Skip klu tak suka)


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Tumbuk bahan yang bertanda *. Potong daun kucai sepanjang 2 inci.

2. Bersihkan udang dan cuci serta toskan.

3. Gunting cili kering ikut citarasa.

4. Tumbuk sedikit kelapa parut supaya tidak kasar.

5.Tumis biji sawi, cili kering dan bahan yang di tumbuk sehingga kekuningan.

6. Masukkan udang dan bawang besar. Gaul rata. Masak sebentar udang .Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

7.  Masukkkan pula daun kucai dan kelapa parut. Gaul rata dan masak sebentar supaya daun kucai tidak terlalu layu.

Saturday, April 13, 2013

AWARD DARI NASYA & BUTTERED ASPARAGUS




Assalamualaikum wbr...
Sebelum kita tengok apa yang saya hidangkan kali ini, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Nasya
dari http://daridapurnasya.blogspot.com/ yang menganugerah award  kepada akak dan blogger-blogger yang lain.Aduh... terharu juga menerimanya...ya lah akak ni tenggelam timbul aje...


Lama dah mencuba masak masakan ini setelah jatuh hati bila memakannya di salah sebuah restoran cina muslim di klang valley.
Kalau meratah dah tak payah makan yang lain cukup dia saja. Krap krup krap krup ...itulah yang syoknya. Dengan rasa butter berperisa kari sedikit manis-manis dan kadangkala pedas bila tergigit cili padi...


Saya memang suka akan sayur asparagus. Selalu bila beli saya kebiasaannya akan goreng bercili dengan udang yang besar. Kalau tidak pun saya masuk aje kedalam sayur campur masak bersos tiram. 
Jadi cuba cara memasak yang sebeni pula...membuka selera!


Kepada yang nak mencuba...jom kita tengok macamna nak masak...

BUTTERED ASPARAGUS
BAHAN-BAHAN

Secekak Asparagus
(yg halus)

sebiji telur

1/2 cawan susu

lada putih

butter

daun kari

3-4 biji cili api

3 ulas bawang putih

1/2 cawan tepung gandum


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Potong Asparagus sepanjang 2 inci (ikut suka). Cincang bawang putih. (saya tumbuk halus)

2. Satukan telur dan susu serta sedikit lada sulah dan garam. Pukul dengan garfu sebentar.

3. Satukan tepung ,sedikit lada sulah dan garam. Sementara itu panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya.

4. Celup asparagus kedalam telur dan salutkan dengan tepung. 

5. Goreng di dalam minyak panas sebentar atau kekuningan.(Goreng dalam minyak panas dan sebentar saja untuk menggelak asparagus jadi terlalu layu/lembik) Angkat dan toskan minyak.

6. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit butter ( agak-agak 2 inci keratan butter). Tumiskan daun kari dan bawang putih serta cili api potong.

7. Masukkan sedikit garam untuk membangkit rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masukkan asparagus. Gaul rata dan angkat.

Tuesday, January 8, 2013

Cauliflower Goreng


Bila sebut pasal sayur, orang dewasa memang tak jadi masalah..tapi bagi kanak-kanak ramai yang tak makan sayur. Kalau dekat rumah saya ni pula tengok sayur jenis apa dan bagaimana ianya dimasak. Kalau tak kena selera maknanya ibu seorang lah yang kena habiskan...


Tapi semalam, bila saya goreng Cauliflower ni...berebutlah pulak. Se pohon bunga kobis atau cauliflower saya goreng bertepung dan kebetulan saya juga merenih sup tulang dan di makan bersama
sambal kicap pedas.
Bila saya try cicah Cauliflower tu dengan sambal kicap pedas tu...lagi la terangkat. Bila anak-anak saya pun turut sama mencuba cicah dengan sambal kicap tu mereka pun suka dan berebut-rebut...memang terasa kelainan bila Cauliflower goreng tu di cicah dengan sambal kicap. Lemak dari rasa Cauliflower dan masin-masin manis dan sedikit masam itulah yang menyebabkan ada permintaan untuk menggoreng Cauliflower itu lebih banyak lagi ...Nampaknya lepas ni bila saja saya goreng Cauliflower sudah semestinya kena buat sambal kicap juga...hehe...


Saya suka sungguh bila anak-anak sukakan sayur cauliflower goreng ni. Sebelum ni pun selalu juga saya masak begini tapi bila di tambah perisa sambal kicap tu anak-anak bertambah gemar.
Sekurang kurang nya ada juga sumber sayur yang di makan walaupun berjenis putih.

CAULIFLOWER GORENG

BAHAN- BAHAN

1 Pohon Cauliflower

1/2 cawan tepung gandum

1 tbsp serbuk cili

1 tbsp serbuk lada hitam

sedikit garam

1 biji telur

2 tbsp fresh milk

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan tepung gandum, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam. Ketepikan.

2. Cuci dan potong Cauliflower mengikut citarasa sendiri.

3. Gaulkan dengan tepung yang telah di campur rata tadi satu persatu dan ketepikan.

4. Satukan telur,susu dan sedikit garam.Kacau rata. 

5. Celupkan Cauliflower yang berlumuran tepung tadi ke dalam bancuhan telur. Kemudian lumurkan semula dengan tepung semula.

6. Goreng di dalam minyak penuh dan panas.(api besar). Kacau selalu supaya tidak hangus.
Apabila kekuningan, angkat dan toskan minyak nya.

7. Sedap di makan panas-panas bersama sambal kicap.


SAMBAL KICAP PEDAS

6 Biji cili padi*
( tamba jika suka pedas)

1 ulas bawang putih*

1 tbsp bawang goreng*

Kicap manis

1/2 tbsp sos tiram

1 biji limau kasturi

CARA PENYEDIAAN:-

1. Tumbuk lumat bahan yang bertanda *

2.Di dalam bekas, satukan bersama kicap dan sos tiram. Perahkan limau kasturi dan gaul rata.



Wednesday, August 1, 2012

LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA DGN PUCUK MANIS


Kali ini saya nak share masakan sayur ala-ala kampung gitu. Sebenarnya saya sendiri pun tak pernah masak
sendiri sayur umbut ni sebelum ini. Ada sekali dua makan itu pun waktu kenduri. 
Bila suami saya beria mencari umbut kelapa, dalam hati saya berkata...masak ajerla.....
Kebetulan ketika ke pasar malam ada pulak orang jual umbut kelapa .... dan ternampak pulak saya akan sayur pucuk manis.
Saya dah lama benar tak makan sayur pucuk manis!


Bila masak lauk begini tak perlu yang lain.... cukup dilawankan dengan ikan goreng dan penyedap yang bakal-bakal menambahkan jumlah pinggan nasi adalah yang kat bawah ni.... Sambal gesek!


Memang sedap lah!


Terasa kemanisan umbut dan pucuk manis tu bila di gabungkan berdua....
Kalau yang tak pernah makan tentu kata apa ajer la....tapi bila dah rasa ...best!


LEMAK UMBUT KELAPA DGN PUCUK MANIS

BAHAN-BAHAN

Umbut kelapa
(hiris sederhana nipis)

secekak pucuk manis
( ambil bahagian muda saja)

2 biji cili merah
(belah 2)

segenggam kecil udang kering
( boleh guna udang hidup yg kecil/ ikan bilis)

1 mangkuk kecil santan pekat

1 mangkuk besar santan cair

1/2 biji bawang besar
(hiris kasar)

CARA MEMASAK:-

1. Masukkan umbut, pucuk manis, udang dan santan cair. Masak sehingga umbut separuh empuksambil di kacau selalu.

2. Masukkan pula bawang besar, hirisan bawang besar dan santan pekat.Kacau rata.(apabila masak lemak kuah haruslah di kacau selalu)  Masukkan garam secukup rasa. Bolehlah di angkat apabila umbut dan sayur pucuk manis telah masak.


SAMBAL GESEK

Ikan bilis

cili merah + cili padi

belacan

sedikit gula

limau kasturi/nipis

Tumbuk cili, belacan dan sedikit gula. Tumbuk kasar-kasar saja. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah di bersihkan. Tumbuk lagi kasar-kasar saja. Perahkan limau dan gaul rata. Hidang.



Saturday, June 9, 2012

nENAS mASAK sENYUM



Assalamualaikum...

Masih ada yang mengadakan kenduri di waktu-waktu terakhir cuti persekolahan ini...Tak kiralah kenduri 

doa selamat  mau pun kenduri kahwin . Saya dan adik beradik yang lain telah bercadang hendak mengada

 kenduri arwah pada cuti sekolah ini tetapi tak tertunai juga kerana antara kami berempat beradik ada yang

 terpaksa pulang ke kampung halaman sebelah suaminya. Jadi kira tak cukup korum la.... kenalah tunda di

 suatu waktu yang lain...mungkin dekat-dekat nak puasa nanti...

Antara juadah kenduri yang paling saya suka adalah Nenas Masak Senyum. Tak tau lah kenapa di panggil

 begitu. Mungkin orang akan senyum ajer tak...bila memakannya. Ada juga orang lain panggil masakan ini

 sebagai Nenas Masak Bombay... Tak kisah lah...apa-apa pun rasanya tetap sama...

Saya suka kan Nenas Masak Senyum ni sebab bila makan dengan apa jua nasi dan lauk dia umpama

 penyedap! Ada masam dan manis. Bagi saya lebih sedap kalau nenas yang di gunakan itu manis rasanya.



Nak buat nya pun senang ajer. Kalau nak buat kenduri keesokan hari, boleh di kecutkan dulu nenasnya dan

 di tumis keesokan hari nya. Rasanya pun lebih mesra dan sedap! Tapi sebab saya buat hanya sebiji nenas

 maka saya tak la perap dia awal-awal. Tahap kerajinan pun datang tiba-tiba ...hehehe...


NENAS MASAK SENYUM

BAHAN-BAHAN

1 biji nenas

2-3 biji cili merah

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

6-10 tangkai bunga cengkih

2 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

1/2 sudu kecil biji sawi
(saya skip ini sbb tak da stok)

1 sudu cuka
(saya ganti lemon)

garam dan gula secukup rasa

1/2 sudu kecil serbuk kunyit.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Potong kulit nenas, buang mata dan empulur. Potong agak tebal supaya ia tidak hancur.

2. Rebus nenas dengan  serbuk kunyit. Letak air sedikit sahaja untuk meratakan kunyit.
(jangan letak byk air kerana nenas akan mengeluarkan air) Apabila nenas mula lembut, angkat dan ketepikan. Jika di masak awal pastikan nenas di sejukkan dulu sebelum ditutup dan di simpan.

3. Mayang halus bawang merah dan bawang putih. Cili di belah dua atau hiris kasar.

4. Tumis semua jenis rempah dan juga bawang yang di mayang halus sehingga kekuningan.

5. Masukkan cili merah dan masak sebentar. Kemudian masukkan nenas ,garam secukup rasa, sedikit gula dan cuka/lemon. Gaul rata dan pastikan rasanya seimbang. Masak sebentar sahaja dan bolehlah di angkat.



Sunday, February 5, 2012

MASAK LEMAK PISANG MUDA


Assalamualaikum..... Bercuti kita hari ini bersama keluarga pada hari ahad dan bersempena kita meraikan 

hari kelahiran Nabi Muhammad saw ataupun Maulidur Rasul. 

Selain mengambil kesempatan  bercuti ke destinasi pilihan, pasti  ramai yang berkumpul seisi keluarga .

Saya adalah di antaranya, masih tidak betah hendak bercuti jauh dari rumah memandangkan kesihatan bapa 

saya yang tidak mengizinkan.  Walaupun tidak tinggal bersama tetapi saya lebih selesa tidak kemana-mana 

dan bergerak ketempat yang dekat-dekat aje. 




Apa yang nak di masak bila dah ramai-ramai tu? Sekali sekala kita masak masakan kampung memang sedap...

Tambahan pula hari ini hari Ahad, banyak pasar tani yang ada, jadi bolehlah kita membeli sayur-sayuran 

kampung. Apa kata kita beli pisang muda dan kita masak lemak cili api. Kita masak pula Ayam Goreng 

Bawang , Sambal sotong dan Bendi Goreng Belacan. Tu semua idea menu dari blog saya ni...semua 

resepinya ada..klik ajer kat nama masakan tu ya....

Masa saya beli pisang tu, anak saya dok tanya kenapa ibu beli pisang yang tak masak lagi?

Budak-budak sekarang dah tak biasa makan benda-benda begitu, jadi kita lah yang sepatutnya masak dan 

kenalkan kepada mereka. Cuma terpulang kepada selera mereka kena ke tidak....





Masak Lemak Pisang Muda ni saya guna rencah ikan bilis ajer. bila nak siang pisang tu, kenalah sediakan air 

garam. Siatkan kulit pisang besar-besar dan potong pisang mengikut suka. Jangan buang kulitnya ya. Kita 

masak dia sekali. Rendamkan semuanya dalam air garam supaya tak lebam/hitam. Opst lupa pulak, selalunya 

kita guna pisang lemak manis yang muda lagi tu ya...Tapi kali ni saya beli kat kampung maka dapatlah pisang 

hutan yang memang utk dibuat gulai.

Celurkan dulu sebentar pisang dan kulitnya tadi dan toskan. Pastu masaklah seperti biasa.....


MASAK LEMAK PISANG MUDA

BAHAN-BAHAN

Sesikat pisang muda

1 biji kelapa parut

segenggam kecil ikan bilis

1 inci kunyit hidup

10-15 biji cili padi
(ikut suka)

3 batang serai

1 keping asam gelugur

garam secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Siang,celur dan toskan pisang.

2. Tumbuk kunyit hidup dan cili api sehingga benar-benar lumat.

3.Perah kelapa parut dan ambil santan yang pekat saja. ( 1 mangkuk)

4.Satukan santan, ikan bilis, serai yang telah di titik dan bahan yang ditumbuk. Didihkan di atas api sambil kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. 

5. Apabila mula mendidih masukkan pisang yang telah di celur sebentar tadi dan juga garam secukup rasa.
Masak hingga kuah agak pekat dan angkat.

# Masak lemak pisang muda lebih enak jika di masak pekat-pekat.


Friday, September 30, 2011

EGG TOFU WIF SWEET PEA


Assalamualaikum...

Kadangkala saya pening juga nak masak sayur apa untuk hidangan. Anak-anak memang selalunya menolak 

sayur. Kalau makan pun kena selalu diingatkan atau ikut selera mereka.

Mood pun jadi tak rajin sebab yang makan pun hanya saya dan suami.

Jadi saya masaklah apa yang saya suka.

Saya gemarkan masak sayur begini. Ringkas dan mudah malah manis ajer....

Kebetulan ada seplastik enoki mushroom jadi saya masukkan juga .

Memang sedap dan 'manis ' ajer. Terutamanya bila digigit sweet peadan celery tu...krak krum krak krum.

Kalau saya , tak payah makan dengan nasi pun tak pa ...ratah gitu ajer.



Elakkan dari memotong Tofu kecil-kecil kerana akan menyerap lebih minyak apabila di goreng.



Hidangan yang sihat dan berkhasiat.


EGG TOFU WIF SWEET PEA

BAHAN-BAHAN

3 peket egg tofu

200 gm isi ayam

2 ulas bawang putih

2 sudu sos tiram

1 tbsp tepung jagung

Sweet pea

Enoki mushroom

celery

lada sulah

CARA MEMASAK:-

1. Potong egg tofu dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Cincang bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.

3. Masukkan isi ayam yang telah di hiris nipis dan gaul rata. Masak kan ayam sehingga separuh masak.

4. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.

5. Masukkan pula tepung jagung yang telah di cairkan dan gaul rata. Biarkan mendidih.

6. Masukkan sweet pea ,celery dan enoki mushroom . Biarkan sebentar dan masukkan pula egg tofu dan lada sulah.

7. Jika suka titik kan sedikit minyak bijan untuk aroma yang lebih enak.