Showing posts with label TELUR. Show all posts
Showing posts with label TELUR. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

TELUR BERSOS aka BISTIK TELUR


Assalamualaikum semua...mendung ajer hari ni ya setelah lama berpanas kini kita dapat semula nikmat hujan

 dari Allah. Alhamdulillah.

Uhhh...malas nak bercerita panjang ni sebab kerja-kerja tertangguh dah melambak kat rumah ni... tertangguh

 gara-gara tersalah urat .... tak dapat lah akak nak bergerak macam lipas kudung seperti biasa... Jalan pun

 dah macam robot!. Apa pun setelah lakukan terapi dan urut-urutan Alhamdulillah dah boleh bergerak laju

 sikit tapi masih takut-takut lagi....


 Aduh dah banyak rasanya menu telur kat blog saya ni ya....tapi itu lah yang jadi kesukaaan anak-anak.

Pas tu ibu nya pun senang nak memasaknya... 

Jom kita tengok masakan telur terhangat kat rumah saya sekarang ni...

Tadddaaaaa......amik kau! ni dia....Telur bersos aka Bistik Telur.

Masakan terlaris masa kini ( kat rumah saya laaaa....) Siap order suruh buat lagi tu....

Dari tak suka makan kacang pea terus liciiiinnnn semuanya.... Nampak gayanya ni juga antara menu hot bulan puasa nanti la....senang akak!



Nak masak pun senang dan cepat....dan sedddaaaap!


TELUR BERSOS aka BISTIK TELUR

BAHAN-BAHAN

5-6 biji telur

3 ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

1 labu bawang besar

2-3 biji kentang

1 tin kecil kacang pea

4 sudu besar cili kisar

1/2 cawan cili sos

1 sudu besar sos tiram

2 biji cili merah/hijau

CARA MEMASAK:-

1. Goreng telur sebiji-sebiji / telur mata . Goreng juga kentang yang di potong mengikut suka.

2. Tumbuk bawang merah dan bawang putihingga lumat.

3. Hiris kasar bawang besar dan cili merah/hijau.

4. Tumis bawang yang telah di tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga
agak garing. Masukkan sedikit air dan masak semula cili sehingga naik minyak.

5. Masukkan cili sos dan sos tiram serta kacang peas yang telah di toskan airnya. Gaul rata dan masak sebentar.

6. Masukkan cili merh/hijau, kentang dan bawang besar. Gaul rata. Boleh tambahkan air jika suka berkuah.
( saya suka kering-kering supaya telur tak lembik sgt)

7. Akhir sekali masukkan pula garam secukup rasa dan telur. Gaul rata dan boleh lah di angkat.


Wednesday, June 6, 2012

Kari Telur Berkerisik


Dah lama betul saya tak masak kari telur. Kadang-kadang tu teringin juga...Cuma kuat nya keinginan tu 

belum dapat mengatasi segalanya. Semasa saya masak nasi tomato sebenarnya saya nak gandingkan dengan 

Kurma Telur. Ada teman yang mengatakan Kurma Telur Berkerisik enak di makan bersama Nasi Tomato. Tapi dek Non...

bila nak menumis rempah kurma pulak dah habis...yang ada rempah kari ikan ajer... Apa lagi tukar

 plan lah jawabnya...


Kali ni saya buat kari agak pekat dan berkerisik. Aroma kerisik tu cukup menaikkan nafsu makan bila kuah 

kari tu menggelegak. Sedaaap tau! kalau makan dengan pulut kuning pun sesuai.....Rasa-rasa mcm nak

 masak Kari Telur begini jugalah nanti bila buat pulut kuning.Cuma saya perlu masak kuahnya seperti kari 

biasa kerana bila makan dengan pulut perlu ada kuah untuk di cicah ....

KARI TELUR BERKERISIK

BAHAN-BAHAN

6 biji telur rebus

5 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1/2 inci lengkuas

2-3 batang serai

1 peket rempah kari ikan

1 cawan santan 

1/2 cawan kerisik

1/2 tsp halba + biji sawi

sedikit gula dan garam

asam jawa secukup rasa


CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.

2. Tumis halba dan biji sawi seterusnya bahan yang telah di tumbuk dan serai yang dititik.

3.Masukkan rempah kari yang telah di cairkan. Masak sehingga agak garing dan masukkan sedikit air 

supaya pes kari cair semula. (ini utk memastikan rempah benar-benar masak).

Kacau lagi dan masak sehingga terbit minyak.

4. Masukkan kerisik dan gaul rata. Kemudian masukkan pula santan dan kacau selalu supaya kuah tidak bergentel. 

5. Bila mendidih ajer masukkan telur,air asam jawa,garam dan sedikit gula( utk beri rasa kaw).

6. Masak sehingga kuah pekat atau seperti mana yang di kehendaki kepekatan nya.






Thursday, June 23, 2011

TELUR MASAK KURMA BERKERISIK


Assalamualaikum...

Semasa saya di kedai barangan basah berhampiran, bertegur sapalah saya

dengan seorang kakak ni.

Dia menegur saya dengan bertanya nak masak apa hari ini. Lalu saya katakan tak

tau lagi. Nak tengok-tengok dulu apa yang ada di kedai itu. Lalu dia memberi idea

masak kurma telur pun sedap. Anak-anak suka kan nya.

Pada ketika itu saya hanya membeli ayam dan beberapa keperluan lain.Apabila tiba di rumah teringat semula saranan kakak tadi.

Saya terus merebus telur kerana di fikiran saya dah melekat nak masak Kurma telur. 

Beginilah cara yang selalu saya guna untuk memasak  kurma.






KURMA TELUR BERKERISIK

BAHAN-BAHAN

6 Biji telur rebus

1 peket rempah kurma

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 Inci halia

1 biji limau nipis

2 cawan santan

2 tbsp kerisik

serbuk lada hitam

kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkih.

1 labu bawang besar
(potong 4)

cili merah, cili hijau

tomato

CARA MEMASAK:-

1. Hiris 2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih dan separuh dari halia.

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia yang selebihnya hingga lumat.

3. Tumis bahan penumis dan bahan-bahan yang dihiris sehingga kekuningan.masukkan bahan yang ditumbuk halus dan masak sehingga naik bau.

4. Masukkan serbuk rempah yang telah di cairkan.

5.Perlahankan api ,kacau selalu dan masak sehingga naik minyak.

6. Masukkan santan dan masak sehingga santan menggelegak sambil di kacau perlahan-lahan.Masukkan pula kerisik. Gaul rata.

7. Taburkan sedikit lada hitam dan garam secukup rasa. Masukkan telur rebus yang telah di kupas kulitnya dan masak lagi hingga kuah agak pekat.

8. Masukkan cili merah dan hijau yang di belah dua, bawang besar dan tomato yang di belah 4.

9. Perah kan limau gaul rata dan angkat.
  




Tuesday, June 14, 2011

EGG BENJO


Selamat sejahtera... Sejak akhir-akhir ini saya kerap membuat Egg Benjo. Selalunya untuk sarapan pagi.

Ianya bermula pada suatu hari saya tiada idea nak buat sarapan apa.Kebetulan masih ada berbaki 3 biji roti burger tetapi saya pula kehabisan stok daging nya.

Lalu teringat pula akan egg benjo yang selalu dijual di gerai burger pada waktu malam tu.

Maka saya pun buatlah Egg Benjo. Saya potong dua sebiji egg benjo dan saya bekalkan separuh seorang kepada anak saya ke sekolah dan selebih nya mereka makan di dalam kereta kerana pagi itu mereka agak lewat.

Sekembalinya dari sekolah anak-anak saya meminta di buatkan lagi Egg Benjo. Bermula dari itu selalulah saya membuat egg benjo. Memang bagus untuk sarapan pagi .






EGG BENJO


BAHAN-BAHAN

Roti burger

telur

lada hitam

seasoning

daun salad, apple, bawang besar

mayonise & sos cili + sos lada hitam


CARA MENYEDIAKAN:-

1.Belah dua roti burger, sapukan butter dan grillkan diatas kuali leper/grill pan sebentar. 

2. Letak acuan bulat(untuk benjo) di atas kuali leper panas dan letak sedikit planta. Pecah kan telur di dalamnya (api harus lah perlahan)

3. Percikkan sedikit seasoning dan serbuk lada hitam di atas telur yang masih cair . Tutup permukaan atas telur dan biarkan sebentar. Setelah permukaan telur agak keras, lekangkan tepi telur dari acuan dengan pisau.
Angkat .

4. Susun kan daun salad, apple yang dihiris dan bawang besar yang di potong bulat-bulat. Letakkan telur dan paipkan mayonise serta sos cili yang di campur sedikit sos lada hitam.



Monday, February 7, 2011

LAUK PALING LARIS!


Semalam saya menghantar anak kembali semula ke U setelah bercuti sempena CNY. Merata-rata jalan 

highway di war-war kan jam. Ada yang tersangkut di jalan raya selama 13 jam khabarnya.

Seperti biasa saya dan keluarga memilih untuk melalui jalan kampung menuju ke Melaka.Lebih tenang 

menikmati pemandangan kampung di samping agak redup dengan pokok-pokok menghijau. Kami tidak 

melalui jam sedikit pun walaupun bilangan kenderaan lebih dari biasa.

Bila sampai kat rumah badan pun dah letih. Kebetulan gulai lemak ayam yang saya masak awal pagi masih 

ada dan saya hanya menambah dengan hidangan paling laris terutama ketika ramadhan ,iaitu Telur Goreng 

Kicap . Bila di telek semula tiada resepi yang saya catat di sini untuk hidangan tersebut...Ish ish ish....mana 

boleh jadi...

Inikan masakan paling laris!....wajib di catat untuk rujukan anak-anak  dan yang lain....hehehe


TELUR GORENG KICAP IBU

BAHAN-BAHAN

5 Biji telur
(goreng mata )

1 biji cili merah*

1 biji cili hijau*

2 labu bawang besar*

5 sudu besar kicap manis
(saya guna hablal)

2 tbsp sos cili

1 Sudu sos tiram

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Hiris bahan bertanda* kasar-kasar.

2. Tumis separuh dari bawang besar hiris.Goreng hingga berbau wangi. 

3. Masukkan cili dan gaul rata. 

4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Gaul rata dan masukkan telur. 

5.Akhir sekali masukkan lebihan bawang besar, gaul dan angkat.


Thursday, November 4, 2010

MASAK LEMAK TELOR ITIK DGN BELIMBING


Semasa ke pasar basah tempohari saya sempat mengambil telor itik. Kebetulan ternampak ada belimbing 

buluh dijual. Kecur air liur saya melihatnya dan memang berhasrat nak masak lemak telor itik dengan 

belimbing buloh. Biasalah oleh kerana suami saya orang N9 dan saya pula bersempadan dengannya maka 

masak lemak tu dah jadi favoretlah kiranya....Cuma kini tak boleh pedas-pedas sangat kerana perut dah mula 

tak tahan! Dah lama dah masak ni cuma tak sempat nak upload yer lah banyak keja nak mengedit gambar 

lagi....Tapi tak pa saya tunjukkan cara bagaimana nak masak supaya nanti adik-adik, teman-teman dan 

seangkatan dengannya boleh masak sendiri...


MASAK LEMAK TELOR DGN BELIMBING


# Masukkan cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk dgn sedikit garam kedalam 1 1/2 biji kelapa yang telah di perah santannya-(santan skrg kurang lemak).Untuk adik-adik yang belum kahwin tu kena tumbuk lumat-lumat yer nanti bakal mak mertua reject hik hik hik...


# Setelah di kacau rata masukkan serai yang telah dititik.


# Masukkan pula sedikit ikan bilis untuk memberi rasa pada kuah.


# Bila dah menggelegak masukkan pula telor itik yg telah di pecahkan ke dalam mangkuk melengkung. Kacau hanya di permukaannya saja supaya telor tidak hancur. Dan apabila telor mulai keras permukaannya bolehlah di kacau perlahan di bahagian bawahnya supaya telor masak rata. Awas 'perlahan ajer tau' nanti telor pecah!


# Akhir sekali masukkan belimbing buloh yang telah dihiris kedalam masakan.Tambahkan garam secukup rasa - saya tak letak kerana dah letak garam secukupnya sewaktu menumbuk awal tadi Kacau rata sebentar dan angkat. Kepanasan akan memasakkan belimbing itu.


# Taraaaa.....dah masak pun. Makan bersama ikan/ ikan masin goreng ....Kalau kat rumah saya suka makan lemak telor dengan kicap.......


Friday, August 13, 2010

TELUR BUNGKUS




Assalamualaikum bertemu kembali setelah tiga hari kita berpuasa.Bila bertukar jadual baru keadaan begitu 

tidak mengizinkan untuk saya mengulit cik lappy ni. Semalam kami sekeluarga berbuka dengan Nasi Putih 

berlaukkan Daging Kicap Berempah dan Telur Bungkus. Dirumah ni sayur agak kurang sikit so saya 

masukkan aje sayur-sayuran kedalam masakan tersebut tanpa memasak dia saja. Kebetulan roti masih 

banyak dan tentu tak habis nanti lalu saya buatkan Sardin Roll dan Sausage Roll.

Kepada yang nak cuba Telur Bungkus saya gunakan resepi yang simple aje dan kebetulan yang ada hanya 

mince chicken lalu intinya agak halus sedikit. Selalunya saya gunakan ayam yang di potong kiub kecil-kecil. 

Kita buat dia kan, apa sajalah......





TELUR BUNGKUS
Sumber: Azian Collections.

BAHAN-BAHAN

1 Peket mince chicken

4 Ulas bawang putih

2 Ulas bawang merah

4 Sudu besar cili kisar

1 Sudu besar tomato pure

1/2 inci halia

1 batang serai 
(titik)

1 /2 labu bawang besar
( Potong kiub)

2 Helai daun limau purut

1 Sudu besar sos tiram

3 Sudu besar sos cili

Sedikit garam dan gula

1/2 cawan mix vege

1 biji limau nipis

2 Biji telur


CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Tumis bahan yang di tumbuk hingga berbau wangi dan masukkan serai dan daun limau purut.

3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing atau naik minyak.Masukkan sos cili dan sos tiram pula.

4. Masukkan pula daging kisar yang telah digoreng dengan sedikit minyak,mix vege dan bawang besar.Gaul rata dan masak hingga bawang agak layu.

5. Sempurnakan segalanya dengan garam dan gula secukup rasa serta perahkan limau. Gaul rata.

6. Goreng telur seperti memasak telur dadar tetapi gelekkan kuali supaya ruang bertelur agak luas dan telur dadar agak nipis. Setelah masak( bahagian tepi telur agak renggang dari kuali) Tebarkan di atas sebuah mangkuk (bowl). 

7. Masukkan ayam yang di masak tadi dan lipat telur yang berlebihan. Letakkan pinggan leper di permukaan mangkuk dan terbalikkan. Letakkan sos sebagai penghias dan perasa.




Wednesday, May 13, 2009

LEMAK TELUR ITIK DENGAN BUAH BACANG


Sabtu lalu aku bersama beberapa jiran sekeliling rumah pergi ke Pasar Tani yang baru dibuka awal tahun di tapak ekspo MAHA berhampiran Putrajaya. Selepas bersarapan kami berjalan melihat apa yang ada di jual. Aku terpandang akan kemah jualan sayur-sayuran kampung dan yang paling menarik perhatianku adalah buah Bacang muda. Sudah lama tidak menikmatinya samaada di masak lemak bersama ikan atau pun telur itik. Kucapai sebiji dan hari ini ia menjadi antara hidangan ku untuk keluarga yang di masak bersama telur itik. Cubalah....
BAHAN-BAHAN
5 Biji telur itik
1 Biji kelapa
1 1/2 Inci kunyit
10 Biji cili api (tambah jika suka pedas)
3 Batang serai
1/2 Biji buah bacang muda
(di potong spt btg mancis
Ramas bersama garam dan cuci)
4-5 ekor ikan bilis.
CARA MENYEDIAKAN
1. Pecahkan semua telur itik kedalam sebuah mangkuk melengkung. Pastikan merah telur tidak pecah.
2. Perah santan sebanyak dua kali sahaja.
3. Tumbuk kunyit hidup yang telah di buang kulit hingga lumat. Tumbuk pula cili padi hingga lumat.
4. Titikkan serai.
5. Masak santan bersama bahan tumbuk,ikan bilis dan serai. Didihkan santan sambil dikacau supaya tidak pecah santan.
6. Tambah garam secukup rasa dan kacau rata.
7. Masukkan semua telur serentak dan biarkan sebentar. Kacau perlahan-lahan hingga separuh masak.
8. Masukkan buah bacang . Kacau rata sebentar dan angkat.
Nota: 1. Santan diramas lama untuk mendapat patinya.
2. Masukkan sedikit garam ketika menumbuk cili
agar mudah lumat.