Showing posts with label SNEK. Show all posts
Showing posts with label SNEK. Show all posts

Monday, August 1, 2011

TUNA BAGUETTE


Assalamualaikum ......

Hari pertama Ramadhan dan bermulalah saat-saat kena bangun pagi untuk bersahur . Sesuatu yang agak berbeza dari kebiasaan terutamanya kepada 

anak-anak kecil. Hari pertama bersahur selalunya saya memastikan anak-anak makan makanan berat seperti 

nasi .Walaupun begitu ramai juga yang hanya makan roti dan yang ringan-ringan ajer pada waktu sahur al 

maklumlah selera tidur mengatasi selera makan.....Teringat pula akan abah saya yang tidak mengambil nasi 

pada bulan puasa ni...Apalah sahur dia pada pagi ini agaknya.



Kalau rajin untuk mereka yang tidak mengambil nasi boleh lah di buatkan tuna baguette . Anak-anak tentu 

suka dan jika di hias cantik dapat membangkitkan selera. Ringkas, mudah, sedap dan cepat untuk di 

sediakan. Sesuai juga dihidangkan sewaktu berbuka. 

Mudah saja penyediaannya hanya perlu dipotong baguette disapukan tuna. Letakkan potongan beef bacon 

yang telah grill sebentar, cheese dan sayur(jika suka.Saya tak letak sayur sebab anak-anak akan ketepikan 

sayurnya). Letakkan di atas grill pan sebentar supaya bagguette menjadi ranggup. Picitkan mayonise dan cili 

atau tomato sos jika suka.




Thursday, June 17, 2010

KACANG SALUT

Musim bersengkang mata menonton pasukan pilihan beraksi di padang kembali lagi. Orang kat dalam rumahku ini tidak ketinggalan. Selalunya bila ada 'game' suamiku akan membeli kudap-kudapan seperti kerepek.Kekacang juga jadi pilihannya. 
Sebenarnya bukanlah apa aku membuat kacang salut ini. Dah lama tak buat dan juga salah satu sessi mencuba bakal-bakal kuih raya yang akan menjelma tak lama lagi. Yang mana satu pilihan kalbu.Pastinya mana yang selesai cepat itu yang akan menjadi pilihan untuk kuih raya.
Sambil goreng sambil makan. Aku juga sebenarnya sukakanya! Inilah cara aku membuat kacang salut. Tak taulah teman-teman yang lain bagaimana pula. Jika ada cara yang lebih baik jomlah kita share. Ok.......

BAHAN-BAHAN

1 kilo kacang tanah

Sebuku bawang putih
( buang kulit & kisar/tumbuk)

4 sudu besar cili kisar

Garam & gula
(secukup rasa)

4 biji telur

4 sudu besar tepung gandum

4 sudu besar tepung beras

4 sudu besar tepung jagung.

4 Sudu besar bijan

Minyak untuk menggoreng


CARA MEMBUAT.


1. Gaulkan kacang yang telah di cuci dan ditoskan dengan bawang putih kisar, cili kisar , gula dan garam.

2. Masukkan bahan yang lain selain minyak dan gaul rata.

3. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api yang sederhana. Pisah-pisahkan kacang sambil dikacau supaya masak rata.

4. Angkat bila kacang nampak agak garing dan toskan. 

5. Sejukkan dahulu sebelum meyimpan.







Monday, January 18, 2010

KEREPEK NGAKU / ARROW HEAD






Setiap kali menjelang tibanya Tahun Baru Cina pasti kita turut sama sibuk membeli buah limau lokam. Lebih dari itu aku dan teman-teman menunggu kemunculan prosperity burger dari Mc Donald.Teringat waktu muda-muda kali pertama kemunculan nya ketika aku berpantangkan anak keduaku Amirul 16 tahun yang lalu. Salah satu menu yang dianggap 'sedap' dan boleh dimakan ketika berpantang. Semuanya gara-gara lada hitam yang terdapat pada sosnya...
Bertambah satu lagi koleksi mejelng tahun baru cina, pasti kawan-kawan sering lihat ianya dijual dipasaraya seperti Tesco, Giant dan Carrefour. Buah ngaku ataupun arrow head. Jika dulu hanya memandang saja tetapi sejak diperkenalkan oleh teman blogger Nina yang juga jiranku, aku terpikat dengan rasa lemaknya apabila telah dijadikan kerepek.Hari ini aku meluangkan sedikit masa sementara menanti anak-anak pulang dari sekolah agak lewat sedikit untuk memasak kerepek ngaku. Bolehlah suamiku mengunyah ketika menonton bola.

BAHAN-BAHAN:-

Buah ngaku / arrowhead

Penyagat

Minyak Masak

Garam

CARA MEMASAK:-

1. Kupas kulit buah ngaku. Haruslah direndam di dalam air selepas di kupas supaya tidak berubah warna.

2. Sagat buah kedalam bekas berisi air garam. Biarkan ia berendam seketika untuk membuang kanji yang berlebihan.

3. Panaskan minyak dan sementara itu toskan sedikit buah ngaku yang telah disagat.Gorengkan buah ngaku yang telah di toskan tadi dengan api yang besar. Biarkan seketika dan kecilkan api setelah separuh masak. Kacau sekali sekala agar rata garingnya. Angkat dan toskan.

Nota: Buah ngaku juga boleh terus disagat kedalam minyak panas selepas di kupas seperti membuat kerepek pisang.