Showing posts with label TART / PASTRY. Show all posts
Showing posts with label TART / PASTRY. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Durio Cream Puff




Berkali-kali saya ingin mencuba teknik membuat Cream Puff yang saya perolehi dari kelas dan digabungkan 

dengan pembacaan di google. Masa dan keadaan begitu tidak mengizinkan. Sebelum ini saya hanya 

menggunakan teknik yang saya pelajari tetapi hasilnya 

tidak seperti yang saya kehendaki.

Kali ini saya gabungkan keduanya menggunakan resepi yang sedia ada. Dan yang istimewa, cream nya...

Bukan lagi custard cream tetapi durian cream.

Sesekali menggunakan perasa lain sementelah pula durian mudah di dapatkan di sana sini ketika ini.

Saya tak pun membeli durian hanya menggunakan durian yang saya frozenkan. 





Apabila di gigit cream puff yang agak 'garing' di luar dan lembut di bahagian dalamnya begitu nikmat terasa

bila semuanya bersatu bersama durian cream tersebut. Begitu cepat ajer masuk ke mulut dan tak sedar pun 

tangan mencapai sebiji lagi....hehe.



Tengok tu, creamnya...kaya dengan durian....

Dah, kalau terliur tu...pergilah ke dapur..godek-godekla pulak..resepinya ada kat bawah ni...


DURIO CREAM PUFF

BAHAN-BAHAN

CREAM PUFF

120 gm tepung gandum

90 gm butter

3 biji telur
(saiz AA -4 biji utk saiz C)

200gm susu 

CARA MEMBUAT:

1. Masak susu dan butter dengan api perlahan. Apabila butter mencair kuatkan api dan masukkan

tepung yang telah di ayak . Tutup api dan kacau rata sehingga tepung dan larutan sebati.

Hidupkan api kecil sahaja dan kacau lagi sehinngga adunan tidak melekat. Tutup api.

2. Kacau adunan sehingga agak suam ( boleh juga di kacau dgn mixer)

Masukkan telur yang telah di kocok sedikit dan gaul rata sehingga sebati.
(saya gunakan mixer)

3. Masukkan kedalam beg piping bernozlekan bentuk daisy. Paipkan membulat di atas tray bergris.

4. Ratakan tanduk pada adunan yang dibentuk supaya puff cantik.

5. Spraykan air pada adunan yang telah di bentuk.

6. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan 10 minit lebih awal. Bakar selama 25 minit pada suhu

200 darjah Celcius. Dan turunkan suhu pada 160 darjah celcius untuk 15 minit berikut. 

7. Buka sedikit pintu oven dan teruskan membakar selama 6-10 minit. Angkat dan sejukkan.


DURIO CREAM

BAHAN-BAHAN

500ml susu segar

2 ulas durian

100 gm gula

2 biji telur

20 gm tepung kastard

30 gm tepung jagung

pewarna egg yellow
(jika perlu)

secubit garam

CARA MEMBUAT:-

1. Kisar isi durian bersama susu dan satukan kesemua bahan kecuali gula dan pewarna.

2. Masukkan kedalam periuk bersama gula dan masak di atas api perlahan sambil di kacau selalu sehingga 

pekat.

Tambahkan sedikit  pewarna egg yellow untuk menaikkan warna cream. Sejukkan.

3. Masukkan kedalam beg piping bernozle tajam. Paipkan kedalam cream puff.


Tuesday, June 7, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART


Assalamualaikum.

Kali ini saya membuat Blueberry Cheese tart mengikut resepi yang saya dapati di salah satu kelas yang saya 

ikuti. Walaupun ini bukanlah resepi yang di ajar tetapi telah di beri secara sukarela oleh guru yang mengajar. 

Dan kali ini saya telah merasai hasil dari resepi tersebut. Lebih ranggup dari resepi di N3 terdahulu.

Dah 3 biji saya makan waktu membuatnya. 

Untuk kali ini saya tidak langsung menggunakan mixer hanya secara manual saja. Dan inginkan kelainan saya 

warnakan separuh dari adunan cheese dengan warna violet. Meriah lah sikit...



BLUBERRY CHEESE TART

BAHAN-BAHAN

CRUST

200 gm tepung gandum

100 gm butter

75 gm icing sugar

2 tsp susu segar

1 biji telur


CREAM CHEESE

250 gm cream cheese

50 gm butter

70 gm icing sugar

2 tbsp tepung

1 biji telur

20 gm whipping cream

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan kesemua bahan untuk crust kecuali tepung. Gaul rata sehingga sebati dan sedikit berkrim.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Balut dengan plastik dan simpan sebentar di dalam peti sejuk. (adunan agak lembik sedikit)

3. Keluarkan dari peti sejuk dan tekan-tekan sedikit doh ke dalam acuan. Rata kan dan buat sehingga habis.
Bakar selama 15-20 minit dengan kepanasan 160-c atau mengikut oven masing-masing.

4. Satukan butter , cream cheese dan gula icing. Kacau dengan senduk kayu sehingga berkrim. Masukkan telur dan kacau rata.

5. Masukkan whipping cream dan tepung. Gaul rata dan warnakan dengan warna pilihan. Masukkan kedalam beg piping

6. Tinggalkan sedikit cream cheese dan warnakan dengan warna violet untuk hiasan. Masukkan ke dalam beg piping dan potong hanya sedikit saja di bahagian hujung nya.

7. Setelah crust masak dan di sejukkan, paipkan sedikit cream cheese diikuti blueberry filling. Tutup filling dengan cream cheese semula.

8. Paipkan sedikit cream cheese berwarna violet dan lorekkan menggunakan cake tester.

9. Bakar selama 6-10 minit.


Friday, December 31, 2010

Strawberry Cheese Tart


N3 terakhir untuk tahun 2010. Projek untuk menghabiskan stok Cream Cheese yang telah saya beli di BWY 

tempohari. Kebetulan masih ada lagi  Strawberry filling di dalam fridge. Maka terhasillah Strawberry Cheese 

Tart untuk makan-makan anak-anak di rumah. Semuga segala yang pahit yang saya lalui di tahun 2010 

akan hilang dek kemanisan tart strawberry ni .Terlalu banyak kenangan yang agak kurang memuaskan telah 

berlaku sepanjang tahun 2010. Antaranya peristiwa beg tangan Coach kesayangan saya yang di beli oleh 

seorang teman di USA telah diragut di hadapan rumah membawa pergi juga sebuah kamera yang sering saya 

gunakan untuk mengambil gambar masakan saya.

Tahun ini juga telah mengheret saya menjadi seorang yang harus bersabar menghadapi kerenah dan sikap 

 insan yang mula menonjolkan 'true colour' dengan kata-kata dan perbuatan.   Menerima akan apa jua seadanya....

Semuga semuanya akan menjadikan saya lebih tabah dan cekal bukan kerana kita akan meraikan New Year tetapi  esok tanggal 1111 adalah 

merupakan tarikh yang amat bermakna buat saya.....


STRAWBERRY CHEESE TART

BAHAN-BAHAN

100 gm butter

220 gm tepung SPF

1 biji telur gred B

35 gm gula kastor

secubit kecil baking powder

1 tbsp powder milk


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Putar sebentar butter dan gula. Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati.

2.Masukkan tepung yg telah di ayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan uli cepat supaya  butter

tidak mencair oleh kepanasan tapak tangan.

3. Tekan-tekankan adunan di dalam acuan tart dan kemaskan dgn pisau/spatula permukaannya.

4. Bakar 160-C selama 10-15 mengikut oven masing-masing.


CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN

250 gm Cream Cheese
( philladelpia/tatura)

1 biji telur

20 gm whipped cream

20 gm butter


CARA MEMBUAT:-

1. Putar semua adunan hingga kembang.

2. Masukkan cream kedalam piping beg dan picitkan sedikit di dasar tart shell. 

3. Picitkan pula Strawberry filling dan tutup filling dengan Cream Cheese.

4. Bakar sehingga cream agak naik membulat permukaannya. 


Thursday, December 30, 2010

MiNi qUiChe



Saya buat Mini Quiche ini sebagai sarapan pagi tadi. Selain itu saya juga menggoreng mee.Kebetulan 

beberapa hari yang lepas saya telah membeli Puff Pasty di BWY. Tiada idea juga pada mulanya untuk 

memasak sarapan tapi bila tengok semua bahan untuk membuat quiche ada apalagi berquiche lah kami...

Senang aje membuatnya dan sedap pula. Lebih senang lagi jika guna pastry instat...hehehe...

Ada dua cara memasak Quiche ini. Boleh pilih samada yang ber pastry atau yang 'bolen' ajer ckp org Perak 

gitu. Memang sesuai utk majlis-majlis keraian , tea time dan bila-bila teragak asal rajin membuat nya.                                                

Nak buatnya pun mudah semudah 123....Tak percaya ...jom tengok...


MINI QUICHE

BAHAN-BAHAN

4 biji telur

1/2 cawan susu segar

1/2 cawan Cheddar Cheese

Lada Sulah

Daun bawang

Sausage

Beef Bacon
(saya ganti udang)

Cherry tomato

Cili merah

1 biji bawang besar
(ptg kiub)

Puff pastry


CARA MENYEDIAKAN:-

1.Potong dadu sausage, cili dan tomato.Hiris daun bawang, 

2. Goreng sausage dengan sedikit butter. Masukkan pula bawang yang telah di dadukan. Akhir sekali isi udang. Kacau rata dan angkat.

3. Satukan semua bahan kecuali puff pastry. Perasakan garam secukup rasa.

4. Masukkan puff pastry kedalam setiap satu Muffin Pan. Isikan campuran batter memenuhi tin. Bakar 160-C,20-30 minit.

Nota: Masukkan adunan dalam muffin pan tanpa puff pastry dan bakar untuk cara yang kedua.



Monday, November 15, 2010

CHICKEN CURRY PIE

Salam...Chicken Curry Pie ni saya buat untuk menghabiskan stok puff pastry yang tersadai sekian lama kat 

dalam fridge tu. Sebelum tiba tamat tempoh kegunaaannya saya tamatkan riwayatnya dulu dengan Chicken 

Curry Pie. Inti karipap ada dalam tupperware tu...apalagi kerja nak senang saya jadikan ajer inti pie...

Chicken Curry Pie citarasa Malaysia...

Saya telah memcuba beberapa jenis instant pastry dan ada permintaan meminta saya buat sendiri pastry nyer...

Tentu tak puas hatilah dengan yang instant tu... Apapun Chicken Curry Pie ni dah habis dahhh...

Lepas ni bolehlah buat lagi selalu selalu almaklumlah cuti sekolah dah pun tiba...



CHICKEN CURRY PIE 

BAHAN-BAHAN

1 peket instant pastry puff
(pampas/kawan ku ect)

Inti karipap

egg wash
(telur+ susu segar)

CARA MENYEDIAKAN

1. Canai pastry puff yang telah dilembutkan. Taburkan tepung gandum jika melekat.

2. Tutup permukaan acuan pie kemaskan di bahagian tepi nya.Isikan inti dan tutup dengan doh yang telah di torak. Kemaskan tepi dengan memotong bahagian yang berlebihan. Tekan-tekan dengan garfu seperti berkelim.

3. Cucuk-cucuk dengan garfi permukaan pie supaya angin panas di dalam pie dapat keluar dan pie tidak menggelembung.

4. Sapukan egg wash dan bakar selama 30 minit dengan kepanasan 160-C atau mengikut oven masing-masing.

5. Sapukan permukaan dengan sedikit butter supaya berkilat. 


Friday, September 24, 2010

EGG TART


Panassssss........... baru aje keluar dari oven terus upload. Hari ini anak ke empat saya Imran akan meraikan 

sambutan hari raya di SRA. Sejak beberapa hari yang lalu dia telah mengingatkan saya. Pada mulanya saya 

berkira-kira  untuk membuat brownies tetapi akhirnya  membuat Egg Tart kerana ingin mencuba resepi yang telah 

saya layari di internet suatu waktu dulu. Teman-teman yang ingin mencuba bolehlah klik di sini. Cuma saya 

tidak menggunakan teknik menerap dan hanya picit-picitkan sahaja ke dalam acuan pastri.

Di sana sini masih lagi meriah menyambut Syawal .Memandangkan hari ini telah memasuki Syawal ke 15 

maka masih ada lagi dua minggu kepada mereka yang ingin adakan rumah terbuka , bolehlah juga 

mencuba Egg Tart sebagai salah satu juadahnya. Di bawah saya CnP dari resepi asal milik Christinereceipe.  Selamat mencuba!



Ingredients of crust:
  • 225 gm plain flour
  • 125 gm butter
  • 55 gm icing sugar
  • 1 egg, whisked
  • a dash of vanilla extract
Ingredients of custard:
  • 3 eggs
  • 110 gm caster sugar
  • 225 gm hot water
  • 85 gm evaporated milk
  • 1/2 tsp vanilla extract
Method (making crust):
  1. Place butter at room temperature until softened. Cream the butter and sugar with an electric mixer over medium speed until the mixture is smooth, fluffy and light in color.
  2. Add in whisked egg, half at a time, beat over low speed. Add vanilla extract, mix well.
  3. Sift in flour in two batches, scraping down the sides of the bowl between additions with a spatula, and make sure all ingredients combine well. Knead into dough. (see picture)
  4. Roll out the dough to a 1/2 cm thickness. Cut dough with a cookie cutter that is just a bit smaller than your tart tin in size. Line dough in the middle of tart tins, one by one. Lightly press the dough with your thumbs, starting from the bottom then up to the sides. While pressing the dough, turn the tart tin clockwise/anti-clockwise in order to make an even tart shell. Trim away any excess dough.
Method (making custard):
  1. Add sugar into hot water, mix until completely dissolved.
  2. Whisk egg with evaporated milk. Pour in sugar water. Mix well.
  3. Sift egg mixture to get rid of any foam into a tea pot. Carefully pour egg mixture into each tart shell.
Method (baking tarts):
  1. Preheat oven to 200C. Position rack in lower third of oven. Bake tarts for 10 to 15 minutes until the edges are lightly brown.
  2. Lower the heat to 180C. Keep an eye on them. Once you see the custard being puffed up a bit, pull the oven door open about 2 to 3 inches. Bake for another 10 to 15 minutes until the custard is cooked through. Just insert a toothpick into the custard. If it stands on its own, it’s done.



Saturday, March 27, 2010

CREAM PUFF




Ini adalah percubaan kali pertama setelah lebih sebulan aku mempelajarinya. Sejak akhir-akhir ini jadual harian ku agak begitu ketat. Lantaran itu kesihatan aku juga agak kurang memuaskan sejak akhir-akhir ini. Hari ini kebetulan ada sedikit waktu terluang sepulangnya aku dari menghadiri mesyuarat PIBG SKPBP2 . Suamiku mencadangkan aku mencuba resepi Cream Puff yang telah pelajari kerana aku tidak perlu memasak hidangan tengahari hari ini. Semuanya dia yang masak iaitu di kedai.....hehehehe...... 
Anak-anakku sememangnya menyukai Cream Puff terutamanya  Beard Papa . Nampak gayanya kenalah aku mencari resepi ala-ala Beard Papa pula kerana anak-anak bertanya yang version Beard Papa ibu tahu buat tak? Apapun kita cuba satu persatu dulu and try to modify apa yang patut.... Ada sesiapa yang punya resepi Cream Puff ala-ala Beard Papa? Jom kita share.........Layan dulu Cream Puff ala Azian yea.....

BAHAN-BAHAN

130 gm Tepung Serbaguna

1/2 sudu teh Garam

100 gm Butter

2 biji Telur (Gred A)

250 ml Air


CARA:


1. Mentega, Garam, Air disatukan dalam periuk dan dimasak hingga mendidih.

2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga menjadi doh. Kacau cepat2.

3. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam mixer dan putar hingga sejuk.

4. Masukkan telur satu persatu, teruskan kacau.

5. Adunan tadi diisi ke dalam piping bag dan dipaip menggunakan nozzle star.

6. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 170'C sehingga masak (atau sehingga kilat2 pada permukaan puff tadi hilang)

KASTARD

500 ml susu segar

25 gm Tepung Jagung

25 gm tepung kastard

100 gm Gula Castor

2 bji Kuning Telur

1 sudu teh Esen Vanila


CARA
Semua bahan tadi dicampur bersama , tapis . Didihkan sambil dikacau dengan cepat sehingga likat. Angkat dan sejukkan.


Tuesday, February 2, 2010

FRUIT TARTLET







Sekian lama aku berhasrat untuk mencuba membuat Fruit Tartlet. Selalunya dessert yang cantik molek ini

 sering menjadi pilihanku apabila berbuka puasa secara buffet di hotel. Sebenarnya aku yakin mampu

membuatnya tetapi biasalah sesuatu itu tidak akan terjadi jika kita tidak 'memaksa' diri untuk memulakanya.

Petang Ahad lalu sewaktu pulang kerumah orang tuaku, aku mengajak anak-anak saudaraku bersama

membuat Fruit Tartlet. Bukan apa sekadar buat bising-bising di rumah emak dan abah agar mereka tidak

sunyi dan rasa terhibur dengan keletah dan kerenah anak cucunya. Maka terhasillah fruit tarlet bertatahkan

buah peach. Sewaktu pulang aku ada membawa lebihan kastard dan kebetulan masih ada tersimpan

pastrinya dirumah yang ku buat tempohari, lalu akupun menghiaskanya pula dengan buah-buahan segar yang

ada di dalam peti sejuk. Cuma hari dah malam dan stok clear jelly aku tiada maka tidak berkilatlah buah-

buahan ku itu. Tidak dapat kuingati blog siapa yang telah ku intai kerana ada beberapa yang telah  

kulayari . Dan ini hasil dari tokok tambah ku....

BAHAN-BAHAN

445 gm tepung gandum

1 Bar butter
( separuh keras)

80 gm gula aising

2 Biji telur (AA)
1 Sudu teh esen vanila

 CARA :

1. Satukan tepung dan  gula aising. Potong-potong kecil butter dan masukkan ke dalam campuran tepung. Gunakan cara gaul ramas . Gaul butter dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Kacau sedikit telur bersama esen vanila dan masukkan kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.

3. Griskan  acuan dengan sedikit butter. Padatkan adunan  dengan jari  dan ratakan bahagian atasnya dengan belakang pisau.

4. Bakar selama15-20 minit dalam kepanasan 160'C mengikut oven masing-masing. Angkat dan sejukkan.


BAHAN KASTARD

180 gm gula halus

300 gm susu cair

150 gm tepung kastard

450 gm air

1 biji telur

Secubit garam

1 Sudu teh esen vanila


CARA

Campur kesemua bahan di atas dan masak di atas api kecil . Kacau sentiasa supaya tidak berketul. 
Sejukkan.


HIASAN

Buah-buahan pilihan
(strawberry, anggur, kiwi,orange etc)

Clear jelly

- Paipkan kastard ke dalam pastri, Susun potongan buah dan sapukan clear jelly .