Tuesday, October 27, 2009
TUNA CABONARA FETTUCCINE
Sebentar lagi pukul satu tengahari, masih sempat nak masukkan N3 terkini. Bukan apa, tugas sebagai seorang ibu sepenuh masa ni memerlukan kita 'mencuri' waktu senggang untuk kita sendiri. Pukul satu tengahari anak-anak ku yang bersekolah sessi pagi akan pulang. Anak-anak akan bertanya "ibu masak apa hari ini". Hari ni masak simple aje..... Tetapi jangan silap....ini bukanlah hidangan untuk hari ini...hanya untuk tatapan dan jika sudi mencuba, silakan...Sedap dan semudah 123 ...sahaja.Hidangan Tuna Cabonara Fettuccine ini kubuat semasa malam Ahad tempohari...
BAHAN-BAHAN:-
1 Peket fettuccine
1 tin tuna chunk in mineral water
1 tin sos cabonara
1 tin sos cheese and herb
4 ulas bawang putih
serbuk lada hitam
Oregano flakes
CARA MEMASAK:-
1. Kisar / tumbuk bawang putih. Toskan tuna.
2. Rebus fettuccine hingga lembut dan toskan. Sapukan sedikit butter agar tidak melekat.
3. Tumis bawang bersama butter hingga agak garing, masukkan chunk tuna dan gaul rata.
4. Masukkan pula kedua-dua sos dan masak hingga menggelegak.Masukkan sebuk lada hitam. Angkat.
5. Tuang sos di atas fettuccini dan taburkan oregano flakes.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam kenal dari kak gerau. Bukak-bukak blog awak, akak dah tergoda dengan hidangannya.
Post a Comment