Showing posts with label COOKIES. Show all posts
Showing posts with label COOKIES. Show all posts

Friday, June 5, 2015

Almost Famous Amos Cookies


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog azian collections...
Saya nak share satu resepi yang saya rasa ramai telah mencuba lantaran ianya memang menjadi kesukaan terutamanya anak-anak. Cuti cuti sekolah ini tentu ramai emak emak yang buat untuk kudap kudapan anak anak mereka apatah lagi dah semakin hampir menjelang Syawal...kira praktis buat cookies sebelum bulan puasa...
Saya telah mencuba berbagai jenis resepi yang boleh didapati apabila kita google..kali ini saya akan sharekan satu resepi yang saya satukan dari resepi dan teknik pembuatan melalui beberapa resepi yang saya temui dan juga dari teknik membuat biskut dari video yang di postkan oleh RASA di mukabuku disamping melalui pengalaman saya mempelajari teknik membuat biskut suatu ketika dulu.
Rasa biskut ini tidaklah seratus peratus biskut Famous Amos...tetapi hampir sama..
Anak anak saya kata macammm....

Selalunya saya mulai dengan membakar almond nib selama 6 minit didalam oven berkepanasan 160 darjah celcius. Kenapa 6 minit? sebab saya diajar begitu...hasilnya perang kekuningan yang nipis...
Sejukkan dahulu dan bolehlah digunakan. Jika belum mahu di gunakan, masukkan ke dalam bekas kedap udara.(saya masuk dalam plastik dan simpul mati)

Apabila telah disejukkan doh dan anda ingin memulakan proses pembentukan dan pembakaran, barulah di masukkan almond nibs dan coklat chips(sebaiknya baru keluar dari peti sejuk). Gaul rata ya..

Selepas itu sudukan satu sudu kecil adunan. Oleh kerana kami sekeluarga sukakan biskut yang nipis dan ranggup (atas permintaan) maka saya leperkan adunan yang telah disudukan tadi.

Bila telah dibakar ianya jadi begini...

Biskut saya sedang beraksi bersama sepasang bear..
Saya packingkan ia seperti itu supaya anak-anak boleh ambil tanpa menjejaskan kerangupan
biskut yang lain.(macam nak jual rupanya..)

Kepada yang nak mencuba bolehlah tengok resepi di bawah..dan cubalah sebelum menjelang ramadhan. Sekiranya hasilnya memuaskan hati bolehlah dijadikan salah satu list biskut untuk menyambut lebaran nanti... 

ALMOST FAMOUS AMOS COOKIES
Sumber:Mr Google

BAHAN-BAHAN

2 Butir telur
250 gm salted butter(saya guna anchor)
1tsp baking soda(saya guna b,powder)
3/4 cawan gula perang
3/4 gula halus
1 tsp esen vanila
2 tepung gandum
(saya guna tepung biskut)
1/4 cawan almond kisar
1 cawan almond nib (boleh tukar lain...macadamia)
1 cawan chocolate chip
# gunakan bahan berkualiti untuk mendapat hasil yg enak)

CARA MEMBUAT:-

2 Jam sebelum memulakan proses, pukul telur sedikit bersama esen vanila dan biarkan.Jika di biarkan semalaman pun ok. Ayak tepung bersama baking powder dan almond kisar.Ketepikan.
Butter, gula perang,gula halus dan telur dipukul sebati. Guna sudip kayu saja pun boleh.Pukul sehingga dia sebati.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata sehingga tepung habis.
Balut adunan dengan plastik cling dan simpan di dalam peti sejuk (bahagian bawah-chiller) selama 2 jam atau lebih. Jika lama di dalam peti sejuk biarkan sehingga adunan agak lembut pada suhu bilik sebelum memulakan proses mencampur bahan kekacang dan coklat. Masukkan almond nib dan chocolate chip kedalam adunan dan gaul rata.
Panaskan oven 10 minit sebelum membakar. Gris dulang pembakar. Sudukan satu sudu kecil atau mengikut citarasa sendiri. Leperkan dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga biskur keperangan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.



Saturday, July 7, 2012

CCC permintaan my little princess....


Assalamualaikum.....

Lama nya tak mengupload N3 terbaru..Bercampur baur di minda ... Sesekali berdetik di benak fikiran saya 

merasakan ingin meninggalkan arena berblogging yang dah hampir 4 tahun saya ceburi..

Adakalanya semangat menjadi kurang... tetapi ada ketikanya saya begitu rindu nak bercerita dan berkongsi

 tentang masakan lebih-lebih lagi bila mendapat feedback yang memberansangkan walaupun blog akak ni tak

 la se popular mana....Cuma berterima kasih kepada yang singgah walau pun tak da N3 terkini.... 

Sayang semua ...muah muah :-).....



My little princess, Lisa telah beberapa kali meminta untuk buatkan cookies...Bukan nak makan sangat pun

 tapi saja jer nak 'menolong' ibu..hehehe..tolong benar lah tu...

Dah beberapa kali butter keluar masuk fridge tapi cookies tak jadi-jadi jugak! So hari ni saya kuatkan hati

penuhi permintaan my little princess tu...Opst...bukan ibu lah...princess abah...dia lah kata...

Dah lama tengok resepi dari Kak Ina KL .. Teringin pulak nak buat macam tu.. 



Baru lah lega sikit tak da yang asyik menyebut nak buat cookies...senyap terus!..

Jadi kalau rasa-rasa nak buat untuk hari raya tak lama lagi boleh la pergi ke laman sesawang Kak Ina ya...

Klik kat SINI....

Apa pun pada Kak Ina, saya salin kat sini juga ya agar saya mudah untuk membuat rujukan akan datang....

BISKUT CHOCOLATE CHIP
Sumber: Kak Ina KL.


BAHAN-BAHAN

180 gm butter

90 gm gula kastor

100 gm gula perang

1 tsp esen vanila

2 biji telur

200 gm tepung naik sendiri

160 gm tepung gandum
(saya keluarkan 20 gm dan gantikan chocolate powder)

1 tsp soda bikarbonat

100 gm coklat chips

120 gm badam cincang

CARA MENYEDIAKAN.

1. Ayak kedua-dua jenis tepung bersama soda bikarbonat,chocolate powder dan garam.

2. Sangai badam cincang sebentar tetapi jangan sampai hangus.
(goreng tanpa minyak)

3. Putar mentega dengan kedua-dua jenis gula sehingga gebu. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.

4. Masukkan bahan yang di ayak tadi dan gaul rata.

5. Taburkan badam dan coklat chips dan gaul rata.

6. Sudukan kedalam loyang yang telah di lengserkan dengan sedikit merjerine. ( saya bulat-bulatkan dan tekan dengan garfu)

7. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 10 minit dengan kepanasan 160 darjah celcius selama 20- 30 minit mengikut oven masing-masing.

8. Angkat dan sejukkan sebentar sebelum di pindahkan keats edai penyejuk.

9. Apabila telah sejuk simpan di dalam bekas kedap udara.

Wednesday, October 5, 2011

CORNFLAKES MADU


Assalamualaikum.

Kali ni nak tayang pula biskut paling laris semasa raya hari tu...Tapi kalau kat rumah saya ni tak raya pun

memanjang ajer larisnya....Pokok pangkal, ibunya kenalah rajin buat.

Jadi biskut ni masuk kategory kuih sepanjang tahun....hehehe.




Tak susah pun nak buatnya...semua orang tahu macamana nak buat...Tengok ajerlah menjelang Syawal hari 

tu ramai blogger yang dok tayangkan biskut paling laris ni....Saya sendiri pun buat 2 kali....

Mana tak nya...cikgu Lisa siap pesan kat dia suruh bawa cornflakes madu ni ke sekolah...

Dalam balang pulak dah habis, kenalah saya godek-godek kejap.... Yang best nya bila buat tu

 satu untuk kuih satu masuk mulut! 


Nasib baik cik abang saya tak suka manis-manis....kalau tak sebalang pun boleh habis bila tengok bola....






Senang ajer nak buat nya tapi ada juga resepi yang mengurangkan keranggupan cornflakes itu.

Ada banyak resepi tapi kali ni saya buat gini ajer...dan kawan-kawan yang mencuba kata ok...

Nak cuba ...try la....


CORNFLAKES MADU

BAHAN-BAHAN

1 kotak besar cornflakes

6 tbsp gula

3 tbsp madu

2 tbsp golden syrup
(klu takda gantikan madu)

250 gm butter

150 gm almond nib

papercup 

 gula  hiasan secukupnya.



CARA MEMBUAT:-

1. Cairkan butter di dalam kuali, masukkan gula dan madu/golden syrup. Kacau rata.

2. Masukkan almond nib dan gaul rata sebentar.

3. Masukkan cornflakes dan gaul rata.

4. Sudukan ke dalam papercup dan taburkan gula hiasan.

5. Bakar selama 10-15 minit atau cornflakes nampak berkilat dan kekuningan


Wednesday, March 23, 2011

CORNFLAKES CLUSTER



Assalamualaikum, semasa melihat-lihat gambar di dalam simpanan terpandangkan pula gambar Cornflakes 

Cluster ni yang saya buat ketika cuti sekolah tempohari.

Semasa saya menghadiri kelas membuat coklat dulu ada di ajar secara lisan bagaimana untuk membuat Coklat Cluster 

ni. Tetapi tidak menggunakan cornflakes hanya kekacang dari berbagai jenis.

Memandangkan masih ada  stok cornflakes di rumah dan rasanya anak-anak sudah tidak berminat utk 

menghabiskan nya maka jalan yang terbaik untuk menghabiskannya adalah dengan membuat cornflakes 

cluster dan saya hanya tambah almond yang kebetulan masih ada di dalam fridge.



Cepat ajer habis...nasib baik saya tinggalkan sedikit untuk 'kakak' yang kebetulan juga balik ....



yang paling gemar..........


CORNFLAKES CLUSTER

BAHAN-BAHAN

300 gm milk chocolate compound
( bole ditambah jika suka)

4-5 sudu peanut butter/nuttella.

200 gm slice almond

1/2 kotak cornfalakes

paper cup secukupnya


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Cairkan coklat yang telah di cincang dan peanut butter/nuttella secara double boiler.

2. Masukkan kekacang dan cornflakes . Gaul rata dan masukkan kedalam papercup. Hias mengikut suka.

Nota:- Pastikan air yang di gunakan utk double boiler sentiasa panas sehingga selesai di masukkan ke dalam papercup supaya coklat tidak keras. Gunakan periuk nasi lebih mudah...