KLIK KLIK NUFFNANG

Sunday, June 27, 2010

ROSEMARY GRILL CHICKEN



Hari ini aku brunch di setapak. Makan capati di belakang Hospital Tawakal. Singgah sebentar di The Mall jalan-jalan cuci mata sambil mencari sedikit keperluan anak sulongku Ashiqin untuk di bawa ke U nanti. Minggu depan semester baru akan bermula.
Seperti biasa bila ada pasaraya Cold Storage aku pasti akan singgah kerana suka memerhati  akan barang-barang dari luar negara yang terdapat di situ. Sudah tentu akan ku sambar serba sedikit.
Seronok melihat fresh herbs di situ lalu aku bercadang memasak Rosemary Grill Chicken walaupun minggu ini  telah 2 kali aku membuat resepi yang sama. Potato russet juga sempat ku capai untuk membuat mashed potato.
Kali ini aku menggunakan dry & fresh rosemary untuk mengrill ayam yang akan menjadi dinner kami sekeluarga . Aroma fresh rosemary lebih 'mengancam' jika dibandingkan dengan yang ku masak menggunakan dry rosemary tempohari.

BAHAN-BAHAN

1 Ekor ayam

3 Biji bawang besar*

3 Ulas bawang putih*

2 Sudu madu*

2 Sudu brown sugar*

2 Sudu plain yogurt*

1 Sudu Dry rosemary*

Garam*

1 Inci halia*

Butter/olive oil


CARA MENYEDIAKAN

1.Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/4 cawan air.

2. Lumurkan bahan kisar di permukan bawah kulit dan atas kulit ayam yang telah dicuci dan dikelar sedikit.Selit-selitkan fresh Rosemary pada ayam.

2. Perap ayam sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman.

3. Sapukan butter atau olive oil sebelum membakar ayam

4. Bakar selama 1 jam pada kepanasan 200-230- C.Terbalikkan ayam pada pertengahan jam dan sapukan bahan/ ramuan yang jatuh kepermukaan ayam. Masak hingga permukaan garing atau ayam benar-benar masak.



1 comment:

ain said...

salam kak yan. sedapnya ayam grill rosemary akak. lama dah sy teringin nak buat ayam grill ni, tp semuanya tggl angan2 je. virus M byk sgt.hihi