Showing posts with label DESSERT. Show all posts
Showing posts with label DESSERT. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

Milo Jelly


Assalamualaikum wbr..
Dalam keadaan yang agak panazzz sekarang ni moh ler kita sejukkan badan dengan Milo Jelly ni...
Kaya dengan rasa Milo dan amat enak dimakan bersama buah Peach. 
Suatu ketika dulu masa anak-anak tengah 'naik' memang suka la beli aiskrim milo atau coklat.
Mesti makan dengan buah Peach dalam tin...eerrmm...sedap!.


Dah lama benor ninggalkan habit itu semua...tiba-tiba teringin pula nak makan Milo Jelly yang sejuk-sejuk baru kuar peti ais... makan juga dengan buah Peach yang telah disejukkan juga...uish...sejuk anak tekak rasanya bila dia lalu...Berbaloi betul sebab nak buatnya pun senang aje...makan sedap!


Jom adik-adik yang baru nak belajar buat Milo Jelly.. Tak payah lagi nak tunggu emak tolong buatkan...
Kita godek-godek pula bagi surprise kat emak ok...

MILO JELLY

5 gram serbuk jelly
(1/2 dari peket)

4 sudu besar milo

1 tin susu cair
(Ideal)

300 ml air

4 sudu besar gula

secubit garam pembangkit rasa

CARA MENYEDIAKAN:-

 Masak kan serbuk jelly bersama air dan gula sehingga mendidih. Apabila merenih ambil sedikit larutan jelly tadi dan di bancuh bersama milo dan kacau rata. Proses ini supaya milo tidak bergentel.
Masukkan susu cair kedalam jelly yang telah merenih tadi. Masukkan juga larutan milo dan secubit garam. Kacau rata. Jangan biarkan jelly mendidih, apabila ia mula mengeluarkan wap atau keluar buih angin satu atau dua bolehlah di angkat dan ketepikan untuk di sejukkan sedikit sambil dikacau sekali sekala. Sementara itu basah kan loyang/acuan. Tuang jelly kedalam acuan dan sejukkan di luar. Apabila betul-betul sejuk baru masukkan kedalam peti ais. Makan bersama buah Peach dalam tin apabila telah sejuk...

Thursday, December 26, 2013

Mars Bar yang kurang manis...


Assalamualaikum..
Janji saya kepada teman FB untuk upload resepi Mars Bar ini saya tunaikan walaupun saya hanya guna gambar yang di ambil dari Tab...Maaf sangat-sangat kerana saya upload lambat sedikit. Baru aje balik dari cuti-cuti Malaysia mengambil peluang kehadiran semua anak-anak untuk bersama bercuti. 

Saya  amat tertarik untuk mencuba Mars bar ini...(gambar di atas belum di potong menjadi bar coklat ya...)
kerana ianya agak kurang manis berbanding dengan Mars Bar yang sebenar. Kebetulan percutian ini bersama anak-anak saudara juga, maka amat sesuailah untuk anak-anak remaja yang sememangnya sukakan makanan yang begini.


Nak buat pun senang aje...cuma agak mahal sedikit modal untuk membuatnya...Namun saya puas hati kerana mereka semua suka kan nya...Bak kata anak saya..."sedap giler".. yang menengok gambarnya pun ketika saya keluarkan di FB juga kata sedap! hehehe...memang sedap dik non!



Ini dia rice krispies yang saya guna.(gambar dari mr google) Saya beli di TESCO.


Untuk bahagian lapisan atasnya, saya guna beryl's  milk compaund yang sememangnya ada stock kat rumah selalu! (gambar dari mr google jg)


Yang ini pelakon utama penyedap Bar's ini...Mr Mars...yeay...tq mr google pinjamkan pic tu...


Dan jangan lupakan juga si dia ni...Tu pasal rice saya nampak glowing....

MARS BAR:- 5-6 Batang coklat Mars ,1 kotak rice krispies, 100 gm butter, 250 gm coklat compound.
Alas loyang segiempat dengan parchment paper dan griskan dengan sedikit butter.(saya guna plastik sbb kehabisan parchment paper) Masukkan rice krispies di dalam mangkuk dan ketepikan.Satukan butter danncoklat Mars didalam periuk dan cairkan keduanya di atas api yang perlahan. Kacau selalu supaya coklat tidak hangus. Bila dah cair (kalau nampak spt berketul kecil sedikit tidak mengapa) curahkan kedalam mangkuk rice dan gaul rata. Bila telah rata sebati, masukkan kedalam loyang dan ratakan dengan spatula sambil di tekan padat sedikit..Sejukkan dan masukkan sebentar kedalam peti sejuk. Sementara itu, hiris nipis coklat compaund dan cairkan coklat secara double boiler. (masak air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Tutup api dan letakkan mangkuk yang berisi coklat di atas periuk yang mendidih tadi. Pastikan wap air tidak keluar.) Kacau terus sehingga coklat mencair. Tuangkan di atas rice krispies tadi dan ratakan. Hentak ringgan supaya coklat rata. Masukkan semula kedalam peti sejuk dan boleh lah di potong dengan pisau tajam atau pizza cutter apabila coklat dah keras.
#Lebihkan coklat jika mahu lapisan coklat jadi tebal.

Friday, January 4, 2013

CREAM CHEESE KASTARD TRIFFLE


Hallooo...Assalamualaikum wbr...
Saban hari saya mampu lalu lalang aje blog saya ni Itu pun menggunakan tab...tak mampu nak buat apa-apa. Rindu teramat sangat sebenarnya. Tapi nak buat macam mana ya saya terpaksa mendahulukan yang penting dulu iaitu anak-anak dan persekolahan. Apatah lagi lappy saya ni buat perangai pulak dia...tak boleh buka lama, nanti dia off sendiri. Agaknya dah tiba masanya untuk di'rawat'. Semua itu membantutkan semangat saya berkarya sementelah pula sememang nya mood pun ada kureng jugak la....


Jom kita cerita pasal makan-makan...
Dessert ini saya buat masa kenduri tahlil arwah kedua ibu dan bapa saya tempohari. Saya sempat buat sebanyak 100 bekas sahaja. Memang berhajat sangat nak buat dessert ni dan akhirnya tercapai juga...
Memang dapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan. Bak kata orang tu...tak cukup la... Hanya tetamu yang duduk di dalam saja yang sempat merasa.
Sampai kakak sulong saya kata lain kali buat 1000 bekas baru puas makan...
Memang sedap! Bukan nak naik bakul angkat sendiri ya...tapi saya sendiri pun tak puas makan satu mau 4 atau lima bekas baru puas . Sampai ada tetamu yang tak segan silu bertanya resepi. Padahal nak membuatnya sempoi ya amat.
So kerana itu percubaan yang pertama untuk kenduri dan kebetulan saya seorang ajer yang membuatnya dan tak berapa sihat pula ketika itu, akan datang saya akan pastikan ada yang membantu...(jaga wahai anak-anak dan anak -anak saudara ku...bersedialah berkhidmat!) dan boleh la buat banyak-banyak...


Saya pernah makan kastard ini tetapi teksturnya agak keras sedikit. Bagi saya lebih ummph kalau kastard dan jellynya itu lembut bergoyang....Selalunya Triffle ada di letakkan swiss roll atau kek span. Saya lebih gemarkan yang tanpa itu semua..hanya kastard, jelly dan cream cheese serta di taburkan sedikit buah buahan koktel dan segar.


Kepada mereka yang bertanyakan resepi terutama anak-anak saudara yang ingin mencuba, sorry baru sekarang dapat diluangkan waktu untuk mengupload resepi dessert ini....

CREAM CHEESE KASTARD TRIFFLE

BAHAN-BAHAN

1 tin koktel buah-buahan
(asing kan buah dan air)

Buah buahan segar

Bekas bulat secukupnya

KASTARD

1 tin susu cair
(saya guna cap Ideal)

3 cawan air
(campur bersama syrup koktel )

1/2 cawan gula pasir

4-5 tbsp tepung kastard
(tambah jika perlu)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan kesemua bahan dan di kacau rata. Masak di atas api yang perlahan sehingga agak pekat dan berkilat.
2. Masukkan kedalam bekas bulat atau cawan dessert separas 1/4. Ketepikan.

JELLY

1 Peket instant jelly
(saya guna perisa raspberry

CARA PENYEDIAAN:-

1. Masak mengikut cara yang di anjurkan. Saya tambahkan lebih sedikit air kira-kira 1/4 cawan untuk mendapat tekstur jelly yang agak lembik.
2. Biarkan sejuk sedikit baru di tuang di atas kastard yang telah sejuk tadi.

3. Berhati-hati ketika menuang jelly. Tuangkan di permukaan tepi bekas supaya kastard tidak rosak.

CREAM CHEESE

250 gm cream cheese
(biarkan sebentar pada suhu bilik)

250 gm whipping cream

1 tsp esen raspberry

1/4 cawan gula kastor

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Putar wipping cream sehingga kental

2. Didalam bekas lain, putar pula cream cheese dan gula sehingga putih.

3.Satukan keduanya dan masukkan esen raspberry. Putar sebentar supaya rata.

4. Masukkan kedalam piping beg bernozzle pilihan dan paipkan di atas jelly. Taburkan buah-buahan koktel atau buah-buahan segar atau keduanya sekali.


Monday, October 8, 2012

MY PAVLOVA


Assalamualaikum...
Tentu ramai yang telah mencuba dessert ni ya..Sedap walaupun agak manis rasanya. Kalau lepas makan yang pedas-pedas alangkah nikmatnya bila kita dapat makan pavlova ni...Walaupun nampak macam rumit  nak membuatnya sebenarnya senang ajer...Cuma ianya memerlukan kos yang agak tinggi juga lebih-lebih lagi jika kita gunakan buah-buahan yang mahal. Kalau nak jimat guna ajer buah anggur, oren sunkis atau mangga. Rasanya sama ajer!


Sebenarnya dah lama betul saya buat Pavlova ni dan dah beberapa kali juga. Cuma terlepas pandang nak upload kat blog aje. Anak-anak saya memang sukakannya. Ada kala tu yang ranggup di permukaan Pavlova tu habis di korek dan yang tinggal hanya bahagian yang serupa marshmallow tu aje. Jadi kenalah akak yang  habiskan... nasib ada buah-buahan yang beraneka tu...tak la terasa manis sangat.
Kalau makan Pavlova ni kena beringat terutama yang sensitif dengan gula. Takut-takut naik pula indeks bacaan gula dalam badan....Jadi sekali-sekala aje la boleh layan anak tekak dengan Pavlova ni...


Yang ni saya buat double layer...sengaja letak buah markisa supaya rasa masam itu mampu mengurangkan rasa manis Pavlova....
Resepi Pavlova ini saya ambil dari SINI....rasanya ramai yang dah mencuba resepi dari Joy Of Baking.com ni. Apapun saya catatkan semula resepi tersebut di dalam Bahasa Malaysia.

PAVLOVA
Sumber: Joy Of Baking.com

BAHAN-BAHAN

4 biji putih telur

1 cawan gula
(saya guna 1/2 cawan)

1/2 tsp esen vanila

1tsp cuka
(saya guna lemon)

1/2 tbsp tepung jagung

TOPPING

240 gm whipping cream

1 1/2 tbsp gula halus

1/2 tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul putih telur di dalam bekas yang benar-benar kering sehingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga benar-benar likat/kembang dan berkilat. (bila terbalikkan bekas telur tidak jatuh)

2.Renjiskan esen vanila dan cuka.Pukul sebentar. Taburkan pula tepung jagung dan kaup balikkan.

3. Bentukkan meringue di atas loyang beralas kertas dan bakar di dalam oven yang telah di panaskanselama 10 minit dahulu dengan kepanasan 160 darjah celcius dan bakar selama 60- 70 minit.

4. Setelah masak, tutup suis dan biarkan pavlova di dalam oven yang terbuka sehingga sejuk.

5. Sapukan topping di atas pavlova dan susunkan buah-buahan pilihan.

6. Untuk topping, satukan semua bahan untuk topping dan pukul sehingga kental. 


Thursday, September 13, 2012

AGAR-AGAR KEMENYAN


Salam....
Raya dah nak habis dah...bermakna hampir sebulan saya tak berkesempatan nak mengupload N3 terkini. 
Rindu tu rindu juga tapi nak buat macamana, urusan keluarga perlu di beri keutamaan. Banyak N3 sebenarnya ingin saya masukkan...
Ok lah. Hari ini hari terakhir anak saya yang keempat Imran menjalani peperiksaan UPSR. Ketika ini paper aptitud sedang di jalankan. Paper baru yang saya sendiri pun tertanya apakah bentuk soalannya. Tapi ada teman mengatakan ianya hanya berupa ujian IQ. So untuk masa ini kiranya dah habis satu bab. Tinggal peperiksaan sekolah agama iaitu PSRA pula. Selepas ini adalah sedikit waktu yang terluang.



Ketika jamuan untuk meraikan keluarga yang berziarah tempohari saya ada membuat agar-agar kemenyan. Sejak dulu inilah antara fav agar-agar yang sering saya buat bila ada tetamu. Kali ini saya buat perasa gula melaka saja.
Kadang-kadang saya suka juga yang berperisa longan. Sedap juga...sejuk ajer.
Rupanya seperti kemenyan membuatkan ianya nampak cantik dan berseni. nak buat pun senang ajer.
Maaflah sebab gambar tak berapa cun. Saya tak sempat nak posingkan makanan tu ...Al maklumlah katering Sendirian Berhad. Semuanya kena buat sendiri....
Gambar-gambar ni semua di ambil oleh anak saya.
Oh ho...agar-agar ni habis dihadap oleh Imran bila tetamu dah pulang. Rupanya ada juga yang mengikut selera saya....hehe. Siap suruh buat lagi tu....


Kita tengok dulu version yang simple ini..Ya lah manalah tau ada pulak yang nak meraikan tetamu hujung minggu ni...bolehlah try...ya tak?


AGAR-AGAR KEMENYAN 

BAHAN-BAHAN

1 peket agar-agar stripe
(peket besar )

1 tin susu cair

5 mug air

1 1/2 senduk gula

2 ketul gula melaka

2 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Bahagi dua agar-agar. Cuci dan masak bahagian yang pertama dengan 2 mug air.

2. Bila agar-agar hancur masukkan gula. Kacau rata sehingga gula hancur

3. Masukkan susu cair dan secubit garam. Masak lagi tetapi jangan biar ia mendidih. Bila nampak ia mula nak mendidih bolehlah diangakat dan masukkan kedalam loyang. Biarkan keras.

4. Bila keras keluarkan dan potong mengikut suka. Masukkan ke dalam acuan.

5.Masak pula agar-agar stripe bahagian yang selebihnya tadi bersama 3 mug air,daun pandan dan gula melaka. Masak sehingga gula dan agar-agar hancur.(sekiranya gula melaka jenis manis tak perlu tambah gula)

6. Tapis dan tuangkan kedalam agar-agar bersusu yang telah di potong tadi. Bila sejuk boleh la di potong mengikut citarasa sendiri.


Friday, June 1, 2012

Sira Ubi Kayu / Pengat Pekat Ubi Kayu


Assalamualaikum....

Tentu ada yang tiba-tiba teringatkan kenangan zaman dulu-dulu macam saya ni...

Sebab leka mengelamun kisah dulu-dulu saya dok teringin sangat nak makan Sira Ubi Kayu ni...kalau dulu-

dulu saya panggil Pengat Pekat.

Arwah emak yang mengenalkan kepada saya dessert ini. Kalau dulu masa kecik-kecik bila emak masak

 saya hanya hisap gulanya ajer ubinya saya buang....Bila dah besar sikit baru pandai makan..

Tak dapat saya rasa masakan air tangan emak lagi...rindu amat mencengkam....Al Fatihah untuk arwah 

emak, Hajjah Mahayah bt Abdul Rahim.




Opppsttt jangan tanya ada lagi ker tak ya...sbb dah lama saya godek benda ni tp sbb memory card ntah

 kemana ghaibnya maka baru sekarang dapat masukkan N3...

Tak pa la ya....kalau ada yang nak merasa tu boleh la cuba masak sendiri ya sebab nak buatnya pun alahai...

senang 'giler' bak kata bebudak skrg ni....hehehe.

Pada hari Ahad tempohari sewaktu ke Pasar Tani di Stadium Shah Alam, saya ternampak ada yang menjual

 Sira Ubi Kayu ni....Haaaa...boleh la cuci mata ke sana pulak ya...

Tapi kalau kita buat sendiri tentulah hasilnya lebih bagus kerana kita akan gunakan bahan yang bagus-bagus

 dan berkualiti seperti gula kabung kat bawah ni.... Kalau kat Singapura,saya pernah makan mereka

 menggunakan gula tanjung. Warna nya kuning keemasan/ oren. Ia jadi lebih cantik...



Bagi mereka yang nak mencuba terutama adik-adik generasi baru , ini resepinya ya....


SIRA UBI KAYU/PENGAT PEKAT UBI KAYU

BAHAN-BAHAN

1 Batang ubi kayu

1 tangkai daun pandan

1 keping gula melaka
(spt dalam gambar)

sedikit garam


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Buang kulit ubi kayu cuci dan potong dadu sederhana besar.

2. Rebus sehingga empuk bersama daun pandan dan sedikit garam.

3. Apabila telah empuk tutup api, keluarkan air rebusan dari periuk (kalau nak agak berair, tinggalkan sedikit air rebusan itu)

4. Hidupkan semula api tapi kecil sahaja. Masukkan gula kabung dan kacau rata sehingga sebati atau likat.

5. Angkat dan hidangkan....


Tuesday, April 24, 2012

Peach Bread Pudding



Assalamualaikum semua....

Baru-baru ini saya dikunjungi oleh dua pasang pengantin anak saudara sebelah suami. Kira kalau dalam 

istilah adat pepatih ianya di panggil menyalang. Maknanya bertandang kerumah saudara mara yang

 terhampir. Kalau tak mengikuti adat pepatih pun seperti saya ni, berkunjung kerumah saudara mara selepas 

mendirikan perkahwinan adalah salah satu agenda mesti. Ini untuk mengenalkan pasangan secara lebih 

dekat. Terima kasih kepada kedua-dua pasangan Asrul dengan Yana dan Izat dengan Eja atas kunjungan

 tersebut.



Disamping menu utama, saya buat pencuci mulut ini. Terlalu biasa sangat dengan plain bread pudding kali ini

saya mengubah sedikit kebiasaan itu dengan menyediakan Peach Bread Pudding. Kebetulan fresh blueberry

 masih ada maka saya gunakan ia mengantikan raisin untuk di taburkan di antara lapisan roti bersama buah

 peach.



Saya suka dengan gandingan Peach bread Pudding ini dengan sos buah peach. 

Kalau nak tahu bagaimana rasanya kenalah cuba.....


PEACH BREAD PUDDING

BAHAN-BAHAN

10-15 keping roti gardenia
(saya guna roti hailam)

500 ml susu uht@ fresh milk

300 ml whipped cream -boleh ganti dgn susu jika tiada

5 biji telur

100 gm gula kastor

30 gm gula kastor (utk ditabur atas puding sebelum bakar)

Buah peach dalam tin 
(ketepikan1/4 buah peach dan sirapnya utk sos)

 fresh blueberry secukupnya

butter (untuk disapu pd setiap keping roti)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Sapukan butter pada permukaan roti. Koyak-koyakkan roti. Tinggalkan 2-3 keping untuk diletak di dasar loyang.

2.Kacau telur bersama gula sehingga gula larut. Masukkan susu dan whipped cream. 

3. Susunkan roti yang tidak dipotong sebagai dasar. Susunkan buah peach dan taburkan blueberry. Taburkan pula roti yang telah dikoyak-koyakkan rata-rata.

4. Susun buah  peach dan taburkan  bluberry. Selepas itu ratakan roti pula. Ulangi proses sehingga habis.

5.Tuangkan bancuhan susu tadi rata-rata. Biarkan sebentar supaya bancuhan terserap kedalam roti. 

6. Taburkan permukaan puding dengan sedikit gula pasir.

7. Masukkan kedalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 180-C dengan kaedah bain marie- loyang di masukkan kedalam loyang lain yang berisi sedikit air panas selama 40-60 minit.

8. Bila telah masak, sejukkkan dan di hidangkan bersama Sos buah peach.


SOS BUAH PEACH

BAHAN-BAHAN

1/2  tin susu evaporated

buah peach + sirap
(bahagian yg di ketepikan dari bahan di atas- kisar)

1 1/2 Cawan air

1/4 cawan gula

1 1/2 tbsp tepung kastad 

CARA:-

1. Masukkan semua bahan dan didihkan di atas api perlahan sambil di kacau. 

2. Sos kastard memang cair ketika di masak tetapi akan pekat sedikit ketika masih panas dan akan menjadi pekat setelah di masukkan ke dalam peti sejuk.



Sunday, March 25, 2012

BUBUR PANCAWARNA


Assalamualaikum wbh..

Minggu lepas apabila saya melayari muka buku Group Tak Pandai Masak setelah sekian lama saya tidak berkesempatan mengikuti perkembangan group-group di Fb, Lepas satu-satu jenis bubur di perlihatkan dan membangkitkan selera saya.

Kebetulan pada hari Ahad minggu lepas saya berkesempatan singgah di Pasar Malam Kinrara. Ada dijual beranika jenis keledek di situ. Maka saya pun membeli keledek Oren untuk membuat Kuih Keria. Sewaktu menimbang peniaga tionghua itu bertanya kepada saya, akak tak mau beli kalor lain ka? Harga sama saja...
Saya senyum tetapi dalam hati terfikir juga untuk mengambilnya. Akhirnya saya campurkan sebiji satu warna yang lain. Tetapi masa tu tak lagi terfikir nak buat apa....

Jadi bila terlihatkan segala bubur/pengat di Fb tu saya dok teringatkan ubi keledek beraneka warna yang saya beli itu. Dan apabila buka peti sejuk ada pula sedikit lagi lebihan sekoteng yang saya beli di Melaka dulu dan juga sebelah labu lemak yang hampir kekeringan...
Lalu terhasillah bubur pancawarna yang meriah ini.....



# Untuk rujukan anak dara saya yang jauh dimata bersama rakan-rakan serumahnya yang rajin memasak....
Ibu/Cik Yan letakkan resepi di sini...nanti buat ya....


BUBUR PANCAWARNA

Sumber : Azian Collections


BAHAN-BAHAN

1 Biji keledek oren

1 biji keledek purple

1 biji keledek putih

1/4 biji labu lemak

segenggam sekoteng

2 helai daun pandan

11/2 senduk gula 

1 mangkok santan cair

1 mangkok santan pekat

secubit garam

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Kupas kulit kesemua jenis ubi dan labu. Potong mengikut suka. Kalau nak cantik bentuklah ia sesuka hati....Asingkan.

2. Rebus keledek satu persatu warna. Mulakan dengan kalor putih dulu, angkat dan toskan. Kemudian oren, labu lemak dan keledek purple yang akhir. Masak hanya sekadar lembut bukan empuk.

3.Didihkan air didalam periuk dan masukkan sekoteng tanpa di basuh (petua dari chef Asma). Apabila sekoteng lembut bila di tekan boleh lah di toskan.

4. Masukkan santan cair, gula,bahan-bahan yang telah direbus dan daun pandan yang di simpulkan.Biarkan  mendidih dan semua ubi masak sehingga empuk.

5. Masukkan santan pekat dan secubit garam (utk membangkit rasa lemak). Kacau selalu supaya tidak pecah minyak, sehingga mendidih. Angkat.(jangan didihkan terlalu lama waktu ini utk mengelak dari santan 'berminyak'.


Selamat mencuba.

Sunday, January 8, 2012

Durio Cream Puff




Berkali-kali saya ingin mencuba teknik membuat Cream Puff yang saya perolehi dari kelas dan digabungkan 

dengan pembacaan di google. Masa dan keadaan begitu tidak mengizinkan. Sebelum ini saya hanya 

menggunakan teknik yang saya pelajari tetapi hasilnya 

tidak seperti yang saya kehendaki.

Kali ini saya gabungkan keduanya menggunakan resepi yang sedia ada. Dan yang istimewa, cream nya...

Bukan lagi custard cream tetapi durian cream.

Sesekali menggunakan perasa lain sementelah pula durian mudah di dapatkan di sana sini ketika ini.

Saya tak pun membeli durian hanya menggunakan durian yang saya frozenkan. 





Apabila di gigit cream puff yang agak 'garing' di luar dan lembut di bahagian dalamnya begitu nikmat terasa

bila semuanya bersatu bersama durian cream tersebut. Begitu cepat ajer masuk ke mulut dan tak sedar pun 

tangan mencapai sebiji lagi....hehe.



Tengok tu, creamnya...kaya dengan durian....

Dah, kalau terliur tu...pergilah ke dapur..godek-godekla pulak..resepinya ada kat bawah ni...


DURIO CREAM PUFF

BAHAN-BAHAN

CREAM PUFF

120 gm tepung gandum

90 gm butter

3 biji telur
(saiz AA -4 biji utk saiz C)

200gm susu 

CARA MEMBUAT:

1. Masak susu dan butter dengan api perlahan. Apabila butter mencair kuatkan api dan masukkan

tepung yang telah di ayak . Tutup api dan kacau rata sehingga tepung dan larutan sebati.

Hidupkan api kecil sahaja dan kacau lagi sehinngga adunan tidak melekat. Tutup api.

2. Kacau adunan sehingga agak suam ( boleh juga di kacau dgn mixer)

Masukkan telur yang telah di kocok sedikit dan gaul rata sehingga sebati.
(saya gunakan mixer)

3. Masukkan kedalam beg piping bernozlekan bentuk daisy. Paipkan membulat di atas tray bergris.

4. Ratakan tanduk pada adunan yang dibentuk supaya puff cantik.

5. Spraykan air pada adunan yang telah di bentuk.

6. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan 10 minit lebih awal. Bakar selama 25 minit pada suhu

200 darjah Celcius. Dan turunkan suhu pada 160 darjah celcius untuk 15 minit berikut. 

7. Buka sedikit pintu oven dan teruskan membakar selama 6-10 minit. Angkat dan sejukkan.


DURIO CREAM

BAHAN-BAHAN

500ml susu segar

2 ulas durian

100 gm gula

2 biji telur

20 gm tepung kastard

30 gm tepung jagung

pewarna egg yellow
(jika perlu)

secubit garam

CARA MEMBUAT:-

1. Kisar isi durian bersama susu dan satukan kesemua bahan kecuali gula dan pewarna.

2. Masukkan kedalam periuk bersama gula dan masak di atas api perlahan sambil di kacau selalu sehingga 

pekat.

Tambahkan sedikit  pewarna egg yellow untuk menaikkan warna cream. Sejukkan.

3. Masukkan kedalam beg piping bernozle tajam. Paipkan kedalam cream puff.


Friday, November 18, 2011

KENANGAN BUBUR SOM SOM



Assalamualaikum wbh...

Salam rindu dari saya kepada pengunjung Sentuhan Azian. Terlalu ingin selalu bersama berkongsi  idea 

memasak tetapi masa begitu terhad untuk itu memandangkan juga acara masak memasak yang di laksanakan 

di rumah telah jatuh kearah masakan 'asal sempat'.

Jadual rutin harian saya berubah 100 peratus lebih-lebih lagi tuan punya diri juga agak kurang sihat. Doakan 

kesejahteraan keatas saya dan dipermudahkan segalanya ya.....

Teringat kembali ketika abah saya masih di tahap awal terkena serangan stroke. Beliau masih mampu makan 

makanan yang lembut-lembut. Sebagai anak yang memahami kesukaan abah, saya cuba memenuhi 

kesukaannya  terhadap manisan dengan membuat Bubur Som Som.






Betapa gembiranya saya apabila habis Bubur Som Som itu di makannya. Lebih teruja ketika saya suap 

dan di tanya nak lagi, abah menganggukkan kepala. Senang sikit hati ada makanan yang di makannya 

memandangkan yang lain beliau menolak.

Tapi kini tiada makanan yang mampu saya masak untuk abah memandangkan dia kini terlantar di hospital dan 

hanya mampu di berikan susu melalui tiub sahaja. Semuga Allah memakbulkan doa saya agar abah cepat 

sembuh dan di permudahkan segalanya ...





Selalunya saya tak sukat pun adunan Bubur Som Som ni jika mengikut resepi saya. Tapi kali ini saya 

mencuba resepi dari Che Ct Delima kita... Begitu tertarik dengan kelembutan kuih tersebut. 

Resepi Che Ct menggunakan sedikit tepung hong Kwee . 

Memang sedap ..lebih-lebih lagi dimakan dalam cuaca panas dan di simpan bubur som som itu didalam peti 

sejuk sebentar.....



BUBUR SOM SOM


BAHAN-BAHAN

1OOgm tepung beras

30 gm tepung Hong Kwee

500 ml santan

500 ml air
(saya guna 1000ml santan)

1 tsp garam

1 helai daun pandan.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga larut.(kecuali daun pandan)

2.Masukkan daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga agak likat.

3. Bahagi dua dan warnakan mengikut citarasa.

4. Tuang kedalam acuan yang di lengser dengan sedikit minyak mengikut citarasa masing-masing.

5. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk sebentar.

6. Hidang bersama air gula kabung.




AIR GULA:-

1 Keping gula kabung

2 sudu gula kasar

1000ml air

1 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:

Masak kesemua bahan hingga larut dan menggelegak. Tapis dan sejukkan.



Saturday, October 1, 2011

MACAROON



Assalamualaikum. Walaupun bulan Syawal telah pun meninggalkan kita tetapi masih ada juga kanopi di depan 

rumah menyaksikan tuan rumah meraikan tetamu. 1 bulan Syawal sudah tidak cukup untuk kita di Malaysia ini 

yang begitu di limpahi rezeki oleh Allah. Ada yang kata bukan jamuan hari raya tetapi jamuan muhibah! Apa-

apa saja lah... Tak pa...jom kita makan Macaroon.



Ada yang meminta saya mencuba buat Macaroon ini. Sebenarnya dah lama saya di minta mencuba macaroon 

ni. Selain pengunjung blog, anak saya Ashiqin pernah meminta saya belajar buat macaroon ini sekembalinya 

dia dari USA 2 tahun sudah. Katanya Macaroon sedang hangat di sana. Permintaannya adalah untuk 

diberikan kepada tetamu di hari bahagia nya suatu hari nanti... InsyaAllah....

Dan kebetulan sewaktu saya ke kelas memasak, guru yang mengajar dengan rela hati memberi resepi yang 

sedang di ajar kepada murid-muridnya kepada group saya. Dapatlah saya sedikit tunjuk ajar/panduan 

percuma dari cikgu 

tersebut. Tetapi saya pendamkan gitu ajer sebab takut tak menjadi......





Ini adalah percubaan kedua saya. Yang pertama  walaupun ada 'kaki' tapi rupa parasnya tidak begitu cun. 

hengot sana hengot sini....

Saya gunakan resepi yang di beri oleh Pn Azlita kita yang terkenal dengan sentuhan kreatif nya. 

Resepinya lebih mudah dan agak kurang gulanya berbanding yang di beri oleh cikgu memasak saya.

Kali ini saya begitu puas hati. Cuma saya perlu mengadun buttercream yang lebih keras sedikit supaya lebih 

kemas.




Sememang nya kita perlu mencuba banyak kali untuk mendapat hasil yang baik dan bukan sekadar 

menyalahkan pemberi resepi. macam saya , kali kedua mencuba resepi yang sama barulah menjadi.

Yang warna coklat tu  berperisa cappucino dan perasa lemon pula untuk warna cream.

Memang sedap lebih-lebih lagi bila telah di sejukkan di dalam peti sejuk. Tak sedar kandungan gula dah 

melebihi had dalam badan hehehe.... Kepada yang nak mencuba saya tuliskan semula di bawah ni dan 

caranya adalah mengikut teknik yang saya buat ok...



MACAROON

BAHAN-BAHAN

80 gm putih telur
( dari 2-3 biji telur)

65 gm gula kastor

80 gm serbuk almond*

140 gm gula aising*

Pewarna

Perasa

CARA MEMBUAT:-

1. Lukis bulatan di kertas pembakar/tracing paper dengan menggunakan bulatan sebesar syiling 50 sen.

2. Satukan bahan yang bertanda*. Gaul rata atau ayak dengan pengayak yang agak kasar.
(Saya ratakan saja)

3. Sediakan semangkuk air panas yang lebih besar dari mangkuk adunan. Masukkan mangkuk adunan yang berisi putih telur kedalam mangkuk berisi air panas (seperti double boiler)

4. Pukul telur putih separuh kembang dan masukkan gula kastor. Pukul lagi sehingga telur seperti kapas.
Tidak jatuh bila di terbalikkan mangkuk adunan.

5. Dengan menggunakan spatula, masukkan bahan * sedikit demi sedikit sambil di kaup balikkan adunan.

6. Titiskan pewarna dan perasa. Ketika ini gunakan mixer dan pukul sehingga rata. Masukkan kedalam beg piping.

7. Paip kan adunan mengikut ukuran bulatan dan biarkan ia kering sekurang-kurang nya sejam.

8. Bakar selama 30-40 minit dengan api atas bawah pada kepanasan 150-c atau mengikut oven masing-masing.

9. Tanggalkan dari kertas apabila sejuk dan paipkan buttercream, ganache , natella, jem atau apa saja yang sesuai mengikut selera anda. Simpan di dalam peti sejuk.

NOTA:

1. Cuaca juga memainkan peranan dalam membuat macaroon. Lagi panas lagi cepat kering dan mac menjadi lebih cantik.

2. Suhu amat penting di jaga ketika pembakaran macaroon. Jika suhu berlebihan macaroon akan merekah dan jika suhu rendah 'kaki' kurang keluar.

3. Pastikan tiada kuning telur pada putih telur dan peralatan yang digunakan betul-betul kering.