Showing posts with label FLOWERS n ART. Show all posts
Showing posts with label FLOWERS n ART. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

RINDUNYA .....


Rindunya saya kepada aktiviti ini.....mengubah bunga ... Adakala perasaan itu seakan membuak-buak datang 

sedangkan selalunya ter alpa seketika dek kesibukan tugas harian. Hari ini saat ini saya seakan terpanggil 

untuk menatap semula di antara hasil sentuhan tangan saya suatu ketika dulu. Kebanyakannya adalah 

tempahan rakan-rakan yang begitu menghargai hasil sentuhan jemari saya juga untuk diri saya sendiri . 


Gubahan ala-ala english ini menjadi hiasan 'dining hall' seorang teman.


Warna pink begitu menambat hati...


Walaupun garang tetap mengoda.  Untuk seorang teman pemilik kedai barangan english.
Sayang gambar kurang jelas kerana hanya diambil melalui talifon.



Kebanyakan gubahan yang di minta adalah ala-ala english...


Sire junjung juga memerlukan kreativiti . Gubahan ini untuk perkahwinan anak saudara pertama saya.



Sireh junjung untuk majlis pertunangan anak saudara suami baru-baru ini.


Design yang paling di gemari .....


Hanya mereka yang meminati aktiviti ini yang tahu bagaimana rasa 'rindu' itu....

Mencorak keindahan isian alam maya ciptaan tuhan mengikut citarasa sendiri adalah juga anugerah tuhan 

kepada seorang insan bernama 

....

Monday, October 5, 2009

FLOWER BOUQUET








Flower arrangement kali ini ku lakukan untuk 'office' sepupuku yang menjalankan perniagaan


'advertisement & printing' . Dengan kepercayaan yang di berikan kepadaku disamping pasu-pasu


simpanannya aku mencurahkan 'rasa'. Inilah hasilnya. Ini adalah antara hasil kerjatanganku


yang sempat di ambil gambarnya.








Wednesday, August 5, 2009

SENTUHAN ENGLISH

Sekali lagi tugasku memastikan urusan barang hantaran di bereskan. Jika sewaktu pertunangan

dahulu hantaran yang di gubah lebih kearah 'tradisional rich' tetapi kali ini aku memilih untuk

menghasilkan sesuatu yang ala-ala english gitu. Akhirnya berjaya juga aku merialisasikan

impianku sendiri dan menyempurnakan amanah yang di beri seterusnya memuaskan hati semua

pihak.

Kepada yang berminat dan ingin mendapat khidmatku di alu-alukan.....


SEPASANG KASUT


GUBAHAN BUNGA DARI KAIN


BUAH-BUAHAN KERING & KURMA BERSALUT
COKLAT



SET BARANGAN MAKE-UP


SIREH JUNJUNG



BEG TANGAN

Thursday, July 2, 2009

FLOWER BOUQUET




Seorang teman akan mengadakan majlis menyambut menantu pada hari Sabtu ini. Kak Maria

juga seorang yang kreatif dan sentuhan tangan nya juga menarik perhatian. Memandangkan

banyak perkara yang perlu dibereskan, aku menawarkan pertolongan untuk membantunya

mengubah sejambak bunga . Semuanya telah disediakan aku hanya perlu menggubahnya sahaja.

Lebaran akan menjelang tiba, selalunya teman-teman dan saudara akan mula menempah

untuk membuat gubahan bunga. Minat ku ini tidak dapat ditolak walaupun tahun ini aku tidak

mempunyai pembantu....

Saturday, April 11, 2009

FLOWER ART
















Bunga adalah suatu elemen yang tidak mungkin dapat di pisahkan dari seorang wanita. Satu rahmat kurniaan tuhan aku dianugerahi Allah sedikit kelebihan untuk menghasilkan sentuhan kreatif yang dapat menceriakan ruang.










Saturday, February 21, 2009

GUBAHAN HANTARAN

Sejak dari kecil aku bersamanya. Hafiz adalah anak saudaraku yang pertama bakal menempuhi alam perkahwinan. Akulah orang yang begitu teruja ingin menjadikan majlis itu sesuatu yang bermakna. Yang indah-indah. Dari awal lagi aku telah begitu teruja untuk menghasilkan sesuatu yang indah. Maka lahirlah cetusan kreatif ini di hari pertunangannya...