Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Monday, June 30, 2014

PARI BAKAR BERSAMBAL


Assalaamulaikum wbh.. Semuga semuanya sihat dan dapat menjalankan ibadah puasa di tahun 2014 ini dengan baik. 
Nak masak apa ya untuk berbuka nanti? Sekadar membantu memberi idea, kalau kita masak ikan pari bakar bersambal ok juga ya..
Menu ini saya lihat di salah sebuah rancangan tv, tapi resepinya tak la diberikan...akak godek godek aje sendiri melalui pengalaman dan serba sedikit seperti yang disebut pengacara.
Memang ramai yang menjual ikan bakar ini di pasar ramadan, tapi bersedialah pula kita untuk mengempiskan kocek ya...apa lagi kalau ramai mana nak cukup seekor...jadi kita buat sendiri...tak susah pun...
Tips untuk yang bekerja atau yang 'rajin' macam akak ni...buatlah sambalnya banyak-banyak dan dingin bekukan. Bila nak guna hanya keluarkan bahan dan panggang saja. Kalau tak mahu masak yang lain pun tak pa sebab ada lauk dan sayur juga di situ. 


Saya suka bakar ikan pari sebab tak banyak tulang dan rasa puas makan. Selain ikan pari ikan kembong, terubuk, cencaru, ikan merah, udang dan sotong juga sedap di masak begini..
Kepada yang ada pemanggang ajaib tu masa ni la kita guna dia...senang tak sememeh dapur.
Makan begitu saja tanpa air asam pun ok..tapi kalau rajin tu cuba try buat air asam style akak ni...
Air Asam yang sering dibuat kat rumah ni.


PARI BAKAR BERSAMBAL

BAHAN-BAHAN

10 Tangkai cili kering*
2 tbsp udang kering*
(rendam)
5 biji cili api*
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu kecil  asam jawa
(bancuh dgn air 1/2 cawan)
gula dan garam secukup rasa
Ikan
sayur bendi

CARA MENYEDIAKAN:-

Bersihkan ikan dengan merendam seketika bersama air asam jawa untuk menghilang bau hanyir ikan. Cuci dan toskan.
Kisar bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga agak garing dan berbau wangi. Guna kan api sederhana dan lebihkan sedikit minyak menumis. Masukkan air asam jawa. dan kacau rata. Bila mendidih dan agak pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Gunakan grill pan/kuali leper/ pemanggang ajaib. Alaskan dengan sekeping daun pisang (untuk mendapat aroma wangi). Kalau tak da, guna aje aluminium foil.
Letak ikan di atas daun pisang dan tutup dengan tudung periuk/kuali. Panggang sehingga ikan hampir masak. Curahkan sambal dan tutup sebentar. Taburkan pula sayur bendi. Bolehlah ditutup api ketika ini.
Angkat dan hidangkan bersama belahan limau nipis..dan air asam/kicap limau.
Selamat mencuba...


Monday, June 4, 2012

Gulai Ikan Kurau Masin dengan Nenas


Assalamualaikum...

Nak masak apa yer hari ni...Puas jugak dok mikir nak masak apa... Errmmm apa kata kita masak 'Lauk 

Kebangsaan'... bak kata anak buah suami saya  Shamsul setiap kali ibunya masak lemak. Itulah lauk

 kebangsaan yang dimaksudkan. Dah itu masakan rasmi orang N9.... bukan orang N9 macam saya ni pun 

gemar juga...malah bertambah-tambah nasi jika kena 'regu' nya...



Apa kata hari ni kita masak Gulai Lemak Ikan Kurau Masin dengan Nenas. Walllaaaaa.... terangkat gitu!

Masak pulak pekat-pekat...mau naik kolesterol hakakkkkk.....  

Nenas saya tu masam dia sikit ajer..manis yang lebihnya...memang kawww lah kata orang dengan manis

, masin, pedas dan lemak....


Aduii dah tak boleh nak kata apa lagi.... ada pulak sambal tempoyak macam kat belakang tu....

Mau tambah nasi 2 tiga pinggannn....

Jom makannn....Bismillah....


GULAI IKAN KURAU MASIN DENGAN NENAS

BAHAH-BAHAN

300-400 gm isi ikan kurau masin

1/4 mangkuk  santan cair 

1 mangkuk santan pekat

15 tangkai cili padi

1 1/2 inci kunyit hidup

1/4 biji nenas

3 batang serai


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Potong isi ikan kurau dan rebus sekejap untuk mengeluarkan masinnya dan melembutkan isi ikan. Toskan.

2. Tumbuk kunyit hidup hingga lumat ( letakkan sedikit garam ketika menumbuk supaya cepat lumat)
di ikuti pula dengan cili padi.

3. Satukan ikan masin, bahan yang di tumbuk, nenas, serai yang telah dititik dan santan cair.
Masak sehingga semuanya nampak sebati.

4. Tuangkan santan pekat dan kacau rata. Didihkan kuah sambil di kacau selalu.

5. Tambahkan sedikit garam jika perlu. Angkat.



Wednesday, May 30, 2012

Sup Ikan Haruan - Masakan untuk yang berpantang...



Assalamualaikum wbh...

Cuti sekolah telah pun bermula. Anak-anak  begitu gembira untuk bercuti merehat kan sedikit minda ekoran

 dari jadual yang agak ketat.

Tapi bagi yang nak periksa 3-4 bulan lagi tu tak boleh rehat juga kerana pihak sekolah mengadakan kelas tambahan ketika cuti. 

Ada juga anak-anak yang ehem ehem.....masuk jawi kata orang tu....

Yang sibuk tentulah kita emak-emak nya.... memikirkan apakah menu makanan yang sesuai untuk si anak yang sedang 'berpantang' tu.....



Sepinggan nasi dan kacang masak kicap bersama sup ikan haruan.

Jangan salah faham ya....bukan akakkkk yang makan berpantang gini.... Tapi ini lah yang saya masakkan 

untuk anak kedua saya Amirul yang telah menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Demam yang kerap hampir 

setiap bulan dan keadaan tosil yang merah dan bengkak setiap kali demam di sarankan oleh Dr pakar agar

 ianya di buang. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan sempurna.

Seperti biasa setiap kali ada pembedahan yang di lalui oleh ahli keluarga, saya pasti akan membeli ikan

 haruan untuk di masak. 

Menurut kata orang tua-tua ikan haruan membantu mempercepat kan proses

 penyembuhan luka. Tak kiralah di masak singgang ker atau sekadar goreng garing. Memang sukar nak

 dapat ikan haruan. kali ini saya membelinya di Pasar Raya Maidin. Duduk dalam aquarium ikan tu......

Bila kita nak baru di tangkap dan di siang. Macam biasalah....kepala dia mesti kena buang. tak lalu saya nak 

nengoknyaa..... Saya cuci ikan  haruan dengan garam dan asam jawa. Lumurkan keduanya pada ikan dan

 perap sekejap. Cuci dan lepas tu saya rendamkan dengan air bercampur tepung. Cuci  semula dan bolehlah

 masak macam biasa.



Anak bongsu saya, Lisa juga menjalani pembedahan kelmarin. Mengikut perancangan sepatutnya 

pembedahan di buat hujung tahun lalu tetapi terpaksa di tunda berikutan pemergian emak ke Rahmatullah.

Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan selamat. Kedua-dua anak saya di bedah oleh Dr Megat 

Shiraz pakar ENT dari Hospital Columbia Asia. Anak saya Lisa amat menyenangi Dr Megat dan segalanya 

memudah kan .... Tak da nangis-nangis atau drama-drama kesakitan. Cuma dia menangis nak balik rumah

 sebab nak tengok Oh My English ! hahaha..... Dan dia dibenarkan keluar awal kerana kesihatannya

 begitu memberangsangkan. Siap buat 'pinky promise' dengan Dr Megat. Promise nak makan ubat, minum air selalu makan makanan macam biasa.......

Sekali lagi saya mencari ikan haruan. Kali ini saya ke Pasar Borong Selangor. Ikan yang dibela didalam

 sangkar dari Pahang . Dapat pula petua dari Ah Soh

penjual ikan tu...(suka lihat perwatakan Ah Soh tu yang lembut bicaranya...)

Katanya ikan haruan yang terlalu kecil tidak cukup hormon pada badannya yang dapat membantu proses

 penyembuhan luka dan ikan haruan JANGAN di makan lebih dari 3 kali kerana ia akan menebalkan permukaan luka. 

Wallahualam...saya pun tak tahu sejauh mana betulnya...tapi tak salah kan diambil petuanya itu....

Kali ini saya hanya goreng garing kerana Lisa sukakan ikan goreng. (gambar tak sempat nak snap) Sempat juga saya rasa sedikit. Memang

 tak da bau lumpur atau hanyir yang melampau tu....padan la harganya menjangkau rm 25 sekilo.  

Jadi kalau ada yang nak masak sup tu boleh la tengok caranya ya....senang ajer campak-campak  ajer dan

 sambil tu baca-baca lah apa-apa, selawat ker...... dan niatkan ianya sebagai ikhtiar kita .... 


SUP IKAN HARUAN

BAHAN-BAHAN

1 Ekor ikan haruan

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 batang serai

daun sup/daun bawang

karot

1 cawan air

sekeping kecil asam gelugur

sedikit lada sulah

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Tumis bahan yang di mayang dengan sedikit minyak sehingga naik bau atau kekuningan.

3. Keluarkan minyak menggoreng yang berlebihan dari kuali dan tuangkan air.

4. Masukkan serai yang di potong-potong/ dititik dan biarkan air mendidih. Masukkan pula ikan haruan yang telah dicuci.

5. Taburkan lada sulah, asam gelugur, karot dan garam secukup rasa. Tutup periuk dan renihkan sup sehingga ikan benar-benar masak.

6. Masukan 3-4 helai daun sup. Tutup api.

7. Taburkan daun bawang dan sedikit bawang goreng ketika menghidang.


Thursday, March 29, 2012

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN



Assalamualaikum...

Ikan Patin ini saya beli di sebuah gerai di pasar tani di Maeps. Selepas ber brisk walking pada hari sabtu

 singgah minum-minum dan membeli sedikit keperluan untuk memasak. Gerai itu hanya menjual ikan -ikan 

sungai. Saya tak pernah masak sendiri ikan patin.Jika ikan jenis lain tu selalulah.... Selalunya jika teringin nak

 makan gulai ikan patin saya akan ke Ipoh Station yang terletak di Puchong  Utama.




Kebetulan stok tempoyak hasil tangan saya masih ada tersimpan di dalam peti sejuk maka dapatlah saya 

buat gulai tempoyak yang pekat-pekat....barulah ummmppphhhh.... Opst...yang bahagian kepala tu saya 

punya...tak lari pun...sebab kat rumah ni saya seorang ajer yang pandai dan suka makan bahagian kepala 

tu...untung sungguh...tak payah berebutttt....



Nak masak nya pun senang ajer....kalau malas blend ajer semua bahan....tapi saya tetap suka jika bahan

nya di tumbuk...dah biasa gitu sukar nak di ubah.....


GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan patin

10-15 biji cili padi.
(boleh juga di campur cili merah)

1 inci kunyit hidup

4 sudu besar tempoyak

1 keping asam gelugor

1 mangkuk air

3 batang serai
(dititik)

garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Siang dan cuci ikan patin. (saya cuci dengan sedikit tepung utk hilang bau dan lendir)

2.Tumbuk kunyit hidup dan cili api sehingga lumat.

3. Satukan kesemua bahan dan masak di atas api yang perlahan ( merenih)

4. Masukkan garam secukup rasa. Jika suka boleh di tambah daun kesum dan bunga kantan.

5. Bolehlah di angkat apabila kuah agak pekat dan ikan telah masak sepenuhnya.



Wednesday, November 2, 2011

ASAM REBUS IKAN PARANG


Assalamualaikum...


Ingin saya berkongsi masakan kegemaran abah saya pada kali ini iaitu Asam Rebus. Untuk pengetahuan 

semua pada saat dan ketika ini abah sedang di tahan di wad ekoran dari stroke yang dialaminya.

Perasaan yang terlalu sukar digambarkan saya alami kini lebih lagi apabila melihat beliau terlantar di katil 

dalam keadaan yang lemah, tetapi saya redha dengan ketentuan Nya dan juga berdoa agar beliau dapat 

sembuh seperti sedia kala. Sesungguhnya ada hikmah juga keatas segala sesuatu. Yang pasti kami adik 

beradik semakin dekat antara satu sama lain. 


Jika dulu abah selalu masak asam rebus ini dengan ikan kembong tapi kali ini saya masak dengan ikan parang.

Selalunya beliau suka masak dengan taugeh kasar. Ermm...sedap sungguh bila makan dengan ikan masin 

goreng dan sambal belacan serta ulam ulaman. 

Tapi kali ini yang ada cuma sayur bendi. Tak apalah ...itu pun ngam juga....




Memang ianya merupakan hidangan yang begitu berkhasiat tanpa minyak tapi memang sedap!Lebih -lebih lagi 

kalau makan dengan nasi panas.... Kalau saya, suka makan dengan kuah yang banyak barulah ummphh...

Memang mudah ajer nak masak  Asam Rebus tapi saya tetap nak catatkan di sini sebagai kenangan dan 

kepada yang berminat nak mencuba.


ASAM REBUS IKAN PARANG

BAHAN-BAHAN

2 keping ikan parang
(saya belah di tengah)

2 biji cili merah

5 biji cili api
(tambah jika suka pedas)

4 ulas bawang merah

2 batang serai
(titik/potong kasar)

1 inci belacan bakar

1 mangkuk air+1 sudu asam jawa

1 keping asam keping

taugeh kasar/bendi

garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Tumbuk hingga lumat bawang merah, cili merah, cili api dan belacan.

2. Satukan dan masak kesemua bahan dan renihkan kuah sehingga kelihatan agak 'pekat' atau ikan dan taugeh masak.

3. Jika gunakan sayur bendi, masukkan ketika kuah hampir masak. Siap!




Tuesday, September 20, 2011

SAMBAL IKAN KEMBONG


Saya memang suka sangat makan sambal ikan kembong ini. Mungkin sejak kecil emak saya selalu masak 

begini maka ianya dah 'sebati' dalam hidup saya. Kalau dulu-dulu bila emak masak lauk begini selalunya ada 

sayur taugeh goreng bersama tahu dengan udang atau ikan bilis. Dan bila tiba waktu makan, tahu dalam sayur 

taugeh itu akan menjadi kurang ....Saya suka sangat makan tahu yang digoreng bersama sayur taugeh apalagi 

jika ianya baru saja di masak!

Adakala perkara yang sama juga akan berulang kembali dalam keluarga kita kini dan ianya kan mengimbau kembali 

kisah kita semasa kecil........Adus rindunya masakan sambal ikan emak...tetapi emak dah tak masak 

lagi...kesihatan nya tidak mengizinkan. 

Sambal ikan kembong ini memang jadi kegemaran anak-anak juga. Selalunya saya masak begini bila saya 

buat sup sayur atau pun sayur masak lemak putih. Memang kena gandingan nya...tak payah masak lauk lain 

lagi...






Nak masak nya pun senang...kalau kat rumah saya ni tak boleh pedas-pedas jadi kena lah kurangkan pedas 

nya. Jika cukup rasa masin, masam dan manisnya ( jgn terasa sangat rasa manis gula- kena seimbang)...pasti 

ada yang meratah saja....



SAMBAL IKAN KEMBONG

BAHAN-BAHAN

4-5 ekor ikan kembong

4 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

4 sudu makan cili kisar*

1/2 inci belacan*

2 sudu makan air asam jawa

gula dan garan secukup rasa


CARA MEMASAK:-

1. Siang ikan cuci dan lumurkan dengan kunyit dan garam.

2. Goreng ikan hingga garing, angkat dan ketepikan.

3. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga nail bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga naik minyak atau cili menjadi agak garing.

4.Masukkan air asam jawa , gula dan garam. 

5. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng dan gaul sebati.

6. Angkat dan boleh lah di hidangkan.


Thursday, August 11, 2011

IKAN KELI GORENG BAWANG


Assalamualaikum.

Ikan keli ini saya beli di Pasar Borong Selangor dari seorang peniaga melayu yang sering saya kunjungi .

Sungguh selesa membeli dari beliau. Selalunya saya beli scallop untuk di buat rencah pada carbonara, ikan 

pari dan semestinya ikan keli. Ikan keli 'halal' mengikut kata penjual nya amat berkurangan kini. Mungkin 

kerana harga nya agak tinggi sedikit.

Selalunya saya masak ikan keli bercili, masak lemak atau pun yang paling di gemari anak-anak saya iaitu

ikan keli goreng bawang.

Begitulah panggilan yang di beri oleh anak-anak saya kerana mereka amat menggemari bawang pada ikan keli 

yang garing itu. Mungkin aroma bawang goreng begitu memikat selera mereka.

Selalunya ikan keli yang di masak bercili api akan basah-basah sedikit dan pedas. Tetapi anak-anak saya 

lebih sukakan yang kering dan tidak terlalu pedas. Itulah selera masing-masing. Kita ikutkan ajer lah....

Memang sesuai dimakan sewaktu berbuka mahupun ketika bersahur apatah lagi jika di gandingkan dengan 

gulai lemak ayam ker...udang ker....ikan ker....

IKAN KELI GORENG BAWANG

BAHAN-BAHAN

5-6 Ekor ikan keli
(saya potong 2)

10-15 biji cili padi

10 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 cawan bawang goreng

garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:-

1. Cuci ikan keli dengan asam jawa dan garam. Bersih kan dan tos. Lumur dengan sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng garing.

2. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang merah. Jangan terlalu lumat.

3. Tumis  bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan. Masukkan garam dan gula. Masak lagi sehingga garing kekuningan.

4. Perlahan kan api dan masukkan ikan yang di goreng tadi. Gaul rata. 

5. Masukkan bawang goreng . Gaul rata dan angkat.


Sunday, August 8, 2010

IKAN PARI BAKAR AIR ASAM


(abaikan tarikh tersebut silap setting pd camera)

Di Tesco tempohari Kak Yan sempat membeli ikan pari putih dan bercadang membakarnya.

Sekembali dari Tesco terus sahaja memerap ikan tersebut untuk di bakar pada waktu malam kerana semua 

ahli keluarga akan bersama untuk makan malam. Selalunya Kak Yan membakar di luar menggunakan arang 

tetapi hari ini hanya menggunakan 'grill pan' sahaja. Hasilnya memuaskan hati dan lebih baik dari yang dibakar 

di atas arang cuma tiada bau asap arang sahaja.

Kalau nak sedap gunalah ikan terubuk ke, ikan merah ke, cencaru ....kalau guna ikan pari putih isinya halus 

dan tiada banyak tulang.Untuk keluarga Kak Yan yang ramai budak-budak kecil ni sesuaiiiiii.......

Selalunya Kak Yan hanya melumurkan bawang putih dan garam yang ditumbuk untuk memerapnya. Kali ini 

ditambah pula dengan sedikit cili merah, bawang merah dan sedikit air asam jawa yang ditumbuk bersama.



(abaikan tarikh tersebut.silap setting pd camera)


Ikan bakar ni sedap dicicah dengan air asam. Kalau di rumah Kak Yan ni, selalu gunakan resepi air asam biras 

Kak Yan , Kak Ani. Siapa yang telah merasa tahulah bagaimana. Dan selalunya kalau dikalangan jiran apabila 

membuat BBQ, Kak Yan lah yang jadi 'tukang' buat air asam. Kalau nak cuba jom kita tengok resepinya. 

Buat untuk berbuka pun sedap..... 


AIR ASAM

BAHAN_BAHAN

4 biji cili merah*

4 biji cili api*
(tambah jika suka pedas)

1 biji bawang besar*

1 Biji tomato*

1 1/2 inci belacan bakar*

garam, gula secukup rasa

3 biji limau kasturi

1 Biji limau nipis

1 cawan air masak + 1 sudu  asam jawa*

Hirisan cili merah/api , tomato dan bawang #.

CARA MENYEDIAKAN

1. Kisar bahan yang bertanda*.

2. Perahkan kedua-dua jenis limau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan hirisan #. Gaul sebati.


Nota: Tiada lg aku kau dlm N3 seterusnya...hihihi tampil sopan gitu.....





Tuesday, December 29, 2009

LEMAK KELI DGN PUCUK GELUGUR



Sekali lagi aku melalui jalan Kuala Pilah Seremban untuk menziarahi keluarga sebelah suamiku. Begitu asyik dengan pemandangan suasana kampung sepanjang perjalanan dari Melaka setelah menghantar anakku ke universiti. Sempat juga suamiku memenuhi keinginan ku untuk membeli ikan & ayam salai yang begitu banyak di jual di sepanjang jalan. Teringat akan pucuk gelugur yang kubawa pulang tentu enak jika di gulai bersama ikan salai.
Walaupun aku bukan orang nogori tetapi masakan mereka cukup ku gemari. Teringatkan gulai ikan talapia bersama mangga muda masakan arwah ibu mertua ku,sehingga kini aku belum  lagi dapat merasakan gulai seenak itu...
Jom lihat resepi Lemak Keli Dgn Pucuk Gelugur ku. Cara memasak yang aku pelajari dari keluarga sebelah suamiku. Begitu simple dan tahan lama kerana tidak menggunakan bawang.

BAHAN-BAHAN:-

5 ekor ikan keli salai

Santan dari sebiji kelapa
( Ambil santan dari dua kali perahan)

6 helai pcuk gelugur
(dihiris nipis dan ramas dengan garam)

10 tangkai cili api
(tambah jika suka pedas)

3 batang serai
(dititik)

1 Inci kunyit hidup


CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk kunyit hidup dan cili api hingga lumat.

2. Masak bersama santan dan serai hingga santan mendidih. Santan harus di kacau selalu.

3. Masukkan ikan keli . Kacau lagi. Masukkan pula garam secukup rasa dan pucuk gelugur yang telah dicuci dan diperah air nya. Kacau lagi sebentar sehingga mendidih dan angkat.









Thursday, December 24, 2009

ASAM PEDAS




                              
                                Cencaluk penambah selera

Jika dahulu anak-anak masih kecil aku jarang sekali masak asam pedas. Apatah lagi suamiku juga kurang mengemarinya.Tetapi kini anak-anak sudah mula 'pandai' makan dan kadangkala mereka pula yang meminta hidangan Asam Pedas. Ada banyak cara untuk memasak Asam Pedas mengikut citarasa masing-masing. Begitu juga dengan aku. Yang pasti anak-anak telah mengemari caraku memasak asam pedas dan semestinya ia tidak terlalu pedas!
Adakalanya apabila terasa ingin makan Asam Pedas aku dan suami akan ke sebuah gerai bernama ASAM PEDAS yang terletak di Puchong Prima. Asam pedasnya agak menepati citarasaku dan yang istimewanya di hidang di dalam 'claypot' bersama telur masin dan cencalok. Pergghhh... cukup sempurna gandingannya dan bakal-bakal menambahkan berat badan.....
Apapun sesiapa yang nak tengok resepiku jom layannnn....


BAHAN-BAHAN:-

1/2 Kilo ikan kembung

Bendi

Air Asam jawa secukupnya

DIKISAR

5 Sudu besar cili kisar

2 Biji bawang besar

1 Ulas bawang putih

1 inci belacan

1 Inci kunyit hidup


CARA MEMASAK:-

1. Tumis bahan kisar hingga agak garing. Masukkan ikan yang telah di bersihkan dan biarkan ia sebati dengan bahan tumis sebentar.

2. Masukkan air asam dan garam serta secubit gula. Apabila telah agak pekat kuah seperti yang dikehendaki masukkan bendi .Biar sebentar dan angkat.

Nota: Masukkan daun kesom/limau purut ketika menumis jika suka.