Showing posts with label KAD. Show all posts
Showing posts with label KAD. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Salam Aidil Fitri dari Azian...


Deretan kereta di atas jalan raya sudah cukup memperlihatkan betapa riang nya di hati ingin pulang kekampung halaman . Belum lagi jika kita ke stesen-stesen bas, keretapi ....
Masing-masing dah tak sabar untuk pulang menemui keluarga tercinta...
tentu macam-macam bekalan di bawa pulang bersama ya.... Jangan ada yang tertinggal balang biskut pulak ! Nanti tak dapat nak bagi rasa emak dan ayah serta keluarga kat kampung....
Pada yang punya keluarga sendiri dan juga beraya sendiri, tentu sibuk pula menyiapkan rumah dan persiapan  memasak untuk pagi raya.

Saya pun gitulah juga nampaknya...Tahun ini saya beraya di rumah sendiri . Tak pulang kemana-mana seperti tahun-tahun yang lepas. Pemergian emak ke rahmatullah dan abah yang uzur tinggal di rumah kakak, menggubah 100 peratus rutin menjelang raya saya.Hanya selepas sembahyang raya kami akan memulakan perjalanan menziarah kubur dan menemui sanak saudara. Hakikat yang terpaksa saya lalui. Alhamdulillah kerana saya masih punya suami dan anak-anak yang ramai, bersama meraikan Aidil Fitri. Bagi saya persiapan adalah untuk anak-anak sahaja kerana di hati saya tiada kata yang dapat di luahkan....

Kepada pengunjung Azian Collections, ingin saya memohon maaf kerana tiada N3 biskut-biskut. Bukan tak buat biskut tapi tak sempat nak upload....Saya seorang terpaksa melunaskan semua tugas...Tak terkojar den! Tapi tak pa lepas-lepas ni ada masa akan saya masukkan juga satu persatu.... 

Selamat menyambut Aidil Fitri...Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya ni....
Kalau nak masak rendang bolehlah try Rendang Itik Istimewa saya... boleh ditukar kepada ayan pencen. Kalau masak guna ayam daging hanya masukkan ayam bila kuah dah pekat ya...kalau tak karang jadi serunding pulak! Boleh juga masak Malbari Lamb... lain sikit juadah pagi raya kali ini...

Apapun Selamat Menyambut Aidil Fitri dan berhati-hati ketika di perjalanan dan yang penting ingat-ingat bila makan tuuuu...jangan balik nanti ada yang tak sihat sebab makan macam-macam....

Sunday, August 28, 2011

SALAM AIDIL FITRI


Assalamualaikum...

Pastinya kemeriahan menyambut Aidil Fitri semakin kuat di rasakan lebih-lebih lagi peluang balik kampung 

lebih awal dapat di kecapi pada tahun ini. Tentulah seronok ya...walaupun terpaksa mengharungi kesesakan 

jalan raya. Namun kemeriahan berbuka bersama keluarga ramai-ramai dan menyambut Syawal menjadikan 

kita tabah dan sabar menghadapi itu semua.

Pada mereka yang punya kampung behampiran tidak merasakan itu semua. Bak kata anak sulong saya 

Ashiqin.... seronoknya nak balik kampung jauh-jauh.... Ya la ...untuk balik kampung saya atau suami hanya 

mengambil masa 30-40 minit saja!

Apapun raya tetap raya kan...suasananya tetap sama di rasakan...

Untuk semua yang punya kampung jauh-jauh tu...berhati-hatilah di dalam perjalanan. Semuga selamat tiba 

dan meraikan Syawal dengan meriah.

Untuk yang dekat ajer kampungnya kena juga berhati-hati yer...

Psst pssst masak apa untuk raya nanti?...Masak sedap-sedap yer....

Kepada yang sudi berkunjung ke Azian Collections di kesempatan ini ingin saya ucapkan....

Selamat menyambut Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin


Tuesday, August 16, 2011

KAD RAYA PERTAMA


Assalamualaikum.

Pagi ni saya ingin berkongsi kisah terujanya saya menerima sekeping kad raya yang di hantar oleh Mr. Postman.

Ya lah sejak akhir-akhir ini ramai yang memilih untuk mengirimkan ucapan melalui laman sosial, sms, email 

atau pun talipon saja. Tradisi menghantar kad raya melalui pos ini agak berkurangan.

Dengan setem yang memaparkan gambar sejambak kemboja pink begitu mengasyikkan saya melihatnya.


Bila di buka saya terfikir siapalah yang menghantar kad ini. Segala-galanya adalah hasil tangan pengirim itu sendiri...



Siap ada gambar ketupat lagi tuuuu.....




Rasa berbaur di dalam dada antara rasa sebak, terharu dan gembira apabila membaca tulisan ini. Tidak saya 

sangka sama sekali bahawa kad pertama ini pengirimnya adalah anak bongsu saya yang berusia 5 tahun.......


Nurlisa Qistina

Mungkin itulah antara aktiviti yang di adakan di GA. Atas kerjasama dari guru-guru dapat menerbitkan suatu 

perasaan yang amat sukar untuk di luahkan. Amat terharu saya atas keterujaan menerima kad raya pertama 

dan si pengirimnya pula adalah seorang anak kecil yang baru belajar erti berhari raya.....

Thursday, December 31, 2009

010110 MY SPECIAL DAY!






Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua teman - teman bloggers yang sudi menjadi followers atau

pun yang sekadar menyapa singgah seketika. Semuga semuanya berbahagia dan gembira di tahun 2010.

Tarikh yang cantik ini  -010110- juga menyaksikan peningkatan usiaku.

Sungguh-sungguh istimewa tu kerana semua orang satu dunia turut menyambut hari lahir ku...... hahaha.....

Ketika ini semua sedang  melakukan persiapan untuk menyambut detik 12 malam. Setiap kali menyambut hari

lahirku aka new year percikan bunga api akan memecah keheningan malam. Itulah yang tidak dapat di lalui oleh orang lain tetapi

aku setiap tahun!       Selamat Tahun Baru &                Happy Birthday      untuk mereka yang lahir pada tanggal        0101.



Wednesday, November 25, 2009

SALAM AIDIL ADHA




Kepada semua yang sudi singgah ke lamanku yang tak seberapa ini, ingin kuucapkan                                SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA.
Sepuluh jari kususun andai ada tulisan yang menyakitkan hati. Maaf zahir & batin.


Monday, September 14, 2009

KAD DARI KU


Seminggu lagi kita akan merayakan Aidil Fitri. Disini Azian juga tidak mahu

ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang telah

singgah ke Azian Collections. Kepada yang pernah berinteraksi, Maafkanlah jika

terkasar bahasa atau tersilap bicara. Semuga semuanya menyambut hari lebaran ini

dengan seperti yang di kehendaki. Jika sudi terimalah kad ucapan ini untuk semua. Maaf

Zahir Dan Batin.- AZIAN.

KAD RAYA

From Kak Ina -INAHAR'S COOKONG TIME




Zanie- RIEZANIE'S COOKING COLLECTIONS


Kad dari Kak Ina from Inahar's Cooking Time & Zannie fron Riezanie's Recipe Collections.

Thanks for the card dan dah gantung kat rumah ni. bertambah berseri jadinya.... Selamat Hari

Raya.