Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Saturday, January 25, 2014

Pandan Snow Cheese Cake


Telah beberapa kali saya cuba membuat Snow Cheese Cake. Almaklumlah memang tengah rancak sana sini menayangkan kek ini dengan berbagai jenis perasa. Bagi saya kek ini memang 'mewah' rasanya. Memang di gemari kanak-kanak dan remaja apatah lagi yang banyak cheese cair dan yang di tabur tu... 


Kali ini saya buatkan kek sponge pandan. Lebih ringkas dan ringan. Mungkin selepas ini nak try kek perisa tiramisu pula atau ala-ala roti boy...errrmmm tentu lebih nafsu nak memakannya dengan banyak...hihi.. Kalau nak di ikutkan hati nak ajee saya beli yang dah siap yang banyak di jual...Tapi dah begitu lama saya tak buat sponge kek selepas masuk kelas beberapa tahun yang lepas.


Nak buat kek sponge tak la susah sangat, cuma perlu kena teknik yang betul...In Sha 
 Allah menjadi...Tapi kali ini saya nak try resepi dari Pn Azlita Masam Manis. Nampak menarik...sebenarnya resepi sponge kek ni sama saja...cuma terdapat sedikit lebih dan kurang dari segi sukatan bahannya saja....


Terdapat beberapa perkara yang perlu kita titik berat kan apabila membuat kek sponge. Diantaranya ialah mentega cair perlu di sejukkan terlebih dahulu dan tidak boleh terlalu di adun. Adunan tidak boleh terlalu di pukul kembang.  Oven terlalu panas atau oven tidak di panaskan terlebih dahulu...


KEK SPAN PANDAN
Sumber: Masam Manis

BAHAN-BAHAN

150 gm tepung naik sendiri
150 gm gula kastor
5 biji telur
80 ml air daun pandan
80 ml menteg cair/minyak jagung
1 tbsp ovallete
2-3 titik pewarna hijau
1 tbsp pandan emulco
[cap koe poe-koe poe]

CARA:- [cara saya guna teknik yg di kelas]

1. Ayak tepung dan ketepikan.Gris dan alas loyang dengan kertas pembakar. Pastikan keliling loyang juga di alas dengan kertas.
2. Putar gula,ovallete dan telur hingga kembang. Masukkan pula  air daun pandan , pewarna dan pandan emulco. Putar lagi hingga betul betul kembang.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dgn mixer bergerak dengan kelajuan perlahan.
Apabila sebati, masukkan marjerine cair/minyak. Gaul sebentar sahaja.
4. Masukkan kedalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit terlebih dahulu. Bakar 40 minit dengan suhu 160 celcius.

TOPPING:-

250 gm cream cheese
(philladelphia, tatura dsb)
1/2 cawan susu pekat
100 ml whipping cream
1/2 cawan fresh milk
Instant process cheddar
(di sagat)

CARA:-
1. Biarkan cream cheese di suhu bilik sebentar.
2. Bila telah lembut, putar sehingga kembang.bersama susu pekat dan whipping cream. 
3. Potong 2 atau 3 lapis kek pandan.Sapukan cream yang di putar dan lekatkan semula. Masukkan kedalam bekas (saya guna bekas aluminium)
4. Masukkan fresh milk kedalam lebihan cream dan putar sebentar. Cream akan menjadi lebih cair.
Tuangkan di atas kek dan tabur kan Cheddar cheese yang telah di sagat juga hiasan yang lain.
Simpan di dalam peti sejuk.


Tuesday, April 2, 2013

Brownies Hari Jadi...


Assalamualaikum wbr..
Perkongsian resepi saya teruskan walaupun dalam hati telah berdetik untuk melenyapkan saja laman sesawang yang ber nama Azian Collections ini. Sebenarnya semangat saya semakin menurun sejak akhir-akhir ini. Tetapi apabila saban hari saya melihat list tetamu yang datang bertandang, terasa sayang pula. Terima kasih kepada yang sudi singgah semuga kalian  mendapat apa yang di inginkan di sini kerana saya tahu kini semakin banyak blog yang menampilkan resepi pilihan berbanding ketika mula-mula saya berblog dulu dan saya pula lebih suka kongsikan sesuatu yang mudah, di gemari keluarga , tetamu dan mereka yang pernah menjamah masakan saya juga selalu saya masak di rumah.


Kali ni nak tunjuk la pada semua apa yang saya sediakan untuk meraikan hari jadi anak saya yang ke empat, Ariff Imran Ariffin  pada 31.3.13 lalu. Keadaan tidak mengizinkan saya menyediakan kek yang berkrim seperti selalu. Kalau ikut cakap suami saya, katanya tak payah buat apa-apa.. Terlalu sangat ikutkan cara barat! 
Tetapi dalam pada tak sempat saya buatkan juga Chocolate Cheese Brownies ini sebab saya tak sampai hati nak berdiam begitu saja....bagi saya ingatan itu melebihi segala-galanya dan sejak dari remaja setiap kali tiba hari istimewa pasti saya akan masak sesuatu! Itu cara saya dalam menghargai seseorang...


Memang sedap Brownise ini. Gabungan coklat dan cheese memang kegemaran semua terutamanya anak-anak. Tekstur kek yang lembut dan moist memikat selera apalagi bila di makan bersama ice cream...
Tentu dah ramai yang mencuba resepi ini ya. Bila saya melayari resepi brownies ini saya dapati ramai blogger yang menggunakan resepi yang sama. Jom ...sesiapa yang nak try bolehlah tengok resepinya kat bawah ni..
Semuga empunya resepi ini mendapat imbuhan dari Allah hasil dari perkongsian ikhlas beliau...
Mudah saja nak membuatnya dan InsyaAllah pasti jadi....

CHOCOLATE CHEESE BROWNIES

BROWNIES

250gm butter

1 Cawan serbuk koko
(guna yg berjenama utk hasil yg bagus)

3 biji telur B

1 1/2 cawan gula kastor

1/2 cawan susu cair
(saya guna Ideal)

1 tsp baking powder

1 tsp soda bikarbonat

1 1/2 cawan tepung gandum

1 tsp esen vanila

2 sudu air instant coffee

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Griskan loyang bersaiz 10 x 10 dan alaskan dengan kertas baking. Biarkan kertas terkeluar sedikit dari loyang supaya mudah untuk mengangkat brownies.

2. Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat bersama. Ketepikan.

3. Cairkan butter di atas api perlahan. Kacau butter sehingga mula mencair dan tutup api. Jangan biar butter terlalu 'masak'. Masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Biarkan sejuk seketika.

4. Pukul telur bersama gula sebentar. Tak perlu menggunakan mixer cukup sekadar whisk saja kemudian tuangkan kedalam larutan koko.

5. Masukkan tepung berselang seli susu cair sambil di kaup balikkan sehingga habis kesemua tepung dan susu.

6. Masukkan vanila dan instant coffee (untuk menaikkan rasa coklat).Kaup balikkan supaya ia sekata.

7. Ketepikan sebanyak 1/2 cawan adunan brownise dan tuang selebihnya kedalam loyang.

8. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama sepuluh minit dengan kepanasan 175 C selama 20-30 minit mengikut oven masing-masing. Keluarkan dan ratakan Cream Cheese dan juga corakkannya dengan adunan brownies yang di ketepikan tadi. Bakar semula dengan api atas sahaja selama 15-20 minit.

9. Sejukkan dan potong dengan menggunakan pisau panas untuk potongan yang cantik.

CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN

250 gm Cream Cheese

2 biji telur

1 cawan kastor sugar

CARA PENYEDIAAN:-

Satukan kesemua bahan dan putar sehingga berkrim.


Thursday, September 20, 2012

KEK BUAH KUKUS


Assalamualaikum semua.
Pagi ini saya dah bersarapan di kedai bersama suami. Lepas menyiapkan urusan di rumah saya bergegas pula ke sekolah anak untuk menyelesaikan beberapa urusan yang berkaitan 'online' ni...
Almaklumlah pertama kali menggunakan online untuk urusan tersebut tentulah banyak perkara yang agak mengelirukan. Kerjasama dari pihak ibubapa dan sekolah amatlah di perlukan. Berterima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh pihak SK Pusat Bandar Puchong 2 termasuk Pengetua sendiri dan kakitangan yang lain. Ya lah kalau sebelum ini saya pernah di beritahu bahawa adakala kita tidak akan dilayan sewajarnya jika ke sekolah tersebut. Maksud nya pihak sekolah pilih bulu la....tengok siapa yang datang. Alhamdulillah tidak pula kepada saya. Kalau dia orang tak berapa layan tu mungkin sebok kot!


Balik kerumah saya berkira-kira nak on lappy,sedang dok nak buat air saya ternampak pula tupperware kecil bekas saya simpan Kek Buah yang saya buat masa nak raya tempohari.Oleh kerana saya simpan di dalam bekas kedap udara kek tersebut masih elok. Tapi tinggal 3 keping ajer. Jadi sementara mengadap lappy saya pun menikmatilah Kek Buah tu. Sudah begitu cukup mesra rasanya.

Resepi dari CMG ini memang dah lama saya nak try kerana teringin nak rasa yang menggunakan karamel.Lebih-lebih lagi kakak saya ada meminta saya buatkan Kek Buah dan sememangnya kek Favorite saya tu....
Memang sedap dan mesti jadi kalau buat. Cuma kena tunggu sampai 4 jam masaknya.Jangan lupa menambah air panas ke dalam kukusan. Ya la takut berlubang pula kukus tu manalah tau terlupa! 
Nak buatnya senang ajer...Kalau nak cuba Kek Buah resepi dari CMG ni boleh tengok sini ya...
Apa pun saya nak catatkan di sini juga..nanti senang nak buat lagi kek kegemaran saya tu...
Kepada CMG, Terima kasih daun keladi lain kali beri resepi lagi...

KEK BUAH KUKUS 

BAHAN-BAHAN

375 gm mixed fruit 

250 gm butter

300gm tepung gandum

1tsp soda bikarbonat

1 tsp cream of tar tar

3 biji telur

150 gm brown sugar

150 gm gula pasir
(jadikan karamel)

1/4 cawan badam

1 biji buah pala

1 tsp mixed spice
(saya tambah)

CARA MENYEDIAKAN.

1. Didihkan air di dalam kukusan. Lengserkan loyang dan alas tapak loyang dengan baking paper. Sapukan juga permukaan kertas dengan sedikit mentega.

2.Satukan cream off tar tar, soda bikarbonat, mixed spice,parutan buah pala dan tepung. Ayak .

3. Gaulkan mixed fruit dan badam ke dalam  tepung untuk menggelakkan buah jatuh kebawah atau tidak rata.

4. Putar butter bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul selama seminit untuk setiap telur.

5. Masukkan mixed fruit yang telah di gaul bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sambil di pukul dengan kelajuan perlahan. Apabila telah rata, ketepikan.

6.Masakkan gula pasir sehingga menjadi karamel (saya bubuh sedikit air) dan tuang kedalam adunan kek sambil di pukul perlahan. Gaul rata. -hati-hati ketika proses ini kerana karamel masih panas.

7.Tuang ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil dan diikat dengan tali rafia.

8. Kukus selama 4 jam.Keluarkan dari loyang. Apabila telah betul-betul sejuk balut kek dengan aluminium foil dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Monday, April 23, 2012

BLUEBERRY RED VELVET CAKE





Memang hot kek ni satu ketika dulu. Bila buka FB atau blog memanjang ajer ada gambar cik Velvet ni.

Saya pun tak ketinggalan jugak membuatnya waktu tengah hot tu....tapi just cupcakes ajer....

Untuk surprisekan 'kakak' kat Melaka. Bolehlah tengok kat sini ya....




Buat kek ni untuk sambutan harijadi juga...tapi untuk anak keempat saya Imran. Dah 12 tahun anak ibu itu...

Tahun ni akan menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA. 

Bila ditanya nak kek apa? Kek coklat ker Red Velvet Cake? Dia kata nak si merah jugak...





Tapi kali ni saya buat sedikit kelainan. Saya buat Blueberry Red Velvet Cake. Ada inti blueberry di antara 

layer kek itu . Alaaa....macam kek blackforest tu....

Saya kurangkan penggunaan cuka dan gunakan buttermilk. Jadi taklah terasa kemasaman cuka berlebihan.

Bila bersatu Red Velvet Cake itu dengan blueberry filling...memang sedapppp!




Untuk frosting, saya gunakan cream cheese. Dah lama tak buat kek sejak belajar dulu skill mendecor saya

 juga agak kurang kemas. Kena praktis selalu baru lah dapat hasil yang memuaskan hati....


BLUEBERRY RED VELVET CAKE

BAHAN-BAHAN

21/2 Cawan tepung kek

2 tbsp serbuk koko

60 gm pewarna merah

1 tsp baking powder

1 tsp garam

11/2 cawan gula

1/2 cawan butter

1 cawan buttermilk

2 biji telur

1tsp cuka

1tsp soda bikarbonat


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Grisskan tin pembakar dan panaskan oven 160 darjah celcius atau mengikut oven masing-masing.

2. Ayak tepung bersama baking powder dan garam.

3. Satukan pewarna merah dengan serbuk koko dan gaul rata supaya tidak bergentel.

4.Pukul gula dan butter sehingga kembang dan masukkan satu persatu telur. Pukul lagi.

5.Masukkan serbuk koko merah dan gaul rata. Masukkan 1/3 tepung dan putar.

6.Masukkan pula 1/2 dari buttermilk . Kacau. Masukkan pula separuh tepung yang tinggal dan kacau lagi di ikuti lebihan buttermilk . Akhir sekali masukkan tepung dan gaul rata.

7. Masukkan soda bikarbonat kedalam bekas kecil dan tuangkan cuka. Tunggu sehingga hilang bunyi berdesir dan masukkan kedalam adunan kek tadi dan digaul rata.

8. Masukkan ke dalam tin pembakar dan bakar selama 40-60 minit.



CARA MENGHIAS:-

500 gm cream cheese

250 gm butter

200gm gula icing

1. Putar butter dan gula icing sehingga kembang. Masukkan cream cheese dan putar sehingga putih.

2.. Potong kek dua lapis. Sapukan air gula rata-rata di permukaan kek.

3. Ratakan cream dan diikuti blueberry filling. Lapiskan dengan layer yang pertama. Ulangi semula

untuk layer kedua.

4. Sapukan cream di permukaan dan keliling kek dengan nipis saja. Apabila telah rata, sapukan cream kembali .Kali ini lebi tebal sedikit.

5. Ratakan dengan spatula yang telah direndam di dalam air panas dan di lap kering.

6. Hias mengikut suka.....








Friday, December 16, 2011

CHOC CUPPIES WIF CREAM CHEESE TOPPING



Bila tiba bulan 12 ni selalunya saya akan teringatkan peristiwa Highland Tower di mana ketika itu saya sedang 

sarat mengandung anak kedua. Hari-hari dengar siren macam-macam memandangkan saya boleh melihat 

tempat kejadian dari rumah saja dan akhirnya baby dalam perut saya pun teruja sangat nak keluar awal 28 

hari dari tarikh due.

Maka pada 15hb Dec 1993, lahirlah Amirul. Nama pilihan abahnya. Satu nama saja seperti nama abahnya.

18 tahun usianya kini. Kepada Amirul tentu tahu apa yang ingin ibu katakan dan doakan kerana ibu tahu 

Amirul seorang anak yang amat memahami.....





Kalau dulu-dulu sewaktu anak-anak masih kecil,meriah sungguh di kala harijadi, pasti saya akan buat majlis makan-

makan bersama keluarga dan jiran-jiran setiap kali tiba giliran menyambut harijadi. Tapi bila dah masuk 12 tahun saya pun berhentikan sambutan seperti 

itu untuk memberitahu mereka bahawa sambutan itu bukan satu kemestian. 

Tapi saya tetap akan buat kek atau apa saja yang istimewa.





Kali ini saya buat cuppies dari resepi kek yang selalu saya buat. Senang dan pasti menjadi memandangkan 

kekangan waktu yang saya lalui kini. Decornya pun yang simple ajer.

Oleh kerana Amirul amat sukakan cheese maka topping nya saya gunakan cream cheese.

Sungguh gebu dan berkrim.....Terasa nikmat memakannya bila di satukan chocolate cake dan cream cheese.



Inilah hasilnya dan sempat juga saya bawa untuk di kongsi rasa bersama anak-anak buah dan keluarga yang datang 

menziarah dan menjaga atok mereka di hospital.

Untuk anak-anak buah yang dah rasa tu dan teman-teman yang nak mencuba, kalau nak buat bolehlah ikut 

resepi seperti kat bawah ni ya.....


CHOCOLATE CUPCAKES WIF CREAM CHEESE TOPPING

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

2 Cawan tepung SRF

2 Cawan gula kastor

1 bar butter

6 biji telur

1tsp esen vanila

papercup secukupnya

BAHAN B

1 Cawan chocolate powder

1 1/4 Cawan air panas

1/2 Cawan gula

TOPPING

250 gm Cream Cheese
(suhu bilik)

250 gm gula icing
(saya guna 200 gm saja)

250 butter
(suhu bilik)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan bahan B. Kacau sehingga semua larut dan ketepikan. 

2 Ayak tepung.

3. Pukul butter bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil di putar perlahan.

4. Masukan tepung berselang seli larutan coklat sehingga habis. Masukkan esen vanila dan kacau rata.

5. Tuang adunan kedalam papercup separas 3/4 ketinggian papercup. 

6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit sebelum pembakaran bermula dengan kepanasan 160 darjah celcius selama 30-40 minit atau mengikut oven masing-masing.

7.Bila telah masak, sejukkan.

TOPPING

1. Satukan gula dan butter yang telah di lembutkan pada suhu bilik. Pukul hingga putih.

2.Masukkan pula cheese yang tela dilembutkan pada suhu bilik dan putar lagi sehingga sebati.
( saya hanya putar sebentar supaya kekal rasa cheese.)

3. Ratakan pada cuppcake dan hias mengikut citarasa.



Tuesday, September 27, 2011

MISS RED VELVET



Ceria sungguh pagi ini ,hujan dimalam hari dan ketika ini sang suria mula menonjolkan diri. 

Semuga begitu juga lah ceria hendaknya pada diri anak sulong saya Nurul Ashiqin yang menyambut hari

kelahiran nya yang ke 20 tahun hari ini. Masih segar diingatan saya saat melahirkan di Pusrawi Jalan Pahang

ketika itu, saya orang yang pertama masuk wad dan saya jugalah orang yang terakhir bersalin. Lepas seorang

demi seorang tangisan bayi kedengaran tetapi suara bayi saya masih belum juga kedengaran! Dapatlah saya

mendengar kelincahan Dr Nor Ashikin Mokhtar,yang kini founder & executive Chairman Prima Nora

Medical Centre yang cantik molek itu dan kini telah pun bergelar 'Datok" Tidak dinafikan kecekapan beliau mengendalikan ibu-ibu

yang sedang berperang dengan kesakitan untuk melahirkan.

Dan bersempena namanya juga menjadi pilihan dari list nama yang telah saya pilih sejak awal lagi. Suatu

kebetulan.......




Semalam saya telah meluangkan sedikit waktu menyediakan Red Velvet Cupcakes dan Macaroni goreng

untuk dibawa ke Melaka malam tadi. Kakak(panggilan untuknya) sedang menghadapi 'exam week.'

Mungkin dek kerana tidak sangka kami akan datang ke kolejnya (Saya rahsiakan darinya dengan bantuan

teman rapatnya) kakak begitu terharu.. 


Doa ibu semuga kakak menjadi seorang insan yang solehah dan berjaya dunia akhirat....



Meriah sungguh cupcakes yang saya buat kali ini... bertatahkan delima merah lagi tu...

Anak-anak saya memang la gemarkan Cheese yang menimbun kat atas tu.... Tambah mengoda pulak dengan 

warnanya itu. Biasalah....yang mengancam kalor nya tu semua pun suka! Bila saya tanya kepada anak saya 

Imran, "sedap tak baby" dia kata "sedap...aby dah makan 2 biji" Aiiiik baru ajer ibu siapkan dah 2 biji kena 

makan...Betul la sedap maknanya tu!...hahahaha....

RED VELVET CUPCAKE

BAHAN-BAHAN

1 cawan butter
(Suhu bilik

3 biji telur (A)

3 cawan tepung naik naik sendiri

1 1/2 cawan susu full cream*

1 tbsp cuka*

2 1/4 cawan gula halus

2 tbsp serbuk koko

1 1/2 tsp soda bicarbonat
(saya skip yg ini)

2 tbsp pewarna merah

1 1/2 tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN;-

1. Masukkan cuka kedalam susu sambil di kacau rata. Biarkan selama 10 minit .
(untuk menghasilkan buttermilk)

2.. Ayak bersama tepung, serbuk koko beserta soda bikarbonat.
Tip:- Saya di ajar oleh cikgu supaya sentiasa mengayak tepung sebanyak 3 kali supaya cukup pengudaraannya dan rata bahan-bahan campuran)

3. Putar gula dan butter hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Putar rata sehingga tiada telur cair.

4. Masukkan pewarna merah dan putar lagi sebentar supaya pewarna rata.

5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu/ buttermilk. 


6. Masukkan kedalam beg piping dan paipkan sebanyak 3/4 paras kertas cupcake.

7. Bakar selama 30-40 minit 160-C atau mengikut oven masing-masing.

8.Hiaskan dengan cream cheese dan decor idaman.




CREAM CHEESE

250 gm cheese*

250gm butter*

200 gm icing sugar

1tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Biarkan butter dan cheese lembut pada suhu bilik

2. Putar semua bahan  hingga kembang.


Monday, July 11, 2011

CARROT CAKE



Assalamualaikum...

Selalunya apabila terasa ingin makan carrot cake saya akan ke Secret Recipe untuk menikmatinya sepotong.

Kali ini saya buatnya sendiri kerana bukan saja ingin makan tetapi juga ingin mencuba resepi yang saya rasa 

patut dicuba kerana kelembapannya. Bezanya dengan kek dari SC hanyalah penggunaan kismis yang di 

gantikan dengan nenas dalam tin.



Bila buat sendiri semestilah creamnya kena tebal-tebal. Itu sudah semestinya kerana anak-anak telah 

berpesan kepada saya tentang itu. Ikut kan hati muak rasanya.... Tapi...ikut sajalah labu!

Kebetulan ....ini juga untuk meraikan ulangtahun kelahiran orang tersayang!



Saya hanya menggunakan peralatan apa yang ada. Begitu puas hati dengan resepi ini dan di masa akan datang 

akan saya tambah juga dengan kismis. I loike kismis.....

Kepada yang berminat nak mencuba tu boleh lah tinjau-tinjau resepi kat bawah ni.....


CARROT CAKE

BAHAN-BAHAN

1 Cawan minyak 
(corn oil)

1 cawan gula kastor

1 cawan tepung naik sendiri

5 biji telur

1 cawan carrot 
(telah disagat)

1/2 cawan walnut* 
(saya guna pistacio)

1/2 cawan nenas dlm tin*

1/2 cawan kismis

2 sudu cinnamon powder

1 tbsp soda bikarbonat

1 tsp garam

1 tsp esen vanila.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Cincang bahan yang bertanda *.

2. Ayak tepung, soda bikarbonat, garam dan cinnamon powder.

3.Pukul gula bersama minyak hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga kembang.

4. Masukkan tepung dan kaup balikkan adunan.

5. Masukkan pula nenas, walnut dan kismis. Kaup balikkan perlahan-lahan . Jangan terlebih mengacau.

6. Masukkan kedalam tin pembakar yang tela di gris dan bakar didalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 40-60 minit dengan suhu 160-C atau mengikut oven masing-masing.

7. Setelah masak sejukkan kek dan sapukan cream cheese topping.


CREAM CHEESE FROSTING

500 gm cream cheese

100 gm butter

4 cawan gula icing
(saya guna 3 cwn saja)

1 tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Letakkan butter dan cream cheese pada suhu bilik tetapi jangan di biarkan cair.

2. Ayak gula icing supaya frosting tidak berketul.

3 Satukan semua bahan dan pukul hingga kembang tetapi jangan terlalu kembang kerana frosting akan menjadi agak lembik.

4. Sapukan pada permukaan kek dan licinkan dengan merendam spatula dengan air panas. Hias mengikut citarasa.



Saturday, June 18, 2011

Kek Gula Hangus



Assalamualaikum, kini kita sedang berada didalam bulan Rejab dan diantara amalan yang sering dilakukan 

ialah berpuasa. Selain mengantikan puasa yang tertinggal terutamanya untuk kaum wanita kita juga berpeluang 

mengumpul amalan sunat yang dianjurkan di bulan Rejab ini.

Apabila berpuasa pastinya akan terfikir apakah juadah yang hendak di masak. Selalunya yang manis-manis 

menjadi pilihan antaranya ialah Kek Gula Hangus atau pun popular dengan panggilan Kek Sarang Semut,

 Ianya juga amat sesuai untuk di bawa sebagai buah tangan ke majlis kenduri kendara.

Kakak ipar saya memang teror buat kuih ini. Saya belajar secara tidak rasmi dengan selalu melihat beliau 

membuatnya terutama apabila ada kenduri kendara.Untuk resepi kali ini, mengikut teknik yang asli ianya di 

kukus tetapi kali ini saya bakar dalam oven.




KEK GULA HANGUS

BAHAN-BAHAN

5 biji telur

1 1/2 cawan gula

1 cawan airr

1/2 cawan susu pekat

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar marjerine

2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu besar esen vanila

CARA MENYEDIKAN:-

1. Alas loyang yang telah di gris dengan parchment paper pada bahagian dasar loyang.

2. Masak gula di atas api sederhana sehingga gula jernih dan keperangan. Masukkan air sedikit demi sedikit 

sambil di kacau. Apabila telah sebati dan cair semuanya masukkan marjerine. 2acau sehingga marjerine cair 

dan sejukkan sebentar.

3.Ayak tepung bersama soda.

4. Pukul sedikit telur dan masukkan susu pekat. Kacau sebati.

5. Masukkan tepung berselang seli gula hangus kedalam telur sambil dikacau sebati.

6. Akir sekali masukkan esen vanila. Tapis dan perap beberapa jam.

7. Bakar selama 30-40 minit dgn kepanasan 160-c atau mengikut oven masing-masing. Sejukkan baru di potong.



Thursday, June 2, 2011

KEK BATIK MILO


Alooo....Assalamualaikum... Berjumpa kita kembali yer...

Musim cuti sekolah telah bermula menandakan saya harus menggandakan tenaga dan kesabaran. Kat rumah 

saya ini ada 3 anak lelaki yang sedang naik dan seorang perempuan yang macam 'lelaki' juga.  Ada kala 

pening kepala juga bagaimana nak meleraikan suasana 'tegang' kat rumah ni....

Sempena cuti sekolah ini saya kenalah rajin menggodek di dapur ni...Almaklumlah bila dah asyik dok 

mengadap TV tentulah lapar ajer dia orang tu...Walaupun gitu saya masih lagi tidak dapat aktif memasukkan 

N3 ke dalam ' kitab resepi' saya ini memandangkan saya masih belum dapat menyelesaikan masalah wifi saya 

tu...Kadang-kadang geram juga...tapi nak buat macamana...sabor ajer le... Terpaksalah guna juga si kura-

kura ni....

Baru-baru ni saya mencuba resepi kek batik yang saya lihat di sini . Saya teringin pulak nak mencuba resepi 

dari Blog HaSue ni...Terima kasih daun keladi...nanti akak cuba yg lain lagi.... Setelah di buat saya dapati 

penggunaan biskut Marie tidak perlu banyak memandangkan ianya hanya perlu di susun berbanding dengan 

teknik yang lain yang memerlukan biskut itu di kacau bersama di dalam kuali. 

Apapun resepi dan teknik nya kek batik ini tetap jadi pilihan anak-anak dan yang penting amat mudah untuk 

di buat. Memandangkan loyang yang saya gunakan besar maka 'layer' kuih ini jadi rendah. Lain kali saya akan 

gunakan loyang atau bekas yang kecil sedikit.

Jika ada teman yang nak mencuba untuk anak-anak di cuti sekolah ini bolehlah try..... resepi dan caranya seperti berikut....





KEK BATIK MILO
(Sumber : HaSue)

BAHAN-BAHAN

250 gm butter

200 gm Milo

3 tbsp cocoa powder

1 tin kecil condense milk

1 tsp esen vanila
( tiada dlm resepi tp saya letak)

Biskut Marie coklat cair

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Alas kan loyang dengan plastik. Sapukan loyang dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya plastik melekap di permukaan loyang.

2. Cairkan butter. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Gaul rata di atas api kecil. Lebih mudah jika guna kuali.

3. Masukkan sedikit demi sedikit serbuk koko dan milo sambil di gaul rata agar milo tidak bergentel.
Kacau sehingga pekat dan adunan menjadi licin.

4. Masukkan sedikit adunan dan ratakan. Susun biskut marie memenuhi permukaan adunan milo. 

5. Ratakan sedikit lagi adunan milo. Susun semula biskut marie di atasnya. Ulangi proses tersebut sehingga habis.