Showing posts with label MEE. Show all posts
Showing posts with label MEE. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Mee Bistik


 Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum pembuka bicara..Dah lama saya nak mencuba Mee Bistik ni..Ketika lihat program memasak bersama Chef Zaidah dan kakitangan restorannya untuk juadah berbuka yang di ulang tayang.
Masa tu berkobar-kobar sungguh nak mencuba tapi tak sempat pula menyalin resepinya..
Pagi ni tiba tiba teringat semula dan kebetulan ada mee dan bahan yang lain. Cuma tiada daging cincang. Tak pa la..kita buat dia...Mungkin lain kali boleh gunakan daging cincang pula..


Bagi saya memang terasa lemak mee itu bila dimasukkan kacang pea dan sedikit rempah kari.
Memang sesuai untuk sarapan atau juadah berbuka.


Saya tak sempat nak menyalin resepi sebenar. Jadi yang ni kira bantai aje la..
Yang penting idea tu dah ada sebagaimana Chef Zaidah masak. Sekurang-kurangnya ada sedikit perbezaan ketika menghasilkan Mee Goreng..Asyik sama aje rasanya bosan juga kan!

MEE BISTIK

BAHAN-BAHAN

Sepeket mee
200 gm daging ayam cincang
fish cake/fish ball
2 keping tahu
(potong dadu dan goreng)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu cili kisar
2 sudu rempah kari
1/2 cawan kacang peas
1 cawan mix vege
(tiada stok tukar sawi
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 biji telur
(di kocok)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:-

Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumiskan sehingga kekuningan. Masukkan pula cili kisar dan gaul rata..masak sehingga cili pecah minyak.(naik minyak berwarna merah). Masukkan rempah kari dan kacau. Tuangkan sedikit air dalam 1/2 cawan. Kacau selalu supaya rempah tidak  
hangus. Apabila pes cukup masak dan telah timbul minyaknya, masukkan kesemua jenis sos dan gaul rata. Masukkan pula ayam cincang dan masak sebentar. Apabila ayam hampir masak, masukkan fish cake, fish ball dan kacang peas. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan mee kuning dan juga sayur sawi. (jika guna mix vege, masukkan bersama sewaktu memasukkan kacang peas) Gaul rata. Curah kan telur disekeliling kuali. Apabila telur mengeras masukkan pula tahu dan gaul rata bersama mee. Masak lagi sehingga mee dan telur masak sepenuhnya. Angkat dan taburkan cili potong ketika menghidang.



Tuesday, January 28, 2014

Mee Cintan Goreng Ikan Masin

Assalamualaikum wbr..
Tekak tak sedap teringin pula nak makan mee goreng yang ada kepingan kecil ikan masin. Mungkin tak ramai yang pernah makan mee goreng yang ada ikan masin di dalamnya...Serius saya cakap...sedap!
Pertama kali saya makan mee goreng begini ketika mengandung anak pertama dulu...memang tak da selera lansung waktu tu...yang boleh masuk hanya air. Tapi bila makan mee yang ada ikan masin tu...ermmm jadi berselera lah pulak...


Tapi kali ini saya cuba kelainan dari segi penggunaan mee nya...Saya guna mee kering yang agak lebar iaitu mee cintan yang macam gambar kat atas tu... Cuma perlu rebus sekejap saja biar mee lembut sedikit. Tapi jangan terlalu lama ya...nanti bila di goreng akan jadi lebih lembut dan jadi tak sedap pulak.


Kalau guna mee basah pun sedap juga...cubalah..Saya guna ikan masin kurau yang nipis-nipis berkulit. Senang ...cuci dan terus goreng garing...


Kepada yang sukakan kelainan tu...boleh la mencuba...

MEE CINTAN GORENG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN

1 Peket mee cintan
1/2 cawan ikan kurau masin
100 gm udang kecil
300 gm daging lembut
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 buku kiub ayam
4-5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
sayur kobis, karot, tomato cili merah

CARA MEMASAK:-

1. Rebus sebentar mee. Angkat dan terus siram dengan air supaya mee tidak terlalu masak. Toskan.
2.Goreng garing ikan kurau. Ketepikan.
3.Tumbuk/kisar bawang merah dan bawang putih. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali dan tumis kan bahan yang telah ditumbuk. Masak hingga kekuningan baru di masukkan cili kisar. Masak lagi sehingga cili agak garing atau naik minyak. 
4.Masukkan daging dan masukkan sedikit air. Masak sebentar. Masukkan pula  sos cili, kiub ayam,sos tiram, kicap manis dan pekat. Kacau rata dan sebati. Baru masukkan udang serta sayur sayuran yang telah di potong.
5. Kirai-kiraikan mee dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata.
6. Masukkan pula ikan masin. Masak sebentar sambil digaul sebati ikan dan mee..Angkat.

#tak perlu tambah garam ya...nanti terlalu masin.

Wednesday, August 22, 2012

Mee Kari Nyonya


Assalamualaikum...
Pagi-pagi lagi saya telah menerima sms bertanyakan resepi Mee Kari dari anak saudara... Katanya tak jumpa di blog saya ni...Bila saya cari balik...ada sebenarnya tapi dah lama saya upload iaitu pada September 2009. Boleh tengok kat SINI ya.
Mungkin dia nak meraikan tetamu dan nak masak Mee Kari...
Teringat pula saya ada masak Mee Kari dan suami saya ada mengambil gambarnya...cuma terlupa nak upload ajer Mee Kari ala Nyonya saya tu.....
Jadi kali ini saya masukkan Mee Kari terkini dari saya walaupun Mee nya tinggal gambar ajer ya...... Ala-ala Nyonya gitu... Serius hakak cakap SEDAP! Macam makan kat Old Town Whitecoffe pun ada.... yang pasti  cukup la semua rasa ...
Dengan kacang panjang dan terung yang saya goreng sebentar...lemak-lemak gitu....
Lebih mengancam sambal udang kering nya....Aduh payah la nak cakap....anak-anak suka sangat!
Memang mewah la Mee Kari saya tu dengan sayur-sayuran...tahu pok dan fucuk kering goreng penyedap rasa...Dah jadi kemestian kalau masak Mee Kari saya mesti letak tahu pok...itu kegemaran suami saya....


Resepi asal dari Kjee, cuma saya tambah mana yang perlu mengikut citarasa selera saya dan keluarga....
Saya juga skip kan kerang sebab masing-masing alergik makan kerang!
Terima Kasih Kjee kerana share resepi yang sedap ni.... kalau sesape nak tgk resepi dari Kjee boleh la klik sini. Untuk rujukan saya akan datang saya c/p semula juga resepinya kat bawah...


Mee Kari ni sedap dimakan dengan sambal udang kering gini....
Saya amat meminati sambal mee kari di Little Penang Cafe kat Mid Valley tuuu... Jadi saya pun masaklah sambal yang ada persamaan rasa begitu. Alhamdulillah percubaan saya berjaya. Seisi keluarga sukakan sambal udang kering ni dan menjadikan Mee Kari Nyonya saya semakin sedap dan berlemak. Walaupun tidaklah 100 peratus sama rasanya dengan sambal di restoran tersebut ...

Ok la...kalau nak cuba bagi meraikan tetamu yang nak datang berhari raya ke...bolehlah masak Mee Kari Nyonya ni....pasti tetamu suka....

Jom tengok resepinya....

MEE KARI NYONYA
Sumber: Kjee
BAHAN-BAHAN:-
1 cawan rempah kari daging babas

½ cawan cili kisar
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
taupok (tahu goreng)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

kacang panjang
Terung panjang
cara penyediaan:-
1.Tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan kemudian tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

3.Bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka kepekatannya.
3. Bila dah menggelegak, masukkan santan pekat 1 cawan. 

4. Biarkan ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. 
rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.
5. Celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk.  begitu juga taupok , tahu goreng yg dipotong nipis  , kacang panjang dan terung yang telah di goreng sebentar dan disusun atas mi
6. Curah kan kuah dan letakkan daun pudina, hirisan limau , fucuk goreng serta sambal dan telor rebus jika suka...


SAMBAL UDANG KERING

BAHAN-BAHAN

6 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

1 inci belacan*

1/2 cawan udang kering*

1 cawan cili kisar*

2 sudu paste asam jawa

1 buku kecil gula kerek/melaka
(Boleh ganti gula biasa)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Blend semua yang bertanda* hingga halus.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga naik bau.

3. Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

4. Masak lagi sehingga sambal benar-benar masak dan kering. Angkat.


Saturday, May 26, 2012

SINGAPORE FRIED BEE HOON



Selamat pagi semua...Assalamualaikum... Dah sarapan ker? atau ambik 'Brunch' terus....

Sejak 2-3 hari ni tekak saya ni rasa macam nak makan mee hoon goreng ajer. Baru pagi ni dapat melayan

anak tekak tu...bukan apa teringinkan pulak Mee hoon goreng ala-ala Singapore fried bee hoon gitu. yang

 tak pedas tapi banyak rencahnya. Banyak songeh betul ya anak tekak ni...hehehe.



Saya memang sukakan Bee Hoon mcm ni. Selalunya kalau saya pergi ke Restoran Cozy House di Great Eastern Mall

 pasti saya order Singapore Fried Bee Hoon dan tak lupa creamy squid. Errmmm nyum nyum.......

Kalau masak kat rumah seisi rumah boleh makan sebab dia tak pedas... kalau nak pedas kenalah hiris cili

 padi lepas tu letak sikit kicap cair....baru terangkat....



Kalau rajin, jom la masak Singapore Fried Bee Hoon. Tak kira untuk sarapan ker lunch ker ...apa situasi 

pun sesuai.....


SINGAPOE FRIED BEE HOON

BAHAN-BAHAN

2 Keping mee hoon

100 gm isi ayam

2 ekor sotong

100 gm isi udang

2 keping fish cake

1 tbsp cili kisar

1 tbsp sos ikan

2 tbsp kicap cair

2 tbsp kicap manis

2tbsp minyak bijan

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 batang karot

1 keping tauhu

segenggam taugeh

1 buku kiub ayam

2 Biji telur

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Rendam mee hoon hingga lembut.

2. Siang sotong dan potong kecil-kecil. ( saya suka potong kiub) begitu juga ayam,tahu dan fish cake.

3. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.

4. Pukul telur sedikit. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur seperti membuat scramble egg. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.

5. Tumis kan bawang yang telah di tumbuk sehingga naik bau/kekuningan.

6. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masak sehingga cili agak garing.

7. Masukkan isi ayam dan gaul rata. Biarkan sebentar. Baru masukkan fish cake, sotong dan isi udang. Kacau rata-rata.

8. Masukkan sos tiram, sos ikan, kedua-dua jenis kicap, kiub ayam dan karot yang di hiris seperti batang mancis.. Gaul hingga sebati. Tambahkan sedikit garam dan gula jika perlu.

9. Mee hoon yang di rendam dan di toskan airnya di masukkan kedalam kuali. Gaul rata.

10. Masukkan pula telur goreng , tauhu serta taugeh. Kacau rata sehingga benar-benar rata.

11. Minyak bijan perlukan di masukkan akhir sekali. Gaul rata dan angkat.

12. Hidangkan bersama daun bawang yang di hiris dan cili padi potong beserta sedikit kicap cair.



Wednesday, September 28, 2011

MACARONI GORENG


Ini antara kegemaran saya dan keluarga. Macaroni yang agak panjang begini jarang dapat di kawasan saya 

selalunya yang kontot-kontot aje. Saya dapat di Tesco tetapi tak ingat pulak jenama apa kerana ianya jarang 

saya guna klu San Remo tu ingat selalu....

Untuk memberi rasa yang lebih manis saya lebih suka gunakan udang sebagai rencahnya berbanding ayam 

atau daging cincang.

Kalau nak buat majlis harijadi atau makan-makan untuk tetamu yang datang bertandang memang sesuai.




Macaroni ni nampak  merah macam pedas sangat. Tapi sebenarnya saya guna cili kering yang tak pedas dan 

di campur dengan sedikit cili yang agak pedas jadi saya dapat warna yang menarik dan rasa yang tidak terlalu 

pedas. Sengaja saya tidak masukkan sayur kerana saya dan keluarga lebih suka macaroni yang togel begini...hehehe. 

MACARONI GORENG

BAHAN-BAHAN

1 Peket macaroni

400 gm udang putih kecil

6-8 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

10 tangkai cili kering*

3 biji telur
(tambah jika suka)

2 tbsp sos tiram

2 tbsp sos cili

1 tbsp gula

garam secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Didihkan air masukkan 1 tbsp minyak masak/olive oil . Masak sehingga macaroni lembut dan toskan.

2. Kisar bahan yang bertanda *. Tumis bahan yang telah di kisar sehingga benar-benar masak atau sehingga   naik minyak cili.

3. Masukkan cili sos , sos tiram, garam dan gula. Masakkan sebentar sambil di kacau rata. Masukkan udang dan masak sebentar.

4. Masukkan pula macaroni dan gaul rata.

5. Pecahkan telur ke dalam bekas dan kacau sedikit. Curahkan separuh telur di atas permukaan kuali di sekeliling macaroni dan separuh lagi pada macaroni. Setelah telur menjadi seperti telur dadar pada permukaan
kuali, gaul rata semuanya. 

6. Angkat dan taburkan daun bawang dan bawang goreng ketika menghidang.



Jauh berjalan nya macaroni saya tu...sampai ke Melaka gitu....

Ketika saya tiba di Alor Gajah beginilah suasananya... dah lenggang. Tapi bangunan nya meriah sungguh 

dihiasi lampu diseluruh bangunan kedai sepanjang jalan.


Friday, September 16, 2011

MEE BANDUNG @ AZIAN COLLECTIONS


Assalamualaikum .... Semuga pagi ini ceria-ceria hendaknya seceria dan segirang kicauan burung yang singgah 

bertandang di halaman rumah saya yang dipenuhi rimbunan pohon-pohon menghijau dan bunga-bungaan ber 

bau harum....

Masih lagi dalam mood raya? Masih ada lagi yang menjemput ke open house dan yang nak buat open house 

juga....Tentu dok plan nak masak apa untuk tetamu yang berkunjung.

Semalam memang saya berhajat benar membuat Mee Bandung. Selalunya saya gunakan pes yang segera 

ajer. Tapi hati begitu beria-ria ingin mencuba yang segar. Maka saya pun membuat sedikit revision kat internet 

mengenai Mee Bandung terutamanya yang asli. Digabung pula dengan tips-tips yang di beri di peket-peket 

pes instant. Saya bukan orang Johor tetapi suka makan Mee Bandung maka tentulah mahukan yang terbaik.

Kalau kat sini jika teringin nak makan Mee Bandung yang 'kick' selalunya saya ke Restoran Baser di Bandar 

Puteri Puchong aje...





Memang sedap! Percubaan yang saya anggap berjaya kerana di puji oleh suami (pengkritik utama saya) dan di sarankan supaya jika 

buat makan-makan tetamu datang kerumah saya, Mee Bandung ini sebagai salah satu menu utama selain Tahu Anura. Wah wah wah...dah ada menu baru pulak yer......

Jika ada yang nak menerima tetamu saya cadangkan masak Mee Bandung ni... penyediaan kuahnya boleh di 

buat awal sedikit untuk sebatikan rasa kuah dan menyedapkan ia lagi. Jadi tidak lah kita terkejar-kejar 

memasak! Selamat mencuba...



MEE BANDUNG @ AZIAN COLLECTIONS

BAHAN-BAHAN

300gm daging

300 gm udang basah

300 gm sotong

fish cake
(optional)

250 gm udang kering*
(rendam)

10 tangkai cili kering*
(rendam dgn air panas)

10-15 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 batang serai
(dititik)

3 biji kentang
( rebus,buang kulit & kisar)

200 gm kacang tanah
(sangai, buang kulit & kisar kasar)

1 peket mee kuning

sawi

telur

tahu
( digoreng)

bawang goreng

daun sup

2 1/2 tbsp gula

garam secukup rasa



CARA MEMASAK:-

1. Rebus daging sehingga empok dan hiris nipis-nipis. Jangan di buang air rebusannya.(Jika nak lembut dan cepat guna ajer presure cooker.)

2. Kisar bahan yang bertanda*. Siang sotong dan udang( jgn dibuang kulit utk rasa manis)

3. Tumis bahan kisar dalam minyak yang lebih sedikit kerana udang kering menyerap minyak.

4. Tumis sehingga agak garing dan masukkan 1/2 cawan air. Masak kembali sehingga agak garing/naik minyak.

5. Masukkan air rebusan daging sambil dikacau selalu supaya tidak bergentel-gentel kuahnya.(tambahkan air jika kuahnya sedikit) Masak hingga menggelegak. 

6. Untuk memekatkan kuah masukkan kentang kisar sambil di kacau kuah nya.Masukkan juga kacang tanah

7. Masukkan daging, sotong dan udang juga fishcake (jika suka) juga gula dan garam secukup rasa.

8. Akhir sekali pecahkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuah secukupnya. Jangan di kacau . Tutup api. Biarkan telur masak dengan kepanasan periuk saja.

9. Hidangkan bersama mee yang telah di celur, hirisan tahu goreng dan sayur sawi yang telah direbus dahulu. Taburkan bawang goreng dan hirisan cili hijau.


Nota:-

1. Pes udang kering perlu di masak dgn api kecil sehingga benar-benar garing utk rasa kuah yang sedap.

2. Jika suka telur 1/2 masak, telur di pecah hanya sewaktu hendak menghidang.

3. Celur mee hanya dengan mencurahkan air panas kedalam bekas mengandungi mee gaul rata dan toskan.
Mee sekarang cepat masak/kembang.

4. Ketika merebus/celur sayur sawi, masukkan setitik dua minyak masak untuk mencantikkan warna hijau daun sawi.


Wednesday, April 13, 2011

SPAGETTHI IBU



Tiada siapa yang menolak jika saya masak spagetthi. Dalam sebulan pasti 2-3 kali menu spagetthi ini akan 

terhidang. Sebenarnya inilah menu saya jika 'malas' masak  atau pun ada kerja lain yang perlu saya bereskan. 

Anak saya Ikmal pernah bertanya kepada saya mengapa spagetthi yang saya masak tidak masam seperti 

yang di makan di tempat lain. 'spagetthi ibu lebih sedap!' Wah kembang sungguh bila di puji begitu ...

Sebenarnya sos nya telah saya ubahkan mengikut selera anak-anak....bak kata orang tekak orang Malaysia 

la.....

Untuk Ikmal, peminat setia Spagetthi ibu (asyik makan berulang kali) jom kita tengok macamana ibu masak ..  

nanti boleh buat sendiri...tapi ingat...dah masak kena kemas tau!...hehehe




kena ada cendawan butang, Extra virgin olive oil (EVOO)


Tomato untuk rasa masam dan bawang besar pemanisnya pula.....



Panaskan sedikit EVOO.

Tumis kan bawang putih kisar(3-4 ulas) dan 4 tbsp cili kisar hingga naik minyak....



Masukkan pula daging kisar
 ( kerana daging kisar kurang saya campurkan daging yang dihiris nipis)



Dan yang ini jangan lupa...klu tak da bole gantikan dengan

tomato pure...tambah kan aje spagetthi spice yang ada di jual di

pasaraya.



Haaa...inilah bahan penyedap untuk anak tekak orang Malaysia...sos cili!

Kita masukkan dalam 4-5 tbsp...ok.


Akhir sekali masukkan tomato,cendawan butang ,bawang penyedap rasa.

secawan air ,2 tbsp gula dan jangan lupa garam dan serbuk oregano atau 

tambahkan rosemary....

Masak hingga agak pekat.

Oh yer...jangan lupa rebus spagetthi dengan sedikit garam dan bebarapa titik minyak masak. 

Toskan dan gaul rata sedikit butter.


Thursday, February 24, 2011

Kuey Teow Sup


Sekali sekala kita memang gemar yang plain ajer. Tak berlemak dan tidak cepat muak. Pertama kali saya 

makan kuey teow ini di sajikan oleh seorang teman, Shidah dan selepas itu makan di rumah teman lain.

memang sedap apatah lagi jika di tambah lebih cili.




Gandingan kuey Teow,  kacang tanah goreng,  daun sup,  lobak asin,  bawang putih goreng , taugeh (saya tak letak kerana kehabisan stok!) dan yang 

penting

kuah nya yang 'plain' aje begitu mengasyikkan bila di makan.

Sangat sesuai untuk yang tidak berselera .

Selain Kuay Teow boleh juga di gantikan dengan mee atau bihun.

Untuk resepi klik di  N3  lama saya ......saya catatkan juga cara yang lain sedikit di bawah....






KUEY TEOW SUP

BAHAN-BAHAN

1 peket kuey teow

2 ketul dada ayam

1 mangkuk air

2 Ulas bawang putih
(ketuk)

1 bunga lawang

1 biji buah pelaga

Sedikit lada sulah

daun bawang
(hiris)

taugeh

lobak asin hancur
(cuci dan tos)

Bawang putih
(cincang dan goreng)

cili api

kacang tanah


CARA MENYEDIAKAN

1.  Rebus dada ayam bersama buah pelaga, bunga lawang,kulit kayu manis dan serbuk lada putih hingga ayam masak .
Keluarkan ayam dan toskan. Carik-carikkan ayam. Lebihan air rebusan di letakkan garam secukup rasa.

2. Kisar cili api dengan sedikit garam ,gula dan sedikit cuka. 

3. Goreng bawang putih yang di cincang hingga garing. Campurkan bawang dengan minyaknya sekali dan sejukkan.(bawang dengan minyak boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan dgn microwave bila hendak di gunakan dan masih ranggup)

4.Kacang tanah goreng ditumbuk kasar.

5. Untuk menghidang, masukkan kuey teow  (telah di siram dengan air panas di dalam tapisan dan di tos) dan  bahan-bahan pelengkap yang lain dan curahkan sup. Jangan lupa cili untuk lebih ummph!


Nota: Tidak perlu bawang goreng dan daun sup.Ia akan merubah rasa . 
Rempah utk menumis tak perlu banyak kerana ia akan mengubah rasa.




Saturday, February 19, 2011

Mee Goreng Ibu


Pagi yang ceria terasa nyaman dan segar . Pagi ini saya menggoreng mee sebagai sarapan pagi. Kali ini saya 

membuat agak basah sedikit. Anak-anak memang sukakan mee goreng hitam ini. Jika dulu saya sering 

menggunakan kicap pekat jenama Magie tetapi kini tiada lagi di pasaran maka kurang hitam lah kini mee 

goreng saya dan saya belum berjumpa lagi sos yang serupa begitu....

Kawan -kawan/ jiran saya juga sering membuat 'special request' agar saya menggoreng mee jika kami 

mengadakan jamuan perjumpaaan. Tiada apa yang istimewa dengan resepi yang saya guna cuma mungkin 

teknik dan 'air tangan' saya memenuhi citarasa mereka.




Saya gemar jika menggoreng mee ada udang besar yang merah-merah......



MEE GORENG IBU

BAHAN-BAHAN

1 Peket mee

2 Ulas bawang putih*

3 Ulas bawang merah*

3 sudu besar cili kisar

1/2 kiub ayam

200 gm isi ayam

5-6 ekor udang besar

Fish cake

2 sudu makan sos tiram

4 sudu makan kicap manis

2 sudu makan kicap cair

4 Sudu makan sos cili
(tambahkan jika perlu)

taugeh dan tauhu
( saya gantikan kobis)

1/2 cawan air

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Tumbuk bahan bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak dan masak hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan masak hingga agak garing. Masukkan air.

3. Masukkan sos tiram, cili sos, kedua-dua jenis kicap dan kiub ayam.

4. Bila menggelegak masukkan isi ayam yang telah di potong kecil. Apabila separuh masak masukkan udang , fish cake dan sayur. Gaul rata.

5. Masukkan mee yang telah di cuci dan di toskan ( jika gunakan taugeh dan tahu, masukkan juga ketika ini). Gaul rata dan masak hingga agak kering.

6. Angkat dan taburkan daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan dan penyedap rasa.