Showing posts with label LAIN-LAIN. Show all posts
Showing posts with label LAIN-LAIN. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

Januari 1


Bismillah....Assalamualaikum wbh... 
Setiap tahun pasti semua akan peka dengan tarikh 1 Januari..saya pun.. bukan nak meraikan tahun baru tapi....yeay...


Meriah sambutan harijadi saya setiap tahun tu...siap ada bunga api lagi.. Tahun ni...tak tau pun ada ke tidak sebab waktu detik 12 malam tadi saya ditelan mimpi...ZZZZzzzzzzz



Teringat waktu remaja dulu..bila tiba 31 hb pasti akan ada sebiji kek air tangan saya untuk diri sendiri....semulajadi...memang saya suka memasak!
Doakan saya ya....yang tebaik segalanya In Sha Allah...Aminnn.



Tuesday, February 19, 2013

KEBAB ARAB dan UMRAH...



Assalamualaikum Wbr...
Dalam masa sebulan macam-macam boleh berlaku. Begitulah lamanya laman saya ini tiada kisah masakan terkini. Bukan tak masak atau makan di luar aje tapi masa agak terhad untuk saya duduk mengadap lappy, lebih-lebih lagi sejak bermulanya persekolahan bagi tahun 2013 yang mana anak bongsu saya telah mula menjejakkan kaki ke tahun satu. Terlalu sibuk sebab ada yang sekolah sessi pagi juga sessi petang. 

Dalam pada itu saya juga menerima anugerah dari Allah apabila di panggil untuk menjadi tetamu Nya di tanah suci Mekah. Sesuatu yang tidak sekali saya jangkakan akan berlaku dalam masa yang terhampir dan sekelip mata walaupun itulah yang sering saya impikan dan sentiasa di dalam doa saya. Jika Allah mengkehendaki sesuatu maka akan jadilah ia dengan keizinan Nya. 
Bagaikan mimpi, saya mengerjakan umrah bersama kakak dan abang ipar pada mula perancangannya. Tetapi seperti yang saya katakan jika Allah mengkehendaki sesuatu maka jadi lah ia....
Atas sebab undang-undang yang ketat berkenaan 'mahram' oleh pihak kerajaan Arab Saudi maka anak kedua saya Amirul turut sama menerima panggilan Allah untuk menjadi tetamu Nya. Memang sudah termaktub rezekinya di situ kerana kebetulan suami saya tidak dapat bersama saya.
Allahuakbar! Dari segala yang berlaku ianya terlalu amat menyedarkan saya bahawa sekiranya Allah inginkan sesuatu berlaku, maka ianya akan terjadi tanpa tangguh lagi . Sesungguhnya Allah amat mengetahui....dan doa saya selama ini telah di makbulkan...Alhamdulillah..Terima Kasih ya Allah

Oleh kerana blog ini  lebih kepada kisah makanan maka saya tunjukkan kat sini apa yang menjadi kegemaran saya ketika kat sana tu...
Gambar yang atas sekali tu kebab... Setiap kali keluar dari masjidil haram di bawah mall bernama Bin Daud,
ramailah yang berpusu-pusu membeli kebab ni...so saya pun nak rasa juga macamana. Intinya ada nugget, fries, terung yang di goreng, hirisan kobis dan roti nipis yang seperti totilla tu...
Cuma kosong ajer gitu. So semalam saya pun pergi ke cold storage dan dah pun beli semua bahan yang di perlukan...cuma tentu lebih enak jika kita makan dengan mayonise dan tentu sekali SOS CILI ya....

Lagi satu makanan yang saya memang plan nak cuba sejak dari di tanah air lagi ialah nasi briyaninya...Aduhai sedapnya....'sedap giler' bak kata bebudak sekarang... 
Terasa sungguh segala rempahnya... memang jauh beza dengan yang selalu saya makan kat SABA tu...
Pasti saya teringat-ingat akan rasa nasi briyani tu nanti...kat manalah nak cari rasa yang serupa gitu di sini ya..


Ingin saya kongsikan pengalaman saya di Tanah Suci. Bukan untuk bermegah atau riak tetapi supaya ianya menjadi inspirasi kepada yang lain. Sesungguhnya rezeki itu dari Allah dan ianya akan menjadi milik kita walau dengan apa cara sekalipun...Berdoalah...semuga Allah mendengar doa kita InsyaAllah...

Haha...tuan punya badan semakin berisi di sini...walaupun penat tapi makan sedap aje...
Keadaan di Masjidil haram agak padat sedikit kerana keja-kerja penambahan sedang giat di jalankan. Kat belakang tu ada banyak kren yang besar-besar...semuga segalanya dapat di sempurnakan menjelang musim haji nanti...
Ketika saya tiba di Kota Mekah,cuaca begitu selesa dengan keadaan yang agak dingin sedikit. So oleh kerana saya ber ihram dari dalam kapal terbang dan bermiqat di Qarnul Manazil,bila mengerjakan tawaf begitu selesa cuacanya...Dua hari selepas itu cuaca mula panas. Alhhamdulillah saya dapat merasakan kedua-dua jenis keadaan cuaca di sana....

Keadaan ketika tawaf dan di dalam masjidil haram yang sangat indah...Teman dari Bentong Pahang sedang mengambil air Zam Zam yang di sediakan di dalam tong. Ada yang sejuk macam baru keluar dari peti sejuk dan juga yang normal...tentulah yang sejuk jadi pilihan...air Zam Zam kat sini 'manis' rasanya. Selalunya saya hanya dengar orang bercerita. Kini baru saya tahu bagaimana rasanya...

 Aktiviti lawatan yang di atur oleh pihak agency. Model kawasan Kaabah seperti yang di rancangkan akan siap tak lama lagi juga di pamerkan. Kami juga di bawa ke museum kaabah, masjid kuba' iaitu masjid pertama yang di bina Rasulullah SAW dari batang pokok Kurma pada mulanya..(kena baca sejarah semula), 
bukit uhud dan juga makam Saidina Hamzah.

 Dari tazkirah oleh mutawwif, sesungguhnya baginda Rasulullah SAW menjawab salam yang di sampaikan kepadanya dan menginggati wajah mereka yang menziarahinya untuk di berikan syafaat ketika di akhirat nanti.Sesungguhnya baginda amat menyayangi umatnya...Bagi yang berselawat dari jauh, baginda hanya tahu kita tetapi tidak raut wajah kita...Berdoalah kita kepada Allah agar kita berpeluang untuk mengunjungi makam Rasulullah SAW...dan dapat ber solat, berdoa dan berzikir di Raudhah kerana itu adalah antara taman syurga yang dapat kita jejak ketika di dunia lagi...Sesungguhnya hanya mereka yang berada di situ yang mengetahui bagaimana perasaan ketika berada di kawasan itu...Allahuakbar!

Opst... sempat jugak tu berposing dengan Dr Hj Fadzilah Kamsah di lobby hotel ,yang turut sama bersama kumpulan jemaah yang bersama beliau. Ketika ini kami berada di Madina Al Munawara...
Salute kat beliau ni...setiap yang ingin bergambar dengannya di layan dengan baik....

Setelah 13 hari di tanah suci, tiba waktu untuk pulang...tetapi saya terpaksa meneruskan perjalanan ke utara tanahair pula untuk menghantar anak ke empat yang mendapat peluang belajar di MRSM. Pendaftaran pada keesokan harinya...Kesian kerana segala persiapan di lakukan oleh kakak dan abahnya tanpa ibu di sisi.. Semuga anakku di lindungi Allah sentiasa,terang hati untuk menerima ilmu bermanafaat dan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.....


Sunday, September 16, 2012

4 tahun sebagai blogger...


Assalamualaikum.
Nasib baik tak terlepas nak wish 4th anniversary kat blog saya ni  AZIAN COLLECTIONS.
Diam tak diam dah 4 tahun berlalu saya sebagai blogger. 


Sebenarnya susah juga nak kekalkan selama 4 tahun ni...banyak suka dan duka. Terutamanya yang melibatkan hati dan perasaan. Tapi Alhamdulillah dapat saya lalui semuanya. Seperti yang saya catatkan di pengenalan blog saya...Sentuhan Anugerah Ilahi Pada Diri Untuk Mereka Yang Menghargai..Itulah yang saya selalu ingat! 


Memang asalnya saya terlalu ingin kongsikan resepi yang selalu saya masak dan di sukai anak-anak, keluarga dan tetamu yang datang. Tetapi bila permohonan anak saya untuk ke Student exchange di USA di luluskan , semangat nak tulis resepi kat blog berkobar-kobar. Saya mahu anak saya boleh buka blog dan masak makanan yang selalu dia makan di sini. Almaklumlah dia tinggal bersama host parent mat saleh kat sana di usia 17 tahun, begitu meresahkan saya....



Bermula dari situ minat saya semakin berkembang apabila saya rasa khidmat saya menulis resepi di perlukan bila ada yang menghantar e-mail bertanyakan resepi dan bila mereka cuba mereka turut suka...
Tapi ada juga yang memandang sepi blog kerdil saya ini...bila saya post resepi tak nampak tapi bila blogger fofular post resepi saya dia nampak pulak!. Tak pa....yang penting ikhlas. Siapa yang suka silakan...kebanyakan resepi saya ni adalah yang jarang di beri oleh blogger lain. Saya puas bila dapat berbuat begitu disamping mencuba resepi dari teman-teman blogger lain.
Nak tengok apa resepi saya yang pertama.....Hahaha....budak baru belajar...bila tengok nak gelak pun ada.
Pada ketika tu nak buat special link pun tak reti lagi.....


Setelah bertahun saya menulis dengan kadang kala timbul hari-hari dan ada kala sekali sekala, saya sedang mencari waktu untuk membuat perubahan. Mungkin bila semua anak-anak dah kesekolah di tahun hadapan saya punya sedikit waktu terluang. InsyaAllah.


Apapun hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi singgah, membaca, meng c&p resepi, mencuba dan memberi komen....Tanpa kalian mungkin AZIAN COLLECTIONS hanya tinggal nama tanpa isi.....Opst...terima kasih tak terhingga kepada yang sudi KLIK kat Mr NUFFNANG tu...
Alhamdulillah bila tengok ada yang klik dan ada sedikit hasilnya semakin bersemangat nak mengupload resepi baru...hehehe bye!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan.



Semakin hampir detik Ramadhan menjelma. Maghrib nanti akan bermulalah bulan baru yang kita 

nanti-nantikan dengan pelbagai tanggapan mengenainya.

Ada yang menantikannya dengan mempersiapkan diri mengumpul tenaga untuk menggapai segala 

keistimewaan dan peluang pahala yang di limpahkan tak kurang juga yang menantikan nya dengan 

menyeneraikan turutan senarai hotel mana  atau restoran mana yang mengadakan bufet  ramadhan juga 

mengunjungi bazar-bazar ramadhan.

Semuanya kita ingin dan rasai. Cuma segalanya perlulah berpada-pada....

Selamat melalui bulan Ramadhan Al Mubarak dengan sempurna dan bersederhana.

Kepada pengunjung Azian Collections yang saya sayangi dan semua kenalan di alam maya ini, ampun maaf saya pohon . Manalah tau ada yang

 tersentuh hati ker...terkasar bahasa ker...kita seringkali kali tidak menyedari akan itu. Semuga Ramadhan 

kali ini begitu 'INDAH' buat anda....

Ramadhan pertama tanpa ibu menjadi kan saya begitu sebak di saat ini. Tiada lagi yang akan menalifon saya

 bertanyakan bila nak balik berbuka bersama...Arghhh...terlalu rindu akan semua itu. Al Fatihah untuk ibu

 saya yang tersayang...

Kepada semua yang masih ada ibu dan keluarga...ambillah peluang berbuka beramai-ramai yang mana ianya

 sangat-sangat menyukakan hati seorang ibu dan ayah.....


Saya punya sebuah keluarga yang agak besar. Seramai lima orang anak dan suami yang punya citarasa

berbeza. Yang manis manis ni selalu nya pilihan saya dan anak-anak. Ini adalah antara manisan yang sering

 saya buat ketika ramadhan. (Semua yg dalam gambar ada resepinya di dalam blog ini)



Dan yang ini pula sering jadi request dari my habibi....terutamanya yang kanan atas tu...huhuhu.
Mesti buat punya!



Nasi Tomato, saya selalunya masak bila agak kurang cergas....hehehe. Senang ajo...masak nasi dengan Ayam Masak Merah..Siap! 





Yang bawah tu...sudah pasti...ya la nak membuka selera anak-anak....


Ni semua kesukaan anak-anak....Sumi Jelly Cocktail owh yummy....Tembikai Laici sungguh nyaman (bila ramadhan, tembikai kat Tesco murah) dan

air nenas ala Kluang Station.. sedappp!

Apapun ini lah yang bakal-bakal jadi menu hidangan saya pada bulan ramadhan kali ini...

Selamat berpuasa... Jangan lupa baca niat sebulan ramadhan malam nanti ya....


Dan niat ini jangan lupa baca tiap-tiap malam.....




Sunday, March 25, 2012

Cempaka Telor


Selain memasak saya juga amat meminati 'gardening'. Tetapi memandangkan kawasan yang agak terhad maka saya hanya menanam di dalam pasu dengan lanskap yang begitu terhad. Kebanyakan bunga yang saya tanam mengeluarkan bau yang harum.... Itu adalah minat suami saya...mengumpul bunga-bungaan yang berbau harum.



Cempaka ini Cempaka Putih dan yang ini juga mudah di dapati. 
Saya amat menggemari baunya yang lebih kepada bauan buah. Kalau di rumah saya ianya saya letakkan berhampiran pintu masuk rumah saya.
Kebetulan saya berjiran dengan jiran yang sporting, maka sebahagian 
pokok tersebut melampai juga kerumah jiran saya itu dan apabila berbunga,beliau juga turut sama menikmati bau harum Cempaka Putih tersebut.



Saya di perkenalkan dengan Cempaka Telor ini oleh pemilik nursery yang sering saya kunjungi. Putih bersih rupa parasnya tetapi seperti Cempaka Putih bunganya tidak bertahan lama malah lebih cepat gugur kelopak bunganya....



Baunya juga tidaklah sekuat bau Cempaka Putih. Oleh kerana ianya begitu cepat gugur dan bunganya pun tidaklah selebat Cempaka Putih,  saya seringkali terlepas untuk mengambil gambar Cempaka Telor . Tapi kali ini tanpa berlengah saya terus saja membedik lensa kamera....


Sunday, November 27, 2011

begitu kehendak Nya....




Assalamualaikum...

Permulaan tahun baru dalam Islam baru saja bermula...tentu pelbagai azam di tanam untuk mengharungi detik-

detik waktu di tahun baru ini membaiki apa yang terkurang di tahun sudah.

Bagi saya 1432 Hijrah berakhir dengan sebuah ingatan yang amat menyedihkan apabila emak yang saya

 sayangi dan kasihi pergi menemui Ilahi pada 24 November tempohari.

Sudah begitu kehendak Ilahi yang mana emak pergi dulu sedangkan abah masih terlantar dihospital.

Walaupun pilu tetapi saya redha atas segalanya dan berdoa semuga roh emak di tempatkan bersama  

     orang-orang yang beiman.

 Tidak dapat saya lupakan wajah emak yang 'senyum'  sewaktu mencium dahinya untuk kali

terakhir........



(gambar dari arkib sentuhan azian)

Masih segar di ingatan detik-detik terakhir saya bersama emak. Sejak abah sakit dan di masukkan kehospital 

emak kelihatan agak kurang dari kesihatannya. Ketika saya pulang dan berpeluang menjaganya,

 beliau tidak langsung berselera makan maka saya buatkan Mee Sup . Alhamdulillah beliau jamah 

juga bila saya suapkan mee itu. Dan itulah masakan terakhir saya untuk emak. Walaupun mudah saja 

membuatnya tapi saya puas hati kerana emak makan juga walaupun sekadar mengalas perut.....

Kini segalanya tinggal kenangan , hanya mampu diingat segala nya dan tak mungkin saya lalui kenangan itu 

kembali.....



Friday, September 30, 2011

TERIMA KASIH KJEE



Terharu dan gembira bila menerima pesanan dari Kjee di ruangan komen tempohari. Menerima award 

sebegini dari seseorang yang popular seperti Kjee. Terima kasih Kjee kerana masih ada ruang di ingatan 

untuk azian collections dan pemiliknya  yang tak sepopular mana pun ni......

Mula bertegur sapa dengan Kjee di ruangan Kongsi resepi dan seterusnya saya menjadi follower Kjee di blog 





Jadi kenalah buat syarat-syarat yang telah di tetapkan....
InsyaAllah akan saya penuhinya.



1.Ucapkan terima kasih dan link balik kepada pemberi.
SUDAH


2. Kongsi 7 perkara mengenai anda.

Alaaa ... ada ker yang nak tau mengenai saya ni....Ermmm jom tengok...

a) Saya bercita-cita menjadi seorang guru dan pernah menjadi guru.
Tapi dah 'bersara'. Pernah mengajar sekejap pelakon Chiko anak pelakon Uji Rashid di SMK Ulu Kelang.

b) Emak saya kata saya mesti selalu senyum bila jumpa orang kalau tak orang akan kata saya ni sombong....
Jadi bila jumpa orang saya pun senyummm sokmo...

c) Saya paling tak suka bersendiri..

d) Selalu orang perempuan suka makan mangga atau benda masam-masam tetapi tidak saya.

e) Minuman kegemaran saya ialah Teh Tarik. Tak gemar air bergas.

f) Paling tak suka bau wangian dalam kereta ...boleh pening kepala!


g) Teringin nak tulis sebuah novel .....



3 & 4.Berikan award kepada 15 bloggers yang anda rasa layak dan hubungi mereka.

Saya tujukan award ini kepada pengunjung dan rakan bloggers yang sudi menerimanya. 

Sesiapa yang sudi tu...bawalah balik yer dan gantungkan di sudut menarik blog anda ok...


Ok dah settle! Nasib hari ini dah masak pagi-pagi lagi so adalah sedikit waktu di petang gini.....




Sunday, September 18, 2011

dah 3 tahun rupanya...



Assalamualaikum..

Diam tak diam rupanya dah 3 tahun azian collections ini berada di internet...Walaupun tidak se gah blog-blog 

masakan yang lain namun saya berbangga kerana dapat membantu mereka yang singgah.....

Memang sejak dari awal kewujudan ia adalah sekadar untuk membantu anak saya yang pada ketika itu mula 

bercadang memohon menyertai pertukaran pelajar ke luar negara. Alhamdulillah anak saya terpilih dan 

Azian Collections

 juga terus bertahan sehingga ke hari ini. Tak sangka pula ada yang singgah meninggalkan pesanan malah 

mengikutinya.....Ini semua memberikan suatu 

galakan dan sebagai peransang untuk saya mengupdate N3.

Seboleh mungkin saya ingin berikan yang terbaik apatah lagi ianya merupakan suatu rujukan tentang masakan 

kepada anak-anak saya terutamanya. Seboleh mungkin saya cuba mengupload resepi saya sendiri tetapi 

adakalanya saya masukkan juga resepi blogger lain yang telah saya cuba. 




Terima kasih yang tak terhingga kepada semua, sebagaimana pengenalan blog iaitu 'sentuhan anugerah Ilahi 

pada diri untuk mereka yang menghargai'  . Terima Kasih kerana 

menghargai saya  dan menjadikan saya tidak 'sunyi'. Ada kala saya juga merasa patah semangat untk berblog, 

tetapi bila menerima pesanan dan pertanyaan terasa Azian Collections itu masih di 

perlukan....


Wednesday, July 20, 2011

5 TAHUN LA....



Assalamualaikum..

Hari ini tanggal 20 Julai merupakan tarikh ulangtahun kelahiran anak bongsu saya Lisa Qistina.

Telah lima tahun berlalu tetapi masih terbayang saat-saat kelahirannya. Bermula dari dalam kandungan saya 

menempuhi berbagai cabaran yang melibatkan emosi sehinggalah saat-saat kelahirannya. Hanya Allah yang 

tahu apa yang saya lalui .....

Hari ini juga sebenarnya saya kurang sihat. Berkejar ke CA untuk rawatan. Tetapi saya gagahkan juga 

membuat sedikit gift untuk teman-teman tadika Lisa. Sebelum ini dia asyik bertanya bila birthday Lisa kerana 

kawan-kawan silih berganti memberi Goddy Bag. Tak sampai hati pula saya nak mengecewakan dia...

Dah buat cupcakes dia asyik ajer nyanyi lagu 'happy birthday Lisa....' so bila nak nyanyi ramai-ramai kenalah 

ada kek besar.....Saya pun buatkanlah sebiji kek coklat yang ringkas ajer decornya....



Edible image ini saya tempah kat aishabiz edible images. Saya masukkan ke dalam muffin container dan 

letakkan di dalam goddy bag seperti di bawah  ni bersama coklat dan sebatang pensil cartoon.



Tengok tu... suka nyer dia....




Seronok nya Lisa sebab tiba pula giliran dia orang nyanyikan dan dapat potong kek....




Dengan bantuan guru kelas dapatlah  saya ambil gambar kegembiraan Lisa....


Terima kasih Teacher Yatie  class teacher Ibnu Khaldun yang banyak membantu....

Menurut sms yang di jawab oleh Teacher Yatie..."dia happy sangat tadi.."

Doa ibu semuga Lisa jadi seorang anak yang Solehah, Bistari, Murabbi dan Robbani....