Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

Thursday, December 29, 2016

Abuk Abuk...kuih tradisional....


Assalamualaikum..  Kuih legend ini memang penuh nostalgia..belajar membuatnya ketika saya mengambil subjek Sains Rumah Tangga kira kira 32 tahun yang lalu. Ketika itu masih terkial kial memasak...


Masih ada di dalam simpanan saya buku resepi itu . Tulis tangan lagi tu...memang ber'cinta' hendak menyalin kesemua resepi.
Rupa bukunya pun sudah cukup memperlihatkan usianya..Apa pun buku ini banyak membantu saya
sebagai rujukan untuk membuat kuih-muih dan lauk pauk tradisional.


Tak susah untuk membuatnya. Cuma bila buat kuih sebegini, gunakanlah bahan yg bermutu dan asli.
Baru naik dan 'kena' segala rasa. Saya lebih suka sagonya putih asli berbanding warna hijau..
Kalau buat untuk majlis keraian bolehlah sagonya itu di warnakan mengikut warna tema majlis...

Bab membungkus tu ramai yanag lemah semangat...hehe. Tak perlu susah hati...kita gulung aje daun pisang yang telah di layur (agar daun tidak mudah koyak) buat bentuk kon macam membungkus kacang kuda tu...
Jika untuk majlis lebih elok di buat lebih halus dan kecil. Secukup sekali suap sahaja..

BAHAN: 1 cawan sagu mata ikan. 3/4 cawan kelapa putih.Garam secukup rasa.                     Gula kabung/enau/nisan secukupnya.
Cuci dan rendam sago sebentar kira-kira 10-15 minit . Jangan terlalu menyentuh sagu kerana ia mudah rosak.Toskan di dalam tapisan. Parut gula melaka dan ketepikan. Gaul garam bersama kelapa secukup rasa masinnya. Masukkan sago dan gaul rata perlahan. Sementara itu panaskan air kukusan. Buat kelongsong daun pisang dan masukkan sago sehingga separuh kelongsong. Masukkan gula kabung dan ratakan. Tutup gula dengan sago. Tutup sago dengan melipat daun pisang dan sematkan dengan lidi.(pencungkil gigi belum guna)Ulang sehingga selesai. Kukus selama 30 minit,

    Jika mahu hasil yang enak...gunakan:-
a) Kelapa inti muda putih dikukur.
b) Gula kabung/enau/melaka/kerek
(pilih salah satu..)

Tuesday, December 17, 2013

Kroket Daging Lagi!


Assalamualaikum...
Ahlan wasahlan kepada mereka yang sudi singgah kat blog saya ni...Terima kasih kerana masih sudi menjenguk ya...
Musim cuti sekolah ni seperti biasalah kan anak-anak kira 'bayar hutang' kepada selera masing-masing..Yang pening si emak jugakkk! Pagi petang asyik memasak ...apatah lagi anak-anak yang sedang naik...Kalau yang remaja tu dah pandai ler nak berdiet!
Kadang-kadang tu si emak pulak kesiankan si anak tu...ya la selama ni duk asrama jarang dapat makan masakan emak.... jadi di waktu cuti-cuti ni ler nak bagi anak puas dengan masakan ibu...


Kroket Daging ni antara yang di gemari oleh anak-anak saya...Jadi kira ambil kesempatan juga cuti-cuti sekolah ni saya buat untuk makan-makan mereka dan stok frozen juga. Senang nanti bila dia orang nak, just defrost dan goreng aje.


Selalunya dalam resepi Kroket, kentang di gunakan sebagai bahan utama selain daging. Tapi yang saya buat ini menggunakan tepung. Jadi lain dari resepi biasa. Bila di gigit terasa garing di luar dan lembut dibahagian dalamnya dengan terasa 'kemanisan' daging bersama lada hitam. Lebih enak bila di saluti sos cili Thai..


Kali ini saya membuat sedikit penambahan dari apa yang selalu saya lakukan. Kira improvised version la ni...
Saya tambahkan sedikit sayur-sayuran seperti karot,cendawan dan daun bawang. Jadi Kuih Daging panggilan anak-anak saya kepada Kroket Daging ini tampak lebih meriah.


Bahan-bahan:- 300 gm daging cincang, 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, 2 cawan tepung gandum, 4 tbsp susu tepung, 1.5 litter air,1 senduk marjerine/butter, 3 biji telur, karot, daun bawang, dan 3 biji cendawan butang. bread crumb, putih telur (untuk coating) dan garam secukupnya,
Satukan tepung, telur,susu tepung, garam secukup rasa dan lada hitam. Bancuh dengan air dan kacau rata. Tapis dan ketepikan. Cincang atau tumbuk bawang putih. Potong dadu bawang besar dan cincang halus karot, cendawan dan daun bawang. Panaskan marjerine/butter dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan daging dan masak sehingga hampir  empuk. Taburkan juga sedikit serbuk lada putih dan masukkan pula bawang besar yang telah di potong dadu, karot, cendawan dan daun bawang. asak sebentar sehingga saemuanya agak layu. Kecilkan api dan curahkan campuran tepung ke dalam kuali. Pada ketika ini hendaklah selalu di kacau kerana tepung mudah/cepat likat.(mcm buat kastard jagung). Kacau sentiasa sehingga adunan pekat , berkilat dan tidak melekat pada kuali. Angkat dan biarkan suam. Bolehlah di bentuk mengikut citarasa sehingga habis adunan.Biarkan sejuk supaya mudah untuk di salut dengan bread crumb.(adunan agak lembik ketika panas). Celupkan kedalam putih telur yang telah di pukul sedikit kemudian salutkan dengan bread cumb. Simpan di dalam freezer jika untuk di buat stok atau goreng kekuningan di dalam minyak penuh dan bolehlah di hidang bersama cili sos atau tomato sos.

Saturday, June 8, 2013

Kuih Sago aka Bronok


Assalamualaikum wbr.
Timbul hari ini dengan warna merah yang menawan...hehehe.. 
Sememangnya saya begitu tertarik dengan kuih yang satu ini...warnanya berjaya memikat selera terutama anak-anak. Rata-rata anak-anak kat dalam rumah saya ini menggemari Kuih Sago ini. Rasa yang lemak-lemak dari kanji sago berganding lemak masin kelapa parut lebih-lebih lagi kelapa muda.... Itu yang tak sedar dua  tiga potong dah masuk kedalam mulut. Nak buat pun senang. Cuma kali ini saya try buat yang version kukus pula sebab tertarik bila tengok kat blog Tun Telani, sagonya semuanya jernih belaka...
Selalunya kalau buat version 'kacau' saja ada juga sago yang masih putih.


Sorry ya...kali ini mood nak 'beregek' di depan kamera dah hancuss... Lalu gambar pun kira begitulah rupanya di 'belakang tabir' tak da yang fake...semuanya benar belaka...hahaha...
Terpanggil untuk membuatnya bila anak keempat saya Imran berkata di MRSM Balik Pulau sering di sajikan dengan kuih ini bila tea time...Lepas ni tentu dia sering rindukan kuih ini memandangkan permohonan pertukaran maktab nya telah diluluskan... sedih sebenarnya nak pindah dan bagi yang nak memindahkan kerana dia juga saya dah 'syok' di situ...(sang ibu tak dapat lagi selalu makan best kat Penang huhuhu...) Tapi atas beberapa alasan terpaksa juga pergi ....


Suka saya melihat tekstur sago itu...sorryla ya... dengan kamera yang tidak secanggih mana tak dapat ler nak tunjuk rupa parasnya yang menawan tu dengan lebih jelas ya... kalau nak jelas kenalah buat sendiri....hihi.
Untuk resepi, saya ada buat sedikit tambahan...sikit ajer tau....Terima kasih Tun...akak catat semula kat sini ya..nanti senang nak buat lagi...dan dapat di jadikan rujukan untuk anak-anak nanti...

KUIH SAGO aka BRONOK
Sumber: TUN TELANI

BAHAN-BAHAN

1 cawan sago putih kecil
3 cawan air
3/4 cawan gula
(saya guna 1/4 cawan sbb sirap dah bergula)
pewarna merah
(saya bubuh 1/2 cawan sirap ros + 2-3 titik pewarna merah)
2 helai daun pandan
parutan kelapa muda/putih+ sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:-
Masak air bersama daun pandan, sirap, gula dan perwarna merah. Sementara itu masukkan sago dalam tapisan dan lalukan di bawah air paip. Tos kan sebentar sementara air sirap menggelegak. Masukkan sago dan kacau perlahan sehingga larutan agak pekat. Keluarkan daun pandan.
Masukkan sago kedalam loyang yang telah di gris dengan sedikit minyak masak. Masukkan kedalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Kukus selama 30 minit atau setelah sago bertukar jernih,
Sejukkan (masak pagi untuk di makan pada waktu petang). Potong mengikut citarasa dan golekkan di atas kelapa parut.



Friday, May 10, 2013

STEAM BUN/ KIKAKU XI BAN


 Semuanya bermula bila suatu ketika kami singgah makan di food court Sogo. Dalam banyak-banyak makanan, anak bongsu saya Lisa terpikat betul kat kuih berwarna pink tu. Di suruh pilih yang lain merajuk la pula dia. Akhirnya..belikan juga... Maka sejak dari itu saya pasti akan singgah untuk beli kuih pink yang seakan apam ini untuk di bawa pulang setiap kali pergi 'melawat' Sogo.


Puas juga saya mencari-cari resepinya tapi tak jumpa sebab tak tau nama sebenar kuih ini... Nak kata apam tak juga... nak kata pau pun tak juga...anak kedua saya kata "ibu kenapa pau ni tak ada inti...."
Entah macamana akhirnya saya terterjah kat blog ini...yummylittlecooks.com. Dan rasanya saya dah jumpa apa yang saya cari!
Patutlah ada rasa seperti apam kukus yang biasa tu kerana ia menggunakan yis tapi disebabkan penggunaan tepung pulut membuatkan ia berasa seakan sedikit 'lemak dan berat'.



Teksturnya yang gebu dan lembut walaupun dah sejuk.
Kebetulan kelapa parut putih ada dalam fridge (konon nak buat kuih kaswi ler..) bila cik abe kata kalau ada kelapa parut lebih sedap, saya pun apalagi kukuslah kejap kelapa dan taburkan atas kuih tu...
Sebenarnya kuih ini di makan begitu saja...


Bila balik dari sekolah Lisa cakap "macamana ibu tau buat kuih favorite saya ni..." satu-satu nya anak yang membahasakan dirinya 'saya' kepada semua....
Aduhai anak ku...kalau boleh ibu nak belajar semua jenis makanan kesukaan semua orang dalam rumah ni....


KIKAKU XI BAN/ STEAM BUN

BAHAN-BAHAN:-
250 gm tepung pulut
300 gm tepung gandum
150 gm gula kastor (tambah jika nak terasa lebih manis)
240 ml air (akak tambah 10 ml)
100 ml minyak masak
1 1/2 tsp yis kering
2-3 titik perwarna pink

CARA MEMBUAT:-

 Sapukan sedikit minyak pada permukaan loyang. Satukan pewarna pink bersama air. 
Satukan kesemua bahan dan adunkan adunan sehingga lembut dan berkilat. (Akak masukkan ke dalam mixer, Malas nak uli lama-lama...habis tenaga...huhuhu) Bila dah lembut dan agak berkilat, bahagikan doh sama rata. (akak timbang seberat 30 gm) Bulat-bulatkan dan letak di dalam loyang. Penyekkan sedikit supaya ia leper. 
Perapkan adunan yang telah di bentuk selama 1 jam. Tutup dengan plastik cling.( Akak letak tuala basah atas plastik cling dan jemur di tempat berbahang) Bila dah naik double kuih tu bolehlah dikukus di dalam kukusan yang telah di panaskan selama 15 minit. Angkat dan hidang panas.(taburkan kelapa parut jika suka)

# Akak tak lapik dengan daun pisang pun spt dalam resepi yang di beri sbb yg jual kat Sogo pun dia bolen gitu ajer....(kes daun pisang pun tak da)
# Akak buat 1/2 adunan pun dapat banyak...

Saturday, April 27, 2013

APAM INDONESIA


Assalamualaikum wbr...

Saya tertarik betul untuk mencuba Apam Indonesia ini yang satu ketika dulu pernah popular dikalangan blogger masakan. Teksturnya yang gebu memikat hati disamping mudah untuk membuatnya. 
Jika nak buat untuk kenduri kuih ini sesuai sekali. 
Tetapi saya ini tidak berminat mempelbagaikan rasa nya kerana saya agak kurang sedikit dengan rasa perisa tiruan yang selalunya mempunyai bau chemical. Hanya mempelbagaikan warna tidak pada rasa.


Saya pun dah terlalu kurang melakukan aktiviti membuat kuih muih dan kek. Jadi skill mencorak tu ada kureng sikit la...


Sekali pandang macam kek aje. Untuk minum petang bersama secawan teh-o panas.....


Ramai yang telah membuatnya maka resepi nya pun mudah di cari di google. Apapun saya gunakan resepi dari si cantik manis Dayang Jack. Terima kasih ya..... lama dah tak nampak cerita....

APAM INDONESIA

BAHAN-BAHAN

5 biji telur
1 tsp ovalette
1 tsp esen vanila
300 gm tepunng gandum
300 gm gula halus
250 ml santan
1/2 tsp baking powder
2 sudu besar minyak jagung/masak
sedikit garam
pewarna
2 tbsp serbuk koko/milo


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Panaskan kukusan. Sebaiknya penutup kukus di balut dengan kain maslin/kain biasa.
2.Sediakan loyang 9 inci. Griskan dengan sedikit minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper.
3. Ayak tepung bersama baking powder.
4.Satukan santan dan garam. Kacau rata.
5.Putar telur dan ovalette sehingga gebu dengan kelajuan yang tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di putar. Masukkan pula esen vanila.
6.Kaup balikkan pula tepung sedikit demi sedikit.berselang seli susu dan akhir sekali minyak.
(Saya putar dengan pemukul sebentar ketika semua adunan telah di masukkan.)
7. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian mengikut banyaknya warna yang di gunakan. 1 bahagian di campurkan koko powder dan di gaul rata. Yang lainnya di warnakan dengan warna pilihan.
8. Ratakan separuh dari adunan berkoko dan kukus selama lebih kurang 10 minit. 
9. Selang selikan warna pilihan yang lain seperti membuat marble cake dan kukus sehingga masak atau permukaan apam tidak lembik.
10. Akhir sekali ratakan lebihan adunan koko tadi dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
11. Angkat dan sejukkan sebelum di potong.

Sunday, September 23, 2012

TALAM BERLAUK


Saya pernah di hidangkan dengan kuih talam berlauk yang enak. Dengan warna kemerahan cili dan keenakan gandingan daging dan udang kering amat menambat selera. Rasa nya yang pedas pedas manis begitu sedap bila masuk ke dalam mulut. Puas mencari resepinya tapi tak jumpa-jumpa. Mungkin saya terpaksa bereksperimen untuk mendapat resepi seperti itu. Mungkin suatu waktu nanti, keluarga saya bakal-bakal makan kuih talam berlauk hari-hari sehingga eksperimen saya berjaya....hehehe.


Saya terpikat ingin mencuba resepi dari Spice Journey ketika melihat N3 mengenai Talam Berlauk resepi dari ibu mertuanya. Sebenarnya saya ni malas nak mencuba resepi kuih muih yang sebegini kerana anak-anak saya  tidak begitu menyukainya. 
Untuk bahagian bawahnya saya menggunakan sepenuhnya sukatan bahan dari Chahaya Sheila.Selalunya jika kita gunakan tepung beras untuk bahagian bawah, kuih akan menjadikan rasa lebih 'berat' berbanding tepung gandum. Kelembutan bahagian bawahnya amat penting bagi saya dan resepi tersebut memenuhi kehendak saya.
Kepada Chahaya Sheila..Terima kasih di atas perkongsian resepi. 


Bahagian atasnya pula saya lakukan sedikit penambahan. Jom kita tengok resepinya...

TALAM BERLAUK
Sumber: Spices Journey

BAHAN-BAHAN
BAHAGIAN BAWAH

300gm tepung gandum

5 cawan santan
(1 cwn santan pekat & 4 cawan air resepi SJ)

1 tsp serbuk lada sulah

1tsp gula

1 biji telur

2 tsp garam

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga bahan sebati. Tapis dan ketepikan sebanyak 1/4 cawan. Selebihnya tuang batter kedalam loyang yang telah di lapik dengan plastik dan di sapu sedikit minyak.

2. Masukkan kedalam kukusan yang telah di didihkan airnya terlebih dahulu. Kukus selama lebih kurang 15 minit. Tuangkan lauknya dan renjis-renjiskan dengan batter yang diketepikan tadi. Kukus semula sehingga masak sepenuhnya atau lebih kurang 30 minit (saya ikut tips yang diberi oleh Chef Asma, cukup 30 minit utk kukusan yang akhir)

3. Bila betul-betul sejuk boleh lah  di potong dahulu dan kemudian baru di taburkan dengan cili merah, daun bawang dan daun sup yang di hiris serta sedikit bawang goreng.


BAHAGIAN ATAS (LAUK)
BAHAN-BAHAN

Udang basah kecil 200- 300 gm

1 sudu besar udang kering
( di rendam cuci dan tumbuk halus)

8 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih
(saya letak lebih)

1 sudu rempah kurma

1 1/2 tbsp cili serbuk

2 biji cili merah

Daun sup dan daun bawang secukupnya

gula dan garam

Sedikit minyak sapi

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Bawang merah dan bawang putih di mayang .

2. Cincang halus cili merah, daun bawang dan daun sup. Ketepikan sedikit untuk di tabur ketika menghidang.

3. Goreng kedua-dua jenis bawang kekuningan. Angkat dan ketepikan.

4. Dengan menggunakan sedikit minyak menggoreng bawang dan di tambah dengan minyak sapi, gorengkan udang basah . Cukup sekadar ia kecut sedikit. Angkat dan ketepikan.

5. Masukkan pula udang kering tumbuk. Masak sebentar.Masukkan pula cili serbuk yang telah di cairkan dengan sedikit air dan juga serbuk kurma. Masak sehingga cili betul-betul masak atau naik minyaknya.
(jika perlu masukkan sedikit air dan masak sehingga agak kering)

6.Masukkan garam secukup rasa dan gula.(Perlu lebih sedikit biar 'terasa' manisnya) Kacau sebati.

7. Masukkan udang basah,cili merah dan bawang goreng. Gaul rata dan masukkan pula daun bawang dan daun sup. Gaul rata-rata dan angkat.

# Pada pendapat saya menggunakan udang menjadikan kuih talam berlauk lebih enak berbanding daging...


Wednesday, July 18, 2012

Lembutt Gitew Kastard Jagung....


Assalamualaikum.... bila makan kuih Kastard Jagung saya ni..... dok teringatkan kisah

 dulu-dulu waktu zaman remaja lah katakan...

Dulu-dulu dalam kelas saya boleh di kira berapa kerat ajer muslim....bila time buat jamuan tu maka saya lah

 yang kena ambik tender memasak. Kalau tak karang apa lah yang nak di makan dek cikgu-cikgu dan kami

 yang muslim ini. Setiap kali buat jamuan kuih Kastard ni mesti ada.... Bukan apa mudah dan 

murah....Jadi kira dah expert benorlah buat kuih Kastard ni sampai naik jemu nengok nya...

Tapi kadang-kadang teringin jugak tu...



Saya sebenarnya kurang suka sikit yang ada jagung sebiji-sebiji tu. Kalau dulu tak berani nak ubah resepi

 sedia ada takut tak jadi lah katakan. Tapi sekarang kalau buat saya pasti akan blend kan jagung tu dan

 tapis. Ada resepi yang guna susu cair, tapi bagi saya guna santan jugak yang sedap dan berkilat!

Sejuk dan lembut ajer bila masuk kedalam mulut...

Tak lama lagi kita akan berpuasa.. sesuai sangatlah... Buatnya pun senang dan hasilnya muai...bolehlah

kita hulur sepiring kepada jiran tetangga.



Tentu ramai yang pandai buat Kastard Jagung ni...

Kepada anak-anak yang baru nak belajar buat tu boleh la ikut resepi ni ya...Terutamanya kepada anak ibu

 yang suka sangat nak beli Kastard jagung ni bila nampak dijual di Bazar (pas tu tak makan habis sbb tak

 kick)....Nanti bolehla buat ramai-ramai kat rumah sewa ya...


KASTARD JAGUNG

BAHAN-BAHAN


1 Cawan tepung kastard

1 tin sweet cream corn

3 cawan santan 
(dari sebiji kelapa)

3/4 cawan gula

1/2 tsp garam

CARA MENYEDIAKAN:-

1.Sapukan loyang/acuan dengan sedikit minyak dan alas dengan plastik.

2. Kisar sweet corn dan tapis menggunakan tapis kasar.

3. Satukan kesemua bahan dan kacau rata.

4. Masak di atas api yang kecil dan kacau dengan sudu kayu sehingga agak likat/ meletup sekali dua wap panas. Tutup api dan kacau dengan whisk.

5. Tuangkan kedalam loyang dan dan hentak-hentakkan sedikit supaya rata.

6. Potong kuih dengan pisau plastik hanya apabila telah sejuk kerana teksturnya sangat lembut apabila masih panas.

# gunakan cawan yang sama untuk menyukat semua bahan.


Wednesday, May 23, 2012

Serimuka Pandan



Assalamualaikum wbh....

Rejab kembali lagi membuka tirai. Tentu ramai yang mengambil kesempatan mengaut nikmat yang Allah 

janjikan di bulan Rejab ini. Selain ber puasa amalan bersedekah juga amat baik di lakukan.

Rasa macam nak menyambut Ramadhan pun ada.....itulah yang saya rasakan....

Bila sebut pasal puasa tu tentulah agenda utama nya....berbuka apa?

Dan selalunya kita lebih sukakan yang manis-manis.

Apa kata kalau kita berbuka dengan Serimuka Pandan macam ni......




Ada berbagai resepi Serimuka ada di dalam simpanan saya. Tapi kali ni saya mencuba resepi dari seorang 

teman merangkap bloger masakan jugak la....

Resepi dari ibu mertuanya yang di kongsi bersama untuk di cuba...Itupun satu sedekah jugakan.....

Alhamdulillah.Semuga berpanjangan dan menjadi amal jariah......

Memang hasilnya amat memuaskan hati lebih-lebih lagi pulutnya saya guna pulut pandan dari Thailand 

pemberian seorang teman. Memang lembut, wangi dan putih bersih..

Untuk rujukan saya di kemudian hari, saya c/p dan panjangkan pula kepada pembaca di blog saya ini.

Dan terima kasih kepada Yan Nazila pemilik blog My Manis Mulut . Kalau nak sekodeng resepi lain 

bolehlah ke blog beliau ya.....


SERIMUKA PANDAN
Sumber: Yan nazila - My Manis Mulut

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan lapisan bawah

3 cawan beras pulut

21/2 cawan santan

2 camca garam


Cara-cara

1. Bersihkan beras pulut

2. Masukkan garam kedalam santan, kacau sampai garam larut

3. Masukkan santan kedalam pulut. Ratakan. Santan hendaklah sama rata atau cukup untuk menutupi pulut.

4. Kukus hingga masak.

5. Kemudian, tekan-tekan sedikit pulut yang telah siap dimasak ini.
( saya masukkan kedalam loyang lain yg beralas plastik)


Bahagian lapisan atas pulut. (boleh disediakan semasa pulut sedang dikukus)


Bahan-bahan

4 biji telur

11/2 cawan gula

4 camca besar tepung gandum
( jangan ratakan biar membumbung)

10 auns/280ml santan

10 auns/280 ml air pandan (6 helai daun pandan campur 1/2 camca kecil jintan manis)
( saya campurkan 4 helai pandan serani & skip pencelup)

sedikit pencelup hijau



Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.

2. Tapiskan.

3. Kacau sekejap diatas api sehingga naik wap. Jangan terlalu lama.

4. Kemudian tuangkan ke atas pulut tadi. Kukus semula sehingga masak.

Resipi ini elok dalam loyang segi empat 10" x 10".

Thursday, May 3, 2012

BADAK BERENDAM




Ini kes terliur melihatkan post dari anak saudara kat Facebook.... Memang kebetulan sungguh , inti kelapa 

bergula melaka yang saya beli ketika melawat kakak ipar saya di Kuala Pilah masih ada. Kelapa untuk di 

buat santan juga ada daun pandan pula ada kat belakang tu 2-3 pasu... cuma tepung pulut ajer yang tak da....

Namun sebab dah terliur sangat hingga dah terasa-rasa kat tekak ni...hehehe, rajin sungguhlah saya ni  

singgah ke kedai runcit berhampiran untuk membeli tepung pulut.... Nak kata apa....kalau dah nak tu...

semua bolehhhhhh...


Saya sukakan gandingan santan pekat, tepung pulut dan inti kelapa ....sungguh nikmat ...

tapi tak boleh makan selalu...

Kalau dulu ketika arwah kakak ipar saya masih ada , pasti ada juadah begini bila saya bertandang

 kerumahnya di Pasoh,Negeri Sembilan. Sungguh enak dan ada kelainan rasanya...dan sukar untuk 

menikmati hidangan se enak itu kini....


Tak payah guna daun bagai...rasanya sama ajer macam Kuih Koci , kegemaran anak bongsu saya 

Lisa...



Walau tidak dapat kelapa yang agak muda tapi saya minta kelapa yang paling muda yang ada kat kedai tu...

hehehe ...jadilah.....

Namun terasa puas sebab apa yang nak dah dapatttt....

Buat minum petang dengan secawan teh O.....tak terliur ker??????


KUIH BADAK BERENDAM

BAHAN-BAHAN

DOH

Tepung pulut secukupnya

air daun pandan
(daun pandan dikisar dengan sedikit air)

secubit garam

sedikit 1-2 sudu santan

inti kelapa secukupnya


KUAH SANTAN

Santan pekat secukup nya

sedikit garam 

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan tepung pulut, garam dan santan. Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga

adunan tidak melekat pada tangan/dinding mangkuk adunan.

2. Bahagikan adunan sama rata  sebesar bola golf.

3. Leperkan dan isikan inti kelapa. Bulat kan kembali. Susunkan di dalam loyang atau mangkuk tahan panas yang telah di sapu sedikit minyak masak.

4. Gaul rata pati santan dengan garam. Tuangkan kedalam loyang yang berisi doh tadi.

5. Kukus di dalam kukusan yang telah di didihkan airnya terlebih dahulu. Kukus sehingga doh masak atau lebih kurang 30 minit. Angkat dan sejukkan.



Saturday, February 18, 2012

SERIMUKA GULA MERAH



Satu lagi kuih traditional yang saya buat tempohari. Maaflah yer tinggal gambar ajer... 

Pepatah ada mengatakan orang memberi kita merasa dan si pemberi juga turut sama dapat merasakannya.

Terima kasih buat teman merangkap jiran yang vrooomm vrooommm ke Thailand tempohari. Balik ke sini 

dengan membawa ole-ole beras pulut pandan dan gula merah. Apalagi...kebetulan jiran saya itu dan 

keluarganya suka sangat makan kuih serimuka, maka saya pun buatlah serimuka gula merah ni.



Kali ni buat cara tradisional pula. Tiada masak naik wap dulu seperti yang sekarang ini diajar di kelas 

memasak. Baru-baru ini saya ada berbual dengan kakak bagaimana arwah emak menyukat kadar kepekatan batter.

Rugi benar rasanya kerana saya tak sempat mempelajarinya dari arwah emak. Beliau hanya menggunakan jari 

dan kadar kelekatan batter pada jari yang menentukan. Orang dah expert tentu mudah ya...kuih serimuka 

arwah memang selalu di cari ketika beliau berjual dulu  ... 




Kuih ni memang sedap. Pulutnya lembut ajer tetapi tidak lembik. Serikayanya pula sungguh sedap. Gula yang

 di bawa dari Thailand itu harum baunya...

SERIMUKA GULA MERAH

BAHAN-BAHAN

LAPISAN BAWAH

3 Cawan beras pulut
(cuci dan rendam semalaman)

2 1/2 cawan santan cair
(perahan kedua dari sebiji kelapa)

1 tsp garam

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Panaskan kukusan.

2. Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang.

3.Satukan garam dan santan cair. Tuang kedalam pulut separas permukaan pulut.

4. Kukus sehingga pulut masak.

5. Sediakan sebuah loyang lain dan alas dengan plastik. Sapukan sedikit minyak masak.

6. Masukkan pulut dan ratakan sambil menekan pulut sehingga mampat.

7. Taburkan sedikit tepung gandum pada permukaan pulut.

8. Masukkan kedalam kukusan dan tuangkan perlahan-lahan lapisan atas. Tahan adunan batter dengan sudu semasa menuang batter di permukaan pulut.

9. Kukus sehingga masak atau selama lebih kurang 30 minit.

10. Sejukan sebelum dipotong dengan pisau plastik.

BAHAN LAPISAN ATAS

1 1/4 cawan santan pekat.

1 cawan air

4 keping gula merah leper

1/2 cawan gula pasir
(tinggalkan jika mahu kurang manis)

2 helai daun pandan

5 tbsp tepung gandum

3/4 tbsp tepung ubi


4 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak gula pasir, gula merah dan daun pandan bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan sebentar.

2. Satukan kedua-dua jenis tepung dan gaul bersama santan dan garam.

3. Tuangkan air gula dan kacau rata.

4. Pecahkan telur dan gaul rata.

5. Tapis dan curahkan ke atas pulut.

Nota: batter boleh juga di pukul dengan mixer atau dikisar di dalam blender supaya rata.

Ikatkan kain maslin pada tutup kukusan supaya air tidak menitik.