N3 terakhir untuk tahun 2010. Projek untuk menghabiskan stok Cream Cheese yang telah saya beli di BWY
tempohari. Kebetulan masih ada lagi Strawberry filling di dalam fridge. Maka terhasillah Strawberry Cheese
Tart untuk makan-makan anak-anak di rumah. Semuga segala yang pahit yang saya lalui di tahun 2010
akan hilang dek kemanisan tart strawberry ni .Terlalu banyak kenangan yang agak kurang memuaskan telah
berlaku sepanjang tahun 2010. Antaranya peristiwa beg tangan Coach kesayangan saya yang di beli oleh
seorang teman di USA telah diragut di hadapan rumah membawa pergi juga sebuah kamera yang sering saya
gunakan untuk mengambil gambar masakan saya.
Tahun ini juga telah mengheret saya menjadi seorang yang harus bersabar menghadapi kerenah dan sikap
insan yang mula menonjolkan 'true colour' dengan kata-kata dan perbuatan. Menerima akan apa jua seadanya....
Semuga semuanya akan menjadikan saya lebih tabah dan cekal bukan kerana kita akan meraikan New Year tetapi esok tanggal 1111 adalah
merupakan tarikh yang amat bermakna buat saya.....
STRAWBERRY CHEESE TART
BAHAN-BAHAN
100 gm butter
220 gm tepung SPF
1 biji telur gred B
35 gm gula kastor
secubit kecil baking powder
1 tbsp powder milk
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Putar sebentar butter dan gula. Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati.
2.Masukkan tepung yg telah di ayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan uli cepat supaya butter
tidak mencair oleh kepanasan tapak tangan.
3. Tekan-tekankan adunan di dalam acuan tart dan kemaskan dgn pisau/spatula permukaannya.
4. Bakar 160-C selama 10-15 mengikut oven masing-masing.
CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN
250 gm Cream Cheese
( philladelpia/tatura)
1 biji telur
20 gm whipped cream
20 gm butter
CARA MEMBUAT:-
1. Putar semua adunan hingga kembang.
2. Masukkan cream kedalam piping beg dan picitkan sedikit di dasar tart shell.
3. Picitkan pula Strawberry filling dan tutup filling dengan Cream Cheese.
4. Bakar sehingga cream agak naik membulat permukaannya.
3 comments:
salam kak...semoga berlalu yg pahit semua tu yer..dan yg manis mudah2an bakal berlaku...bestnya org tu nyer besday esok semua nombor 1.hehee..happy besday kak..advance skit jer..hehe
Thanks Sue...muah muah muah....
salam, kak azian, sy dh buat puding trifle mcm kak azian, tapi .ihihhi.sudi2 bertandang la ke blog sy ye, tgk pudingnye, dh berkuah jadinye...uhhuuh
Post a Comment