Tuesday, February 2, 2010

FRUIT TARTLET







Sekian lama aku berhasrat untuk mencuba membuat Fruit Tartlet. Selalunya dessert yang cantik molek ini

 sering menjadi pilihanku apabila berbuka puasa secara buffet di hotel. Sebenarnya aku yakin mampu

membuatnya tetapi biasalah sesuatu itu tidak akan terjadi jika kita tidak 'memaksa' diri untuk memulakanya.

Petang Ahad lalu sewaktu pulang kerumah orang tuaku, aku mengajak anak-anak saudaraku bersama

membuat Fruit Tartlet. Bukan apa sekadar buat bising-bising di rumah emak dan abah agar mereka tidak

sunyi dan rasa terhibur dengan keletah dan kerenah anak cucunya. Maka terhasillah fruit tarlet bertatahkan

buah peach. Sewaktu pulang aku ada membawa lebihan kastard dan kebetulan masih ada tersimpan

pastrinya dirumah yang ku buat tempohari, lalu akupun menghiaskanya pula dengan buah-buahan segar yang

ada di dalam peti sejuk. Cuma hari dah malam dan stok clear jelly aku tiada maka tidak berkilatlah buah-

buahan ku itu. Tidak dapat kuingati blog siapa yang telah ku intai kerana ada beberapa yang telah  

kulayari . Dan ini hasil dari tokok tambah ku....

BAHAN-BAHAN

445 gm tepung gandum

1 Bar butter
( separuh keras)

80 gm gula aising

2 Biji telur (AA)
1 Sudu teh esen vanila

 CARA :

1. Satukan tepung dan  gula aising. Potong-potong kecil butter dan masukkan ke dalam campuran tepung. Gunakan cara gaul ramas . Gaul butter dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Kacau sedikit telur bersama esen vanila dan masukkan kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.

3. Griskan  acuan dengan sedikit butter. Padatkan adunan  dengan jari  dan ratakan bahagian atasnya dengan belakang pisau.

4. Bakar selama15-20 minit dalam kepanasan 160'C mengikut oven masing-masing. Angkat dan sejukkan.


BAHAN KASTARD

180 gm gula halus

300 gm susu cair

150 gm tepung kastard

450 gm air

1 biji telur

Secubit garam

1 Sudu teh esen vanila


CARA

Campur kesemua bahan di atas dan masak di atas api kecil . Kacau sentiasa supaya tidak berketul. 
Sejukkan.


HIASAN

Buah-buahan pilihan
(strawberry, anggur, kiwi,orange etc)

Clear jelly

- Paipkan kastard ke dalam pastri, Susun potongan buah dan sapukan clear jelly .



4 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Kak...ur fruit tartlet looks delicious lor! ;)

Dahlia Nawi said...

best nye..tart telur pun best gak

AZIAN said...

Love, tq.....dah ada order dah....hehehe...

Dahlia, Salam.Next time nak try buat egg tart pulak...

HALAMANKU said...

Salam kak Azian syeedapnyer... ngah demam2 cam selera tgk buah2tu.. tak pandai n tak tau buat.. t boleh tgk resepi akak... buat kemudian yg penting nak mkn dulu