Sekian lama aku berhasrat untuk mencuba membuat Fruit Tartlet. Selalunya dessert yang cantik molek ini
sering menjadi pilihanku apabila berbuka puasa secara buffet di hotel. Sebenarnya aku yakin mampu
membuatnya tetapi biasalah sesuatu itu tidak akan terjadi jika kita tidak 'memaksa' diri untuk memulakanya.
Petang Ahad lalu sewaktu pulang kerumah orang tuaku, aku mengajak anak-anak saudaraku bersama
membuat Fruit Tartlet. Bukan apa sekadar buat bising-bising di rumah emak dan abah agar mereka tidak
sunyi dan rasa terhibur dengan keletah dan kerenah anak cucunya. Maka terhasillah fruit tarlet bertatahkan
buah peach. Sewaktu pulang aku ada membawa lebihan kastard dan kebetulan masih ada tersimpan
pastrinya dirumah yang ku buat tempohari, lalu akupun menghiaskanya pula dengan buah-buahan segar yang
ada di dalam peti sejuk. Cuma hari dah malam dan stok clear jelly aku tiada maka tidak berkilatlah buah-
buahan ku itu. Tidak dapat kuingati blog siapa yang telah ku intai kerana ada beberapa yang telah
kulayari . Dan ini hasil dari tokok tambah ku....
BAHAN-BAHAN
445 gm tepung gandum
1 Bar butter
( separuh keras)
80 gm gula aising
2 Biji telur (AA)
1 Sudu teh esen vanila
CARA :
1. Satukan tepung dan gula aising. Potong-potong kecil butter dan masukkan ke dalam campuran tepung. Gunakan cara gaul ramas . Gaul butter dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Kacau sedikit telur bersama esen vanila dan masukkan kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
3. Griskan acuan dengan sedikit butter. Padatkan adunan dengan jari dan ratakan bahagian atasnya dengan belakang pisau.
4. Bakar selama15-20 minit dalam kepanasan 160'C mengikut oven masing-masing. Angkat dan sejukkan.
BAHAN KASTARD
180 gm gula halus
300 gm susu cair
150 gm tepung kastard
450 gm air
1 biji telur
Secubit garam
1 Sudu teh esen vanila
CARA
Campur kesemua bahan di atas dan masak di atas api kecil . Kacau sentiasa supaya tidak berketul.
Sejukkan.
HIASAN
Buah-buahan pilihan
(strawberry, anggur, kiwi,orange etc)
Clear jelly
- Paipkan kastard ke dalam pastri, Susun potongan buah dan sapukan clear jelly .
4 comments:
Hi Kak...ur fruit tartlet looks delicious lor! ;)
best nye..tart telur pun best gak
Love, tq.....dah ada order dah....hehehe...
Dahlia, Salam.Next time nak try buat egg tart pulak...
Salam kak Azian syeedapnyer... ngah demam2 cam selera tgk buah2tu.. tak pandai n tak tau buat.. t boleh tgk resepi akak... buat kemudian yg penting nak mkn dulu
Post a Comment