Ini adalah percubaan kali pertama setelah lebih sebulan aku mempelajarinya. Sejak akhir-akhir ini jadual harian ku agak begitu ketat. Lantaran itu kesihatan aku juga agak kurang memuaskan sejak akhir-akhir ini. Hari ini kebetulan ada sedikit waktu terluang sepulangnya aku dari menghadiri mesyuarat PIBG SKPBP2 . Suamiku mencadangkan aku mencuba resepi Cream Puff yang telah pelajari kerana aku tidak perlu memasak hidangan tengahari hari ini. Semuanya dia yang masak iaitu di kedai.....hehehehe......
Anak-anakku sememangnya menyukai Cream Puff terutamanya Beard Papa . Nampak gayanya kenalah aku mencari resepi ala-ala Beard Papa pula kerana anak-anak bertanya yang version Beard Papa ibu tahu buat tak? Apapun kita cuba satu persatu dulu and try to modify apa yang patut.... Ada sesiapa yang punya resepi Cream Puff ala-ala Beard Papa? Jom kita share.........Layan dulu Cream Puff ala Azian yea.....
BAHAN-BAHAN
130 gm Tepung Serbaguna
1/2 sudu teh Garam
100 gm Butter
2 biji Telur (Gred A)
250 ml Air
CARA:
1. Mentega, Garam, Air disatukan dalam periuk dan dimasak hingga mendidih.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga menjadi doh. Kacau cepat2.
3. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam mixer dan putar hingga sejuk.
4. Masukkan telur satu persatu, teruskan kacau.
5. Adunan tadi diisi ke dalam piping bag dan dipaip menggunakan nozzle star.
6. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 170'C sehingga masak (atau sehingga kilat2 pada permukaan puff tadi hilang)
KASTARD
500 ml susu segar
25 gm Tepung Jagung
25 gm tepung kastard
100 gm Gula Castor
2 bji Kuning Telur
1 sudu teh Esen Vanila
CARA
Semua bahan tadi dicampur bersama , tapis . Didihkan sambil dikacau dengan cepat sehingga likat. Angkat dan sejukkan.
2 comments:
salam azian..akak sehat..memang sedap..anak-anak akak pun suka juga.
Ibu, nanti kakak balik, ibu buat cream puff tau!
Post a Comment