Thursday, July 11, 2013

Dalca


Assalamualaikum wbr..Ramadhan telah memasuki hari kedua. Para ibu pasti tidak terlepas dari memikirkan nak masak apa untuk juadah iftar petang nanti. Kalau nak senang pergi aje ke pasar ramadhan...kira juadah tunjuk aje la...Tetapi bagi saya lebih gemar masak sendiri kerana beberapa faktor. Memiliki ahli keluarga yang ramai amat lah tidak berbaloi untuk juadah tunjuk ini selain rasanya yang agak kurang memenuhi citarasa. Lain kalau kita dah biasa dengan penjual tu....Selagi boleh, masaklah sendiri sesekali boleh lah  tunjuk tunjuk....


Salah satu yang sering saya masak ketika ramadhan ialah Dalca. Bukan apa...boleh di pelbagaikan!dan tak perlu masak sayur lain lagi kerana di dalam dalca telah ada berbagai jenis sayur! Dalca juga lebih elok di masak awal untuk mendapatkan rasa yang sebati...Selain di buat lauk untuk nasi ia juga boleh di makan bersama roti jala, roti canai atau pun roti biasa. 


Sedap di makan bersama nasi minyak...kalau rajin perapkan ayam berempah semalaman dan goreng ketika nak makan pada waktu sahur atau berbuka. Ayam berempah lebih ummppphhh jika di perap lama...
amat sesuai untuk mereka yang tak punya banyak masa.

DALCA 

BAHAN-BAHAN

Ayam
(saya ambil bahagian kepak,leher, kaki.& bahagian yg byk tulang)

1 peket rempah kari daging babas

1 peket rempah penumis

2 sudu besar cili kisar

segenggam kacang dal
(rebus empuk)

5 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1 tangkai daun kari

1 mangkuk kecil santan 

2 sudu besar pati asam jawa

sebiji terung

2 biji kentang
(potong 4)

1 biji cili merah

1 biji cili hijau

2 tangkai kacang panjang

1 batang kecil karot

1 biji tomato

CARA MEMASAK:-

Kisar bahan yang bertanda *.  Patah-patahkan kacang panjang , Buang biji cili merah dan hijau serta potong mengikut suka. Begitu juga dengan karot,tomato dan terung. Ketepikan.Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah penumis, daun kari dan bahan kisar. Masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula cili kisar dan rempah babas yang telah di cairkan.Masak sambil di kacar selalu sehingga rempah pecah minyak. Pastikan rempah tidak hangus kerana ia akan mengakibatkan kuah tidak sedap. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata dan masak sebentar supaya air ayam keluar. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih sambil di kacau. Masukkan pula kacang dal, kacang panjang dan terung, Masak sehingga kentang empuk/lembut. Apabila kentang telah empuk masukkan pula cili merah dan hijau, karot,tomato, asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih atau kuah agak pekat sambil di kacau sekaali sekala.


5 comments:

inahar ali said...

salam ramadhan wat yan sekeluarga..masak apa utk buka rini? akak buka kt klinik jer..ciankan!

Ayu said...

Assalam Azian, salam ramadan buat azian & famliy ya..
dalca ayam, memang my kids suka..sebab dia tak pedas..memang sesuai digandingkan dengan nasi berperisa....

mama sara nur @ Cik Nor said...

Salam ramadhan
Dalca sedap digandingkan dgn nasi minyak dan ayam
Kenduri kawen baru merasa ni

Unknown said...

Azian bg idea nk masak sabtu ni, kwn nk dtg buka dirumah. Ok jg kan...tak payah nk goreng2 sayur lain. T. Kasih:-)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam..
rasanya tak pernah masak dalca dibulan puasa ni.. suami suka juga makan kuah dhal.. tp versi dhal yg biasa mamak masak utk mkn roti canai tu.. kalau dalca ni nak kena ada ayam atau daging kan.. baru sedap..