Monday, January 31, 2011

Daging Masak Kicap Berempah


Anak-anak sudah mula bercuti CNY. Hari pula asyik hujan sahaja sejak kelmarin. Tentulah suasana sejuk 

sahaja. Stok daging masih ada satu tupperware di dalam freezer. Pastinya saya akan masak hidangan 

kegemaran anak-anak saya . Salah satu yang dah agak lama saya lupakan iaitu Daging Masak Kicap 

Berempah. Pasti anak-anak saya berselera makan lebih-lebih lagi dalam cuaca yang sejuk -sejuk gini . 

Tentulah lapar memanjang!

                                                                                                                                                            -BAHAN-BAHAN

1 kilo daging 

4 -6 biji bawang merah*

3-4 Ulas bawang putih*

2 Biji bawang besar
(1 biji- potong bulat)
(1biji- Blend dgn bwg merah)

1 Inci halia*

1/2 Peket rempah kari daging*
(saya guna cap Babas)

2 Sudu Cili kisar*
(tambah jika nak pedas)

Kicap

1 Biji tomato
(belah 4)

2 Biji kentang
(potong wedges -goreng)

1 Sudu sos tiram

1 kiub ayam

Rempah penumis
(pelaga, kayu manis, bunga lawang)

CARA MEMASAK

1. Potong daging nipis-nipis, cuci dan toskan.

2. Rebus hingga empuk.

3. Blender bahan bertanda *.

4.  Tumis rempah penumis. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik bau/ garing.

5.Masukkan sos tiram,kiub ayam dan kicap. Gaul rata.

6. Masukkan daging yang telah empuk bersama air rebusan sekali dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan masak hingga pekat.

7.Garam tidak perlu kerana kicap dan kiub ayam telah masin.

8. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah di potong bulat-bulat(suka hati) dan tomato .Masak hanya sebentar supaya bawang kekal ranggup. Angkat.




4 comments:

Cendana Kasih said...

waaa...sedapnyer daging kicap..kita suka..baru tadi beli daging...esok boleh buat :)

Nieza said...

sedap ni...kalau mkn sure bertambah nasi ni..:)

cikmanggis said...

salam azian.Lama tak singgah kat dapur azian ni.Apa khabar? tentu sibuk bila anak anak dah mula bercuti.Sibuk kat dapur ..tapi seronok bila apa yang dimasak licin:)

Siti Fairuz said...

Salam.guna kicap masin ke?