Sunday, February 5, 2012

MASAK LEMAK PISANG MUDA


Assalamualaikum..... Bercuti kita hari ini bersama keluarga pada hari ahad dan bersempena kita meraikan 

hari kelahiran Nabi Muhammad saw ataupun Maulidur Rasul. 

Selain mengambil kesempatan  bercuti ke destinasi pilihan, pasti  ramai yang berkumpul seisi keluarga .

Saya adalah di antaranya, masih tidak betah hendak bercuti jauh dari rumah memandangkan kesihatan bapa 

saya yang tidak mengizinkan.  Walaupun tidak tinggal bersama tetapi saya lebih selesa tidak kemana-mana 

dan bergerak ketempat yang dekat-dekat aje. 




Apa yang nak di masak bila dah ramai-ramai tu? Sekali sekala kita masak masakan kampung memang sedap...

Tambahan pula hari ini hari Ahad, banyak pasar tani yang ada, jadi bolehlah kita membeli sayur-sayuran 

kampung. Apa kata kita beli pisang muda dan kita masak lemak cili api. Kita masak pula Ayam Goreng 

Bawang , Sambal sotong dan Bendi Goreng Belacan. Tu semua idea menu dari blog saya ni...semua 

resepinya ada..klik ajer kat nama masakan tu ya....

Masa saya beli pisang tu, anak saya dok tanya kenapa ibu beli pisang yang tak masak lagi?

Budak-budak sekarang dah tak biasa makan benda-benda begitu, jadi kita lah yang sepatutnya masak dan 

kenalkan kepada mereka. Cuma terpulang kepada selera mereka kena ke tidak....





Masak Lemak Pisang Muda ni saya guna rencah ikan bilis ajer. bila nak siang pisang tu, kenalah sediakan air 

garam. Siatkan kulit pisang besar-besar dan potong pisang mengikut suka. Jangan buang kulitnya ya. Kita 

masak dia sekali. Rendamkan semuanya dalam air garam supaya tak lebam/hitam. Opst lupa pulak, selalunya 

kita guna pisang lemak manis yang muda lagi tu ya...Tapi kali ni saya beli kat kampung maka dapatlah pisang 

hutan yang memang utk dibuat gulai.

Celurkan dulu sebentar pisang dan kulitnya tadi dan toskan. Pastu masaklah seperti biasa.....


MASAK LEMAK PISANG MUDA

BAHAN-BAHAN

Sesikat pisang muda

1 biji kelapa parut

segenggam kecil ikan bilis

1 inci kunyit hidup

10-15 biji cili padi
(ikut suka)

3 batang serai

1 keping asam gelugur

garam secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Siang,celur dan toskan pisang.

2. Tumbuk kunyit hidup dan cili api sehingga benar-benar lumat.

3.Perah kelapa parut dan ambil santan yang pekat saja. ( 1 mangkuk)

4.Satukan santan, ikan bilis, serai yang telah di titik dan bahan yang ditumbuk. Didihkan di atas api sambil kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. 

5. Apabila mula mendidih masukkan pisang yang telah di celur sebentar tadi dan juga garam secukup rasa.
Masak hingga kuah agak pekat dan angkat.

# Masak lemak pisang muda lebih enak jika di masak pekat-pekat.


3 comments:

mama sara nur said...

Salam Maulidur Rasul

lama tak makan masak lemak pisang muda ni, sedap kan, kalau kat kg kenduri kecil2 mesti ada masak ni emmmm sedapnye makan dgn nasi panas dan ikan masin he he

KakAsma said...

Azian,
waa akak suka tul lauk pisang nih...kalau maska ratah pisang ajer..tapi akak kalau masak suka letak tetelan..

Daddy Zuki said...

masa kecik2 dulu arwah mak selalu masak pisang lemak muda mcm ni...masa tu pokok2 pisang ada di sekeliling umah. skrg umah tu dah terbiar begitu saja. sedih tul..