Monday, June 8, 2009

AYAM GORENG BAWANG


Resepi kali ini memang menjadi kegemaran kami seisi keluarga. Amat mudah untuk di sediakan .Ia amat ummph di nikmati jika di gandingkan dengan masak lemak pucuk paku atau masak lemak kacang dengan udang. Apatah lagi jika dimakan bersama nasi panas.
BAHAN-BAHAN
1 Ekor ayam
15 Biji cili api
(tambah jika suka pedas)
10 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
Gula dan garam
CARA MEMASAK :
1. Ayam di potong kecil-kecil . Bersihkan dan di lumur bersama garam dan kunyit. Goreng garing.
2. Tumbuk cili bersama bawang merah dan putih hingga agak lumat.
3. Tumis bahan yang di tumbuk sehingga agak garing. Masukkan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
4. Masukkan ayam kedalam kuali. Perlahan kan api. Gaul rata ayam dan angkat.
NOTA: Gunakan lebih sedikit minyak ketika menumis.
Toskan minyak dari ayam ketika menghidang supaya ayam tidak terlalu berminyak.

3 comments:

Anonymous said...

Yan, kalau blend bawang tu boleh jadi sedap mcm yg kau buat hari tu tak?

AZIAN DAUD said...

Cik Kak yg mana satu ni ye?
Boleh juga tapi kena bubuh bawang goreng sikit baru ummpphhh....

wise said...

org bujang mcm saya ni blh buat rasanya