Assalamualaikum..
Hari ini tanggal 20 Julai merupakan tarikh ulangtahun kelahiran anak bongsu saya Lisa Qistina.
Telah lima tahun berlalu tetapi masih terbayang saat-saat kelahirannya. Bermula dari dalam kandungan saya
menempuhi berbagai cabaran yang melibatkan emosi sehinggalah saat-saat kelahirannya. Hanya Allah yang
tahu apa yang saya lalui .....
Hari ini juga sebenarnya saya kurang sihat. Berkejar ke CA untuk rawatan. Tetapi saya gagahkan juga
membuat sedikit gift untuk teman-teman tadika Lisa. Sebelum ini dia asyik bertanya bila birthday Lisa kerana
kawan-kawan silih berganti memberi Goddy Bag. Tak sampai hati pula saya nak mengecewakan dia...
Dah buat cupcakes dia asyik ajer nyanyi lagu 'happy birthday Lisa....' so bila nak nyanyi ramai-ramai kenalah
ada kek besar.....Saya pun buatkanlah sebiji kek coklat yang ringkas ajer decornya....
Edible image ini saya tempah kat aishabiz edible images. Saya masukkan ke dalam muffin container dan
letakkan di dalam goddy bag seperti di bawah ni bersama coklat dan sebatang pensil cartoon.
Tengok tu... suka nyer dia....
Seronok nya Lisa sebab tiba pula giliran dia orang nyanyikan dan dapat potong kek....
Dengan bantuan guru kelas dapatlah saya ambil gambar kegembiraan Lisa....
Terima kasih Teacher Yatie class teacher Ibnu Khaldun yang banyak membantu....
Menurut sms yang di jawab oleh Teacher Yatie..."dia happy sangat tadi.."
Doa ibu semuga Lisa jadi seorang anak yang Solehah, Bistari, Murabbi dan Robbani....
3 comments:
Salam Puan,
tahniah ibu mithasli, semoga puan cepat sembuh dan sihat, InsyaAllah.
SeLamat hari Jadi buat Lisa....semoga menjadi anak solehah berjaya di dunia dan akhirat..
Wkmsalam CikguZam.
Tkasih di atas doa cikgu.
TintaCyber,
Tq atas ucapan itu...amin,amin,amin....
Tq Kak Ham... Lain kali boleh sambut sama-sama Lisa....
Post a Comment