Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan.



Semakin hampir detik Ramadhan menjelma. Maghrib nanti akan bermulalah bulan baru yang kita 

nanti-nantikan dengan pelbagai tanggapan mengenainya.

Ada yang menantikannya dengan mempersiapkan diri mengumpul tenaga untuk menggapai segala 

keistimewaan dan peluang pahala yang di limpahkan tak kurang juga yang menantikan nya dengan 

menyeneraikan turutan senarai hotel mana  atau restoran mana yang mengadakan bufet  ramadhan juga 

mengunjungi bazar-bazar ramadhan.

Semuanya kita ingin dan rasai. Cuma segalanya perlulah berpada-pada....

Selamat melalui bulan Ramadhan Al Mubarak dengan sempurna dan bersederhana.

Kepada pengunjung Azian Collections yang saya sayangi dan semua kenalan di alam maya ini, ampun maaf saya pohon . Manalah tau ada yang

 tersentuh hati ker...terkasar bahasa ker...kita seringkali kali tidak menyedari akan itu. Semuga Ramadhan 

kali ini begitu 'INDAH' buat anda....

Ramadhan pertama tanpa ibu menjadi kan saya begitu sebak di saat ini. Tiada lagi yang akan menalifon saya

 bertanyakan bila nak balik berbuka bersama...Arghhh...terlalu rindu akan semua itu. Al Fatihah untuk ibu

 saya yang tersayang...

Kepada semua yang masih ada ibu dan keluarga...ambillah peluang berbuka beramai-ramai yang mana ianya

 sangat-sangat menyukakan hati seorang ibu dan ayah.....


Saya punya sebuah keluarga yang agak besar. Seramai lima orang anak dan suami yang punya citarasa

berbeza. Yang manis manis ni selalu nya pilihan saya dan anak-anak. Ini adalah antara manisan yang sering

 saya buat ketika ramadhan. (Semua yg dalam gambar ada resepinya di dalam blog ini)



Dan yang ini pula sering jadi request dari my habibi....terutamanya yang kanan atas tu...huhuhu.
Mesti buat punya!



Nasi Tomato, saya selalunya masak bila agak kurang cergas....hehehe. Senang ajo...masak nasi dengan Ayam Masak Merah..Siap! 





Yang bawah tu...sudah pasti...ya la nak membuka selera anak-anak....


Ni semua kesukaan anak-anak....Sumi Jelly Cocktail owh yummy....Tembikai Laici sungguh nyaman (bila ramadhan, tembikai kat Tesco murah) dan

air nenas ala Kluang Station.. sedappp!

Apapun ini lah yang bakal-bakal jadi menu hidangan saya pada bulan ramadhan kali ini...

Selamat berpuasa... Jangan lupa baca niat sebulan ramadhan malam nanti ya....


Dan niat ini jangan lupa baca tiap-tiap malam.....




8 comments:

Gee® said...

Salam Ramdhan juga buat Azian & family... cantek gambar

Sofea said...

Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..

dZana said...

aslmkum azian.. sudah berderet menu2 kegemaran bbuka puasa nanti.. mmg seronok n meriah bila dpt berbuka dgn anak2 kan.. kesempatan ini akk ucapkan selamat myambut ramdhan almubarak.. smga kita sama2 boleh keberkatan amin.

makcikmanggis said...

salam Ramadhan yang penuh keberkatan buat Azian seisi keluarga..

Azlita Aziz said...

Assalamualaikum kak Yan..

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa dari ita buat kak yan dan keluarga.

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberiakn keberkatan pada kak Yan dan keluarga , diberikan kesihatan yg baik supaya dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran..

Semua menu yang sangat menyelerakan untuk di cuba sepanjang Ramadhan..
Selamat berpuasa ^_^

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak yan.Selamat menyambut bulan Ramadahan & slmt berpuasa kpd kak yan sekluarga.

inahar ali said...

salam ramadhan gak wat yan sekeluarga ye! mmg berderet menu2 bulan pose yg wajib buat kan..hehe!

Wani SK said...

salam singgah2 sini .. banyaknya menu menarik... semuanya menyelerakan... untuk menu buka puasa... SELAMAT BERPUASA BUAT KAK AZIAN DAN FAMILY ... :)))