Sunday, September 18, 2011

dah 3 tahun rupanya...



Assalamualaikum..

Diam tak diam rupanya dah 3 tahun azian collections ini berada di internet...Walaupun tidak se gah blog-blog 

masakan yang lain namun saya berbangga kerana dapat membantu mereka yang singgah.....

Memang sejak dari awal kewujudan ia adalah sekadar untuk membantu anak saya yang pada ketika itu mula 

bercadang memohon menyertai pertukaran pelajar ke luar negara. Alhamdulillah anak saya terpilih dan 

Azian Collections

 juga terus bertahan sehingga ke hari ini. Tak sangka pula ada yang singgah meninggalkan pesanan malah 

mengikutinya.....Ini semua memberikan suatu 

galakan dan sebagai peransang untuk saya mengupdate N3.

Seboleh mungkin saya ingin berikan yang terbaik apatah lagi ianya merupakan suatu rujukan tentang masakan 

kepada anak-anak saya terutamanya. Seboleh mungkin saya cuba mengupload resepi saya sendiri tetapi 

adakalanya saya masukkan juga resepi blogger lain yang telah saya cuba. 




Terima kasih yang tak terhingga kepada semua, sebagaimana pengenalan blog iaitu 'sentuhan anugerah Ilahi 

pada diri untuk mereka yang menghargai'  . Terima Kasih kerana 

menghargai saya  dan menjadikan saya tidak 'sunyi'. Ada kala saya juga merasa patah semangat untk berblog, 

tetapi bila menerima pesanan dan pertanyaan terasa Azian Collections itu masih di 

perlukan....


10 comments:

inahar ali said...

salam aidilfitri & maaf zahir batin buat yan ye..tahniah utk blog aniversary ke 3 thn ni..moga sentiasa aktif berkongsi resipi yg hebat2 belaka! muaahh..

kzai said...

salam azian..
slmt menyambut ulang tahun ke 3 berblog..semoga brtmbah bersemangat memaparkan resepi2 yg terhangat....

mamanajmi said...

Selamat Hari Ulangtahun ketiga Azian Collections! Sama besaq dgn anak sy yg bongsu, Najmi heheh....

Terima kasih atas segala perkongsian ilmu, hanya Allah yg dpt membalasnya...

Kjee said...

Salam Azian. Tahniah kerana sudah 3 tahun menjadi blogger. Kjee sendiri tidak pasti samada mampu bertahan selama itu. Belum sampai setahun dah mula rasa lemas.
Semoga terus berkarya dan Salam Lebaran dari Kjee.

Gee® said...

Waaaaa...hepi besday Azian Collection... jgn lupa buat kek 3 tingkat ek...

azian said...

Selamat hariraya maaf zahir batin jg utk Kak Ina...
Terima kasih atas ucapan dan InsyaAllah akan terus berblogging...

azian said...

Terima kasih Kzai....InsaAllah...

azian said...

Tkasih mamanajmi kerana sudi menjengok dan memberi peransang....
Memang klu seorg bdk tu 3 tahun dah besar dan tgh byk keletahnya....

azian said...

terima kasih Kjee, memang akan timbul pelbagai perasaan apabila menceburi arena berblogging ni...
Semuga kita dpt menempuhi semua itu....

azian said...

tkasih Gee® .kek 3 tingkat ?hehehe...nanti-nanti lah....