Sunday, August 8, 2010

IKAN PARI BAKAR AIR ASAM


(abaikan tarikh tersebut silap setting pd camera)

Di Tesco tempohari Kak Yan sempat membeli ikan pari putih dan bercadang membakarnya.

Sekembali dari Tesco terus sahaja memerap ikan tersebut untuk di bakar pada waktu malam kerana semua 

ahli keluarga akan bersama untuk makan malam. Selalunya Kak Yan membakar di luar menggunakan arang 

tetapi hari ini hanya menggunakan 'grill pan' sahaja. Hasilnya memuaskan hati dan lebih baik dari yang dibakar 

di atas arang cuma tiada bau asap arang sahaja.

Kalau nak sedap gunalah ikan terubuk ke, ikan merah ke, cencaru ....kalau guna ikan pari putih isinya halus 

dan tiada banyak tulang.Untuk keluarga Kak Yan yang ramai budak-budak kecil ni sesuaiiiiii.......

Selalunya Kak Yan hanya melumurkan bawang putih dan garam yang ditumbuk untuk memerapnya. Kali ini 

ditambah pula dengan sedikit cili merah, bawang merah dan sedikit air asam jawa yang ditumbuk bersama.



(abaikan tarikh tersebut.silap setting pd camera)


Ikan bakar ni sedap dicicah dengan air asam. Kalau di rumah Kak Yan ni, selalu gunakan resepi air asam biras 

Kak Yan , Kak Ani. Siapa yang telah merasa tahulah bagaimana. Dan selalunya kalau dikalangan jiran apabila 

membuat BBQ, Kak Yan lah yang jadi 'tukang' buat air asam. Kalau nak cuba jom kita tengok resepinya. 

Buat untuk berbuka pun sedap..... 


AIR ASAM

BAHAN_BAHAN

4 biji cili merah*

4 biji cili api*
(tambah jika suka pedas)

1 biji bawang besar*

1 Biji tomato*

1 1/2 inci belacan bakar*

garam, gula secukup rasa

3 biji limau kasturi

1 Biji limau nipis

1 cawan air masak + 1 sudu  asam jawa*

Hirisan cili merah/api , tomato dan bawang #.

CARA MENYEDIAKAN

1. Kisar bahan yang bertanda*.

2. Perahkan kedua-dua jenis limau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan hirisan #. Gaul sebati.


Nota: Tiada lg aku kau dlm N3 seterusnya...hihihi tampil sopan gitu.....





1 comment:

indahhouse said...

salam ramadhan kak azian,
yum yum... masa kecik2 abah saya slalu bakar ikan pari. cecah budu.. ahaks. tapi dah besar ni, saya suka air asam pulak. laparnya..