Wednesday, July 21, 2010

GELEDAH DAPUR RAMADHAN - BEN ASHAARI



Pertama kali aku menyertai aktiviti bersama Ben Ashaari , pemuda yang berusaha mengumpulkan pelbagai 

aktiviti blogger agar ianya dapat di sebar dan di panjangkan. Syabas Ben! Teruja untuk menyertainya kerana 

aku juga sering kebuntuan untuk menyediakan juadah ketika Ramadhan.

Tauhu Anura merupakan makanan yang menjadi 'speciality' ku. Teman-teman dan keluarga sering meminta 

untuk ku menyediakan masakan itu . Ketika Ramadhan ianya merupakan juadah yang begitu tepat sekali 

Pertama kali menikmatinya dijual di pasar Ramadhan Melawati dengan harga 50 sen sekeping. Tetapi masuk 

tahun seterusnya ianya di jual dengan harga rm 1 sekeping.Tentu tidak cukup jika sekadar lima keping untuk 

keluargaku. Kerana sukakan rasanya dan ingin puas makan aku cuba bertanya kepada 

si penjual tetapi hanya senyuman saja yang ku perolehi. Satu cabaran untuk ku lalu aku membelinya kerap untuk 

mempelajari 'rasa'nya. Beberapa kali mencuba akhirnya aku memperolehinya dan di iktiraf oleh suami, keluarga , 

nbor dan teman-teman .Akhirnya ianya menjadi seakan 'trademark' keluargaku!

Kepada teman-teman blogger atau pengunjung laman sesawang ku, cubalah Tauhu Anura...pasti nak lagi.....!






2 comments:

Cikgu Zam said...

Oh Ramadhan, saya rindu sama kamu.....

Azian Nd said...

Ramai yg rindukan nya ...