HAPPY BIRTHDAY LISA!
Tanggal 20 Julai 2010 semalam merupakan tarikh hari kelahiran anak bongsuku Lisa Qistina yang ke 4.
Memang aku merancang tidak mahu mengadakan sebarang majlis kerana kami tidak cukup "korum'. Anak
sulongku Ashiqin tidak dapat bersama memandangkan semalam merupakan hari bersekolah/bekerja.
Bangun pagi aje Lisa telah berkata "nak bday kek". Kesian pula di hati lalu aku keluarkan butter dari peti
sejuk. Sebenarnya aku tidak berapa sihat, tekanan darah ku agak tinggi di waktu ini.Mungkin kerana tidak
sehat dan penat menunggu anak ke 3 ku yang masuk wad di hospital hari sebelumnya.
Lisa juga tidak mahu ketinggalan membantu membuat 'kek nya'. Anak ku ini dari kecil lagi telah menunjukkan
minat sama seperti aku. Sentiasa aku doakan untuk Lisa dan anak-anak ku yang lain semuga menjadi seorang
insan yang soleha/soleh dan berjaya di dunia dan akhirat serta tidak melupakan aku sebagai ibunya.
Akhirnya petang semalam aku berjaya juga menghasilkan sebiji Moist Chocolate Cake yang di
hias ringkas. Kebetulan ada stok collatta chocolate berwarna pink lalu aku pun jadikanlah ia sebagai topping.
Gembira sungguh Lisa bila tengok kek untuknya itu. asyik asyik sebut "bday kek"......
Kami sekeluarga hanya meraikannya di luar. Seronok sungguh Lisa apalagi bila 'angah' nya memberi hadiah.
Kek yang tidak pernah di tolak oleh anak-anak ku. Moist Chocolate cake yang sering ku buat setiap kali ada
sesuatu majlis di rumah ku. Yang pasti ia mudah dan cepat siap tetapi hasilnya tidak pernah mengecewakan!
6 comments:
happy birthday lisa! :)
Happy Belated Birthday Lisa..Moga membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam peliharaannya....Amin!
Happy Belated Birthday Lisa...
- Semoga membesar dengan sihat dan bijak
- Semoga menjadi anak yang menyenang dan menggembirakan hati kedua ibubapa dgn ape2 sahaja..
Happy Birthday to Lisa... mana resepi ni?
Salam,
Tq frenz for the wishes....
Hayati, saya dah link kan resepi kat nama kek tu. Jika tak boleh layar bahagian kek. tq.
happy bday lisa..semoga sihat-sihat selalu.Besok bday mak cikmanggis huhu dah tua:(
Post a Comment