Saturday, July 24, 2010

APAM TEPUNG BERAS



Apam Tepung Beras merupakan kuih tradisional yang menjadi kegemaran anak-anak. Jika dulu ianya terhad  

kepada warna putih sahaja kini ianya di pelbagaikan.Ini merupakan faktor utama mengapa kanak-kanak 

menyukainya dan ianya juga sering menjadi kudap-kudapan ketika rewang majlis kenduri.

Tapai pulut yang kubuat tempohari masih berbaki. Masing-masing sudah hilang minat untuk menghabiskannya . 
Selalunya aku menggunakan tapai nasi tetapi baru-baru ini aku mendapat info mengatakan menggunakan tapai 

pulut juga menghasilkan tekstur apam yang cantik.

Malam tadi aku sempat memeram adunan apam untuk di jadikan sarapan pagi ini selain Nasi Ambeng yang 

ku beli di Pasar Tani MAHA di tapak Expo Mardi, Serdang.


APAM TEPUNG BERAS

Sumber: Azian Collections.

BAHAN-BAHAN

1/2 Peket tepung beras
(cap teratai)

1 1/2 Cawan air

3/4 Cawan tapai pulut

1 Peket Eno (biru)

1/2 cawan gula halus


CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan kecualu Eno dan tapis. 

2. Perap campuran tersebut didalam bekas semalaman.

3. Panaskan air kukusan.

4. Taburkan Eno dan bahagi samarata untuk diwarnakan mengikut pilihan warna yang di kehendaki.


5.Masukkan campuran separas 3/4 acuan kuih lompang .Kukus selama 10 -15.

6. Setelah masak keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa parut bergaram yang telah dikukus sebentar.



2 comments:

izahdaut said...

kak azian..nampak lembut betul apam tuh..lembut n gebu..saya suka apam mcm nih, tapi try buat tak pernah jadi..agaknya nak kena tangan jugak buat apam ni...

Azian Nd said...

ya lah izah...mula2 dulu tak jadi tapi ikut ckp kawan akak guna tepung baras cap teratai.Alhamdulillah jadi....