Monday, August 24, 2009

TAUHU ANURA




Nama itu agak asing bagi yang belum menikmatinya. Tetapi bagi jiran-jiran, teman-teman dan

mereka yang mengenaliku dan pernah merasakannya pasti akan menyukainya. Yang pasti ada

yang tidak makan tauhu tetapi makan masakanku ini.Malah menggemarinya. Itulah juadah yang

seringkali ditanya apabila aku mengadakan majlis dirumah. Pasti tiada yang menolak malah ada

yang meminta untuk aku membuatnya. Gabungan tauhu dan kuahnya yang masam-masam

manis dapat membuka selera .

Asalnya resepi ini hanya di jual di pasar ramadan. Apabila kucuba risik-risik resepinya, penjual

tidak mahu berkongsi. Kerana amat digemari oleh kami sekeluarga lalu aku mengambil inisiatif

sendiri dengan membelinya selalu dan cuba meneliti rasanya. Kucuba beberapa kali lalu

akhirnya mendapat kepastian dari suami mengatakan bahawa rasanya tidak jauh

berbeza.Selalu memasaknya membuatkan Tauhu Anura telah amat sinonim dengan diriku.

Kepada yang sering bertanyakan resepinya akhirnya dapat juga ku 'upload' di N3 kali ini apabila

Tauhu Anura menjadi antara juadah berbuka buat kami sekeluarga pada ramadhan pertama.

BAHAN-BAHAN

Tauhu Kering

Kentang

Frozen mix vegetable

3 ulas bawang putih

3 Sudu besar cili kisar

5 Sudu sos cili

Air Asam jawa

Gula

2 biji telur.

CARA MEMBUAT.

1. Kupas kentang dan potong dadu.

2. Rebus kentang hingga empuk. Apabila kering air masukkan mix vegetable dan sedikit garam.

Biar sejuk dan sumbat kedalam tauhu. Goreng tauhu bersalut telur hingga garing.

3. Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.

Masukkan sos cili dan air asam jawa. Masukkan juga gula dan garam.

4. Jika sos tidak pekat, tambahkan sedikit larutan tepung jagung .

5. Taburkan bawang goreng untuk mendapat rasa yang timbul dari gabungan kuah

dan tauhu.





4 comments:

wanayusuf said...

Saya tak pernah makan lagi tauhu anura ni... tapi saya pernah dengar tentang nya.... bila tengok je resepi tauhu ni kat umah azian...saya dah dapat bayangkan kesedapan dan keenakannya!!! izin copy resepinya ya!! nak try buatlah...

azian said...

Salam Wana, silakan lah...bila dah buat rasa sendiri baru tau...

Misty said...

Salam Azian,

Syukur sangat jumpa your blog and tauhu anura's resepi. Sis link your entry on tauhu anura to my blog since my friends nak tau and teringin nak rasa, apparently dorang tak pernah makan. Sis memang suka sangat makan tauhu anura nie bila time puasa. Nanti nak try buat and I will let you know what is the outcome.

Thank you,

Sis Misty

azian said...

Terima kasih Misty kerana menghargai usaha saya ini...Tak ramai yg'nampak' blog saya ini. Apapun selamat mencuba resepi Tauhu Anura tu ya...