Thursday, June 23, 2011

TELUR MASAK KURMA BERKERISIK


Assalamualaikum...

Semasa saya di kedai barangan basah berhampiran, bertegur sapalah saya

dengan seorang kakak ni.

Dia menegur saya dengan bertanya nak masak apa hari ini. Lalu saya katakan tak

tau lagi. Nak tengok-tengok dulu apa yang ada di kedai itu. Lalu dia memberi idea

masak kurma telur pun sedap. Anak-anak suka kan nya.

Pada ketika itu saya hanya membeli ayam dan beberapa keperluan lain.Apabila tiba di rumah teringat semula saranan kakak tadi.

Saya terus merebus telur kerana di fikiran saya dah melekat nak masak Kurma telur. 

Beginilah cara yang selalu saya guna untuk memasak  kurma.






KURMA TELUR BERKERISIK

BAHAN-BAHAN

6 Biji telur rebus

1 peket rempah kurma

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 Inci halia

1 biji limau nipis

2 cawan santan

2 tbsp kerisik

serbuk lada hitam

kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkih.

1 labu bawang besar
(potong 4)

cili merah, cili hijau

tomato

CARA MEMASAK:-

1. Hiris 2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih dan separuh dari halia.

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia yang selebihnya hingga lumat.

3. Tumis bahan penumis dan bahan-bahan yang dihiris sehingga kekuningan.masukkan bahan yang ditumbuk halus dan masak sehingga naik bau.

4. Masukkan serbuk rempah yang telah di cairkan.

5.Perlahankan api ,kacau selalu dan masak sehingga naik minyak.

6. Masukkan santan dan masak sehingga santan menggelegak sambil di kacau perlahan-lahan.Masukkan pula kerisik. Gaul rata.

7. Taburkan sedikit lada hitam dan garam secukup rasa. Masukkan telur rebus yang telah di kupas kulitnya dan masak lagi hingga kuah agak pekat.

8. Masukkan cili merah dan hijau yang di belah dua, bawang besar dan tomato yang di belah 4.

9. Perah kan limau gaul rata dan angkat.
  




1 comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak yan..Apa kabar?lama xjenguk akak atie yg sorang nih!hihi.nampak sedap telor di masak kurma..nanti atie bwk nasi yer..ngeee