Selamat sejahtera... Sejak akhir-akhir ini saya kerap membuat Egg Benjo. Selalunya untuk sarapan pagi.
Ianya bermula pada suatu hari saya tiada idea nak buat sarapan apa.Kebetulan masih ada berbaki 3 biji roti burger tetapi saya pula kehabisan stok daging nya.
Lalu teringat pula akan egg benjo yang selalu dijual di gerai burger pada waktu malam tu.
Maka saya pun buatlah Egg Benjo. Saya potong dua sebiji egg benjo dan saya bekalkan separuh seorang kepada anak saya ke sekolah dan selebih nya mereka makan di dalam kereta kerana pagi itu mereka agak lewat.
Sekembalinya dari sekolah anak-anak saya meminta di buatkan lagi Egg Benjo. Bermula dari itu selalulah saya membuat egg benjo. Memang bagus untuk sarapan pagi .
EGG BENJO
BAHAN-BAHAN
Roti burger
telur
lada hitam
seasoning
daun salad, apple, bawang besar
mayonise & sos cili + sos lada hitam
CARA MENYEDIAKAN:-
1.Belah dua roti burger, sapukan butter dan grillkan diatas kuali leper/grill pan sebentar.
2. Letak acuan bulat(untuk benjo) di atas kuali leper panas dan letak sedikit planta. Pecah kan telur di dalamnya (api harus lah perlahan)
3. Percikkan sedikit seasoning dan serbuk lada hitam di atas telur yang masih cair . Tutup permukaan atas telur dan biarkan sebentar. Setelah permukaan telur agak keras, lekangkan tepi telur dari acuan dengan pisau.
Angkat .
4. Susun kan daun salad, apple yang dihiris dan bawang besar yang di potong bulat-bulat. Letakkan telur dan paipkan mayonise serta sos cili yang di campur sedikit sos lada hitam.
No comments:
Post a Comment