Saturday, November 13, 2010

KUIH OPAH @ KUIH GULUNG



(gambar kurang memuaskan dari h/p)

Salam. Pagi ni kami sekeluarga bersarapan dengan Kuih Opah dan Chicken Pie. Tentu tertanya ya mengapa pula kuih opah? Ada cerita sebenarnya di sebalik nama kuih tersebut. 

Dulu-dulu ketika anak saya masih kecil ibu saya berniaga kuih muih. So kadangkala saya pulang menjenguk,  

anak-anak boleh memilih macam-macam kuih yang tersedia di atas meja. Penuh satu meja...dan yang paling 

diminati ialah kuih gulung ni...

Satu hari ketika dirumah sendiri anak saya merengek nak kan kuih opah. Puas saya meneka kuih apa kerana 

tak terfikir pula kuih yang di maksudkan kuih gulung. Jadi bila balik kerumah emak dan nampak kuih gulung tu 

maka terjeritlah dia kata haaa...ni lah kuih opah (panggilan untuk emak saya) sampai kehari ini anak-anak dah 

dewasa pun tetap memanggil dan mengenali kuih gulung dengan nama kuih opah. Saya pun cukup suka 

dengan kuih gulung yang di buat oleh emak...cukup halus, lembab, berbau pandan yang terasa manisnya bila 

di kunyah.....

Kebetulan di dalam peti sejuk ada inti kelapa muda yang saya buat tempohari dan istimewanya kelapa muda 

ini di sagat oleh suami tersayang kerana saya kurang mahir menggunakan penyagat itu. Memang enak 

ditambah pula saya menggunakan gula enau dari Kuala Pilah yang saya beli sewaktu memenuhi jemputan 

kenduri kahwin.

KUIH OPAH @ KUIH GULUNG

BAHAN-BAHAN

400 gm tepung gandum

1 biji telur

3 cawan air daun pandan
(saya blend dgn pandan serani)
ditambah jika bater pekat.

secubit garam.

CARA MENYEDIAKAN

1. Satukan semua bahan di dalam blender dan kisar rata.

2. Perapkan sebentar (20-30 minit) untuk bater lembut/halus.

3. Lengserkan kuali dgn sedikit minyak(saya sapu minyak guna daun pandan)
Tuangkan sesenduk kecil bater ditengah kuali dan lenggangkan kuali tersebut perlahan-lahan supaya menjadi lempeng yang bulat.

4. Angkat apabila bahagian tepi permukaan lempeng itu kering dan terangkat sedikit.

5. Letak inti di permukaan bawah lempeng dan lipat kiri kanan nya dan gulung kemas.

6. Ulangi proses hingga selesai.



INTI KELAPA

BAHAN-BAHAN

2 biji kelapa muda
( kukur/sagat)

2 keping gula enau

2 helai daun pandan

Secubit garam

CARA MENYEDIAKAN

1. Masak gula enau/melaka dengan sedikit air dan daun pandan yang disimpulkan hingga gula hancur.Tapis.

2. Masukkan semula  air gula kedalam kuali dan masukkan secubit garam.

3. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Masak hingga agak kering. Angkat dan sejukkan.




No comments: