Saya pernah di hidangkan dengan kuih talam berlauk yang enak. Dengan warna kemerahan cili dan keenakan gandingan daging dan udang kering amat menambat selera. Rasa nya yang pedas pedas manis begitu sedap bila masuk ke dalam mulut. Puas mencari resepinya tapi tak jumpa-jumpa. Mungkin saya terpaksa bereksperimen untuk mendapat resepi seperti itu. Mungkin suatu waktu nanti, keluarga saya bakal-bakal makan kuih talam berlauk hari-hari sehingga eksperimen saya berjaya....hehehe.
Saya terpikat ingin mencuba resepi dari Spice Journey ketika melihat N3 mengenai Talam Berlauk resepi dari ibu mertuanya. Sebenarnya saya ni malas nak mencuba resepi kuih muih yang sebegini kerana anak-anak saya tidak begitu menyukainya.
Untuk bahagian bawahnya saya menggunakan sepenuhnya sukatan bahan dari Chahaya Sheila.Selalunya jika kita gunakan tepung beras untuk bahagian bawah, kuih akan menjadikan rasa lebih 'berat' berbanding tepung gandum. Kelembutan bahagian bawahnya amat penting bagi saya dan resepi tersebut memenuhi kehendak saya.
Kepada Chahaya Sheila..Terima kasih di atas perkongsian resepi.
Bahagian atasnya pula saya lakukan sedikit penambahan. Jom kita tengok resepinya...
TALAM BERLAUK
Sumber: Spices Journey
BAHAN-BAHAN
BAHAGIAN BAWAH
300gm tepung gandum
5 cawan santan
(1 cwn santan pekat & 4 cawan air resepi SJ)
1 tsp serbuk lada sulah
1tsp gula
1 biji telur
2 tsp garam
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga bahan sebati. Tapis dan ketepikan sebanyak 1/4 cawan. Selebihnya tuang batter kedalam loyang yang telah di lapik dengan plastik dan di sapu sedikit minyak.
2. Masukkan kedalam kukusan yang telah di didihkan airnya terlebih dahulu. Kukus selama lebih kurang 15 minit. Tuangkan lauknya dan renjis-renjiskan dengan batter yang diketepikan tadi. Kukus semula sehingga masak sepenuhnya atau lebih kurang 30 minit (saya ikut tips yang diberi oleh Chef Asma, cukup 30 minit utk kukusan yang akhir)
3. Bila betul-betul sejuk boleh lah di potong dahulu dan kemudian baru di taburkan dengan cili merah, daun bawang dan daun sup yang di hiris serta sedikit bawang goreng.
BAHAGIAN ATAS (LAUK)
BAHAN-BAHAN
Udang basah kecil 200- 300 gm
1 sudu besar udang kering
( di rendam cuci dan tumbuk halus)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(saya letak lebih)
1 sudu rempah kurma
1 1/2 tbsp cili serbuk
2 biji cili merah
Daun sup dan daun bawang secukupnya
gula dan garam
Sedikit minyak sapi
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Bawang merah dan bawang putih di mayang .
2. Cincang halus cili merah, daun bawang dan daun sup. Ketepikan sedikit untuk di tabur ketika menghidang.
3. Goreng kedua-dua jenis bawang kekuningan. Angkat dan ketepikan.
4. Dengan menggunakan sedikit minyak menggoreng bawang dan di tambah dengan minyak sapi, gorengkan udang basah . Cukup sekadar ia kecut sedikit. Angkat dan ketepikan.
5. Masukkan pula udang kering tumbuk. Masak sebentar.Masukkan pula cili serbuk yang telah di cairkan dengan sedikit air dan juga serbuk kurma. Masak sehingga cili betul-betul masak atau naik minyaknya.
(jika perlu masukkan sedikit air dan masak sehingga agak kering)
6.Masukkan garam secukup rasa dan gula.(Perlu lebih sedikit biar 'terasa' manisnya) Kacau sebati.
7. Masukkan udang basah,cili merah dan bawang goreng. Gaul rata dan masukkan pula daun bawang dan daun sup. Gaul rata-rata dan angkat.
# Pada pendapat saya menggunakan udang menjadikan kuih talam berlauk lebih enak berbanding daging...
9 comments:
assalam
talam berlauk, menyelerakan rajin k.Azian membuatnya
tak penah makan hu hu terukkan sy
salam kak hemm kuih kegemaran ank2 ni sy pun suka....rajin akk buat...ingat cuti2 minggu dpn nak try lahhh...tetliuq di buatnya heee
salam kak....rajin akk menalam...kuih kegemaran ank2 saya...saya pun suka kuih ni..ingat minggu dpn cuti nak buat lah,,,terliuq negok :-)
enaknya kak...pepagi dah ada talam, dapat 2-3 potong conpom puas hati
memang sedap betul ni...nak mintak sikit la..
oh ya,terima kasih sudi singgah n follow dapur Rahel...dah follow gak blog awak.
Ellerinize sağlık, çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.
Saygılar..
Tq Azian..
suke-suke-suke =)
Nak tanya untuk sukatan resepi ini Puan guna loyang saiz berapa inci.
Post a Comment