Assalamualaikum wbh....
Rejab kembali lagi membuka tirai. Tentu ramai yang mengambil kesempatan mengaut nikmat yang Allah
janjikan di bulan Rejab ini. Selain ber puasa amalan bersedekah juga amat baik di lakukan.
Rasa macam nak menyambut Ramadhan pun ada.....itulah yang saya rasakan....
Bila sebut pasal puasa tu tentulah agenda utama nya....berbuka apa?
Dan selalunya kita lebih sukakan yang manis-manis.
Apa kata kalau kita berbuka dengan Serimuka Pandan macam ni......
Ada berbagai resepi Serimuka ada di dalam simpanan saya. Tapi kali ni saya mencuba resepi dari seorang
teman merangkap bloger masakan jugak la....
Resepi dari ibu mertuanya yang di kongsi bersama untuk di cuba...Itupun satu sedekah jugakan.....
Alhamdulillah.Semuga berpanjangan dan menjadi amal jariah......
Memang hasilnya amat memuaskan hati lebih-lebih lagi pulutnya saya guna pulut pandan dari Thailand
pemberian seorang teman. Memang lembut, wangi dan putih bersih..
Untuk rujukan saya di kemudian hari, saya c/p dan panjangkan pula kepada pembaca di blog saya ini.
Dan terima kasih kepada Yan Nazila pemilik blog My Manis Mulut . Kalau nak sekodeng resepi lain
bolehlah ke blog beliau ya.....
SERIMUKA PANDAN
Sumber: Yan nazila - My Manis Mulut
BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan lapisan bawah
3 cawan beras pulut
21/2 cawan santan
2 camca garam
Cara-cara
1. Bersihkan beras pulut
2. Masukkan garam kedalam santan, kacau sampai garam larut
3. Masukkan santan kedalam pulut. Ratakan. Santan hendaklah sama rata atau cukup untuk menutupi pulut.
4. Kukus hingga masak.
5. Kemudian, tekan-tekan sedikit pulut yang telah siap dimasak ini.
( saya masukkan kedalam loyang lain yg beralas plastik)
Bahagian lapisan atas pulut. (boleh disediakan semasa pulut sedang dikukus)
Bahan-bahan
4 biji telur
11/2 cawan gula
4 camca besar tepung gandum
( jangan ratakan biar membumbung)
10 auns/280ml santan
10 auns/280 ml air pandan (6 helai daun pandan campur 1/2 camca kecil jintan manis)
( saya campurkan 4 helai pandan serani & skip pencelup)
sedikit pencelup hijau
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Tapiskan.
3. Kacau sekejap diatas api sehingga naik wap. Jangan terlalu lama.
4. Kemudian tuangkan ke atas pulut tadi. Kukus semula sehingga masak.
Resipi ini elok dalam loyang segi empat 10" x 10".
12 comments:
Salam Azian, sedapnya seri muka tu... k.gee pon baru jer buat serimuka pulut hitam... memang sedap kan... lemak manis gitu... yummy!
salam kak azian.. emmp bestnya kalau dapat..salah satu kuih kegemaran saya dan anak2.
Salam Kak Azian.. selamat berpuasa.. wahh kuih serimuka ni memang nampak berseri-seri.. nampak lain resipinya.. mesti lebih enak dan wangi... kecur dah ni...
kak yan sangat cantik colournya walaupun tak de pewarna,saya dah tanam pandan serani hehhehe kadang2 lupa nak guna
salam kak yan
color hijau tue cantik jew kan..kita x reti btl wt kuih nie..h ehehe nnt nk cuba jgk la kak:)
cantik kejadiannya kak...
Gee, ramai betul peminat serimuka ya...kuih tradisional memang secukup rasa....
Zana, tkasih singgah sini ya....
Shariah, Selamat berpuasa. Resepi ini memang ada kelainan sikit. Cubalah....
Chik Mimi, dah tanam pandan serani ya...memang cantik klu gunakan pewarna ori ni. Naik kalor nya....
Zila,tu la...memang cantik kalor hijau campuran daun pandan dan pandan serani tu.Ehhh...kena cuba buat, nanti baru reti...
Terima kasih Rohah....
Post a Comment