Saturday, June 8, 2013

Kuih Sago aka Bronok


Assalamualaikum wbr.
Timbul hari ini dengan warna merah yang menawan...hehehe.. 
Sememangnya saya begitu tertarik dengan kuih yang satu ini...warnanya berjaya memikat selera terutama anak-anak. Rata-rata anak-anak kat dalam rumah saya ini menggemari Kuih Sago ini. Rasa yang lemak-lemak dari kanji sago berganding lemak masin kelapa parut lebih-lebih lagi kelapa muda.... Itu yang tak sedar dua  tiga potong dah masuk kedalam mulut. Nak buat pun senang. Cuma kali ini saya try buat yang version kukus pula sebab tertarik bila tengok kat blog Tun Telani, sagonya semuanya jernih belaka...
Selalunya kalau buat version 'kacau' saja ada juga sago yang masih putih.


Sorry ya...kali ini mood nak 'beregek' di depan kamera dah hancuss... Lalu gambar pun kira begitulah rupanya di 'belakang tabir' tak da yang fake...semuanya benar belaka...hahaha...
Terpanggil untuk membuatnya bila anak keempat saya Imran berkata di MRSM Balik Pulau sering di sajikan dengan kuih ini bila tea time...Lepas ni tentu dia sering rindukan kuih ini memandangkan permohonan pertukaran maktab nya telah diluluskan... sedih sebenarnya nak pindah dan bagi yang nak memindahkan kerana dia juga saya dah 'syok' di situ...(sang ibu tak dapat lagi selalu makan best kat Penang huhuhu...) Tapi atas beberapa alasan terpaksa juga pergi ....


Suka saya melihat tekstur sago itu...sorryla ya... dengan kamera yang tidak secanggih mana tak dapat ler nak tunjuk rupa parasnya yang menawan tu dengan lebih jelas ya... kalau nak jelas kenalah buat sendiri....hihi.
Untuk resepi, saya ada buat sedikit tambahan...sikit ajer tau....Terima kasih Tun...akak catat semula kat sini ya..nanti senang nak buat lagi...dan dapat di jadikan rujukan untuk anak-anak nanti...

KUIH SAGO aka BRONOK
Sumber: TUN TELANI

BAHAN-BAHAN

1 cawan sago putih kecil
3 cawan air
3/4 cawan gula
(saya guna 1/4 cawan sbb sirap dah bergula)
pewarna merah
(saya bubuh 1/2 cawan sirap ros + 2-3 titik pewarna merah)
2 helai daun pandan
parutan kelapa muda/putih+ sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:-
Masak air bersama daun pandan, sirap, gula dan perwarna merah. Sementara itu masukkan sago dalam tapisan dan lalukan di bawah air paip. Tos kan sebentar sementara air sirap menggelegak. Masukkan sago dan kacau perlahan sehingga larutan agak pekat. Keluarkan daun pandan.
Masukkan sago kedalam loyang yang telah di gris dengan sedikit minyak masak. Masukkan kedalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Kukus selama 30 minit atau setelah sago bertukar jernih,
Sejukkan (masak pagi untuk di makan pada waktu petang). Potong mengikut citarasa dan golekkan di atas kelapa parut.



6 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.azian
kesukaan sy ni, memang sedapp
hari tu ada jg buatu ikut kukus t tp cam lembik
walaupun lembik sedapp he hee

Azian Nd said...

Wkmsalam mama sara nur. akak pun sukaa....yg ini ok jer pulak walaupun kukus. Memang betul..lembik pun sedap...

hana said...

assalamualaikum kak.yan...
sedapnyer sagu nih... peberet sepanjang zaman.... kita pon kadang buat terlembik! tp tetap sedapppp

Cendana Kasih said...

salam kek..uuuu...sedih bab kuih2 kukus ni, sbb pengukus trio saya dah rosak !! uwaaaaa...

Azian Nd said...

Hana,Wkmsalam..
yup fav dari duluuuu...kuih lama-lama ni di sukai sepanjang zaman...

Azian Nd said...

Mah...apa lagi..sambar aje ler yg baru...