Saturday, February 18, 2012

SERIMUKA GULA MERAH



Satu lagi kuih traditional yang saya buat tempohari. Maaflah yer tinggal gambar ajer... 

Pepatah ada mengatakan orang memberi kita merasa dan si pemberi juga turut sama dapat merasakannya.

Terima kasih buat teman merangkap jiran yang vrooomm vrooommm ke Thailand tempohari. Balik ke sini 

dengan membawa ole-ole beras pulut pandan dan gula merah. Apalagi...kebetulan jiran saya itu dan 

keluarganya suka sangat makan kuih serimuka, maka saya pun buatlah serimuka gula merah ni.



Kali ni buat cara tradisional pula. Tiada masak naik wap dulu seperti yang sekarang ini diajar di kelas 

memasak. Baru-baru ini saya ada berbual dengan kakak bagaimana arwah emak menyukat kadar kepekatan batter.

Rugi benar rasanya kerana saya tak sempat mempelajarinya dari arwah emak. Beliau hanya menggunakan jari 

dan kadar kelekatan batter pada jari yang menentukan. Orang dah expert tentu mudah ya...kuih serimuka 

arwah memang selalu di cari ketika beliau berjual dulu  ... 




Kuih ni memang sedap. Pulutnya lembut ajer tetapi tidak lembik. Serikayanya pula sungguh sedap. Gula yang

 di bawa dari Thailand itu harum baunya...

SERIMUKA GULA MERAH

BAHAN-BAHAN

LAPISAN BAWAH

3 Cawan beras pulut
(cuci dan rendam semalaman)

2 1/2 cawan santan cair
(perahan kedua dari sebiji kelapa)

1 tsp garam

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Panaskan kukusan.

2. Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang.

3.Satukan garam dan santan cair. Tuang kedalam pulut separas permukaan pulut.

4. Kukus sehingga pulut masak.

5. Sediakan sebuah loyang lain dan alas dengan plastik. Sapukan sedikit minyak masak.

6. Masukkan pulut dan ratakan sambil menekan pulut sehingga mampat.

7. Taburkan sedikit tepung gandum pada permukaan pulut.

8. Masukkan kedalam kukusan dan tuangkan perlahan-lahan lapisan atas. Tahan adunan batter dengan sudu semasa menuang batter di permukaan pulut.

9. Kukus sehingga masak atau selama lebih kurang 30 minit.

10. Sejukan sebelum dipotong dengan pisau plastik.

BAHAN LAPISAN ATAS

1 1/4 cawan santan pekat.

1 cawan air

4 keping gula merah leper

1/2 cawan gula pasir
(tinggalkan jika mahu kurang manis)

2 helai daun pandan

5 tbsp tepung gandum

3/4 tbsp tepung ubi


4 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak gula pasir, gula merah dan daun pandan bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan sebentar.

2. Satukan kedua-dua jenis tepung dan gaul bersama santan dan garam.

3. Tuangkan air gula dan kacau rata.

4. Pecahkan telur dan gaul rata.

5. Tapis dan curahkan ke atas pulut.

Nota: batter boleh juga di pukul dengan mixer atau dikisar di dalam blender supaya rata.

Ikatkan kain maslin pada tutup kukusan supaya air tidak menitik.


9 comments:

dedetea said...

waaahh nampak lezat tuh cake,akan saye cuba kalu boleh,hehehe

Gee® said...

sedapnyaaaa serimuka... berseri2 gitu....bak nk sepotong...

kakna said...

salam..
kakna suka serimuka gula merah tapi tak ada resepi.
mohon izin resepi ye..

azian said...

Dedetea, selamat mencuba ya....

azian said...

Gee®,
Memang berseri siapa yg memakan nya hehehe...

azian said...

Wkmsalam Kakna, silakan....

Chik Mimi said...

Assalam kak Yan ,lama tak singgah sini saya peminat serimuka gula merah ni nampak sedap boleh try nanti

dzilazee said...

Maaf bertanya..'tbsb' apa makna nya ye?

Azian Nd said...

dzilazee ,tbsp maksudnya table spoon.