Monday, July 11, 2011

CARROT CAKE



Assalamualaikum...

Selalunya apabila terasa ingin makan carrot cake saya akan ke Secret Recipe untuk menikmatinya sepotong.

Kali ini saya buatnya sendiri kerana bukan saja ingin makan tetapi juga ingin mencuba resepi yang saya rasa 

patut dicuba kerana kelembapannya. Bezanya dengan kek dari SC hanyalah penggunaan kismis yang di 

gantikan dengan nenas dalam tin.



Bila buat sendiri semestilah creamnya kena tebal-tebal. Itu sudah semestinya kerana anak-anak telah 

berpesan kepada saya tentang itu. Ikut kan hati muak rasanya.... Tapi...ikut sajalah labu!

Kebetulan ....ini juga untuk meraikan ulangtahun kelahiran orang tersayang!



Saya hanya menggunakan peralatan apa yang ada. Begitu puas hati dengan resepi ini dan di masa akan datang 

akan saya tambah juga dengan kismis. I loike kismis.....

Kepada yang berminat nak mencuba tu boleh lah tinjau-tinjau resepi kat bawah ni.....


CARROT CAKE

BAHAN-BAHAN

1 Cawan minyak 
(corn oil)

1 cawan gula kastor

1 cawan tepung naik sendiri

5 biji telur

1 cawan carrot 
(telah disagat)

1/2 cawan walnut* 
(saya guna pistacio)

1/2 cawan nenas dlm tin*

1/2 cawan kismis

2 sudu cinnamon powder

1 tbsp soda bikarbonat

1 tsp garam

1 tsp esen vanila.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Cincang bahan yang bertanda *.

2. Ayak tepung, soda bikarbonat, garam dan cinnamon powder.

3.Pukul gula bersama minyak hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga kembang.

4. Masukkan tepung dan kaup balikkan adunan.

5. Masukkan pula nenas, walnut dan kismis. Kaup balikkan perlahan-lahan . Jangan terlebih mengacau.

6. Masukkan kedalam tin pembakar yang tela di gris dan bakar didalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 40-60 minit dengan suhu 160-C atau mengikut oven masing-masing.

7. Setelah masak sejukkan kek dan sapukan cream cheese topping.


CREAM CHEESE FROSTING

500 gm cream cheese

100 gm butter

4 cawan gula icing
(saya guna 3 cwn saja)

1 tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Letakkan butter dan cream cheese pada suhu bilik tetapi jangan di biarkan cair.

2. Ayak gula icing supaya frosting tidak berketul.

3 Satukan semua bahan dan pukul hingga kembang tetapi jangan terlalu kembang kerana frosting akan menjadi agak lembik.

4. Sapukan pada permukaan kek dan licinkan dengan merendam spatula dengan air panas. Hias mengikut citarasa.



3 comments:

Kjee said...

sedapnya Yan. baru petang tadi Kjee teringat nak buat. dah lama tak buat. cantik deko awak. bab deko kjee memang tak lulus. hehehe

siti ajar bt yaakob said...

sedapnya azian,,nak cuba juga tapiiiiii,...nanti saya yg kena habiskan...jadi gemuk la....tu yg tak nak buat tu..tp nampak mudah je kan,,tq azean,..

azian said...

Siti Ajar,
tq singgah sini. Buat sekali sekala ajer tak mengapa.

Kjee,
Belum cukup smooth lagi deco nya tu. Jarang-jarang buat tp memng minat bah deko mendeko ni.