Friday, December 16, 2011

CHOC CUPPIES WIF CREAM CHEESE TOPPING



Bila tiba bulan 12 ni selalunya saya akan teringatkan peristiwa Highland Tower di mana ketika itu saya sedang 

sarat mengandung anak kedua. Hari-hari dengar siren macam-macam memandangkan saya boleh melihat 

tempat kejadian dari rumah saja dan akhirnya baby dalam perut saya pun teruja sangat nak keluar awal 28 

hari dari tarikh due.

Maka pada 15hb Dec 1993, lahirlah Amirul. Nama pilihan abahnya. Satu nama saja seperti nama abahnya.

18 tahun usianya kini. Kepada Amirul tentu tahu apa yang ingin ibu katakan dan doakan kerana ibu tahu 

Amirul seorang anak yang amat memahami.....





Kalau dulu-dulu sewaktu anak-anak masih kecil,meriah sungguh di kala harijadi, pasti saya akan buat majlis makan-

makan bersama keluarga dan jiran-jiran setiap kali tiba giliran menyambut harijadi. Tapi bila dah masuk 12 tahun saya pun berhentikan sambutan seperti 

itu untuk memberitahu mereka bahawa sambutan itu bukan satu kemestian. 

Tapi saya tetap akan buat kek atau apa saja yang istimewa.





Kali ini saya buat cuppies dari resepi kek yang selalu saya buat. Senang dan pasti menjadi memandangkan 

kekangan waktu yang saya lalui kini. Decornya pun yang simple ajer.

Oleh kerana Amirul amat sukakan cheese maka topping nya saya gunakan cream cheese.

Sungguh gebu dan berkrim.....Terasa nikmat memakannya bila di satukan chocolate cake dan cream cheese.



Inilah hasilnya dan sempat juga saya bawa untuk di kongsi rasa bersama anak-anak buah dan keluarga yang datang 

menziarah dan menjaga atok mereka di hospital.

Untuk anak-anak buah yang dah rasa tu dan teman-teman yang nak mencuba, kalau nak buat bolehlah ikut 

resepi seperti kat bawah ni ya.....


CHOCOLATE CUPCAKES WIF CREAM CHEESE TOPPING

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

2 Cawan tepung SRF

2 Cawan gula kastor

1 bar butter

6 biji telur

1tsp esen vanila

papercup secukupnya

BAHAN B

1 Cawan chocolate powder

1 1/4 Cawan air panas

1/2 Cawan gula

TOPPING

250 gm Cream Cheese
(suhu bilik)

250 gm gula icing
(saya guna 200 gm saja)

250 butter
(suhu bilik)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan bahan B. Kacau sehingga semua larut dan ketepikan. 

2 Ayak tepung.

3. Pukul butter bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil di putar perlahan.

4. Masukan tepung berselang seli larutan coklat sehingga habis. Masukkan esen vanila dan kacau rata.

5. Tuang adunan kedalam papercup separas 3/4 ketinggian papercup. 

6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit sebelum pembakaran bermula dengan kepanasan 160 darjah celcius selama 30-40 minit atau mengikut oven masing-masing.

7.Bila telah masak, sejukkan.

TOPPING

1. Satukan gula dan butter yang telah di lembutkan pada suhu bilik. Pukul hingga putih.

2.Masukkan pula cheese yang tela dilembutkan pada suhu bilik dan putar lagi sehingga sebati.
( saya hanya putar sebentar supaya kekal rasa cheese.)

3. Ratakan pada cuppcake dan hias mengikut citarasa.



1 comment:

Cendana Kasih said...

salam akak...tgk cuppies ni, tingin plak saya nk makan... boleh geng la dengan Amirul, suka cis... hehehe

Hepi Birthday Amirul..semoga menjadi anak yang membahagiakan hati kedua ibu bapa !!