Tuesday, September 27, 2011

MISS RED VELVET



Ceria sungguh pagi ini ,hujan dimalam hari dan ketika ini sang suria mula menonjolkan diri. 

Semuga begitu juga lah ceria hendaknya pada diri anak sulong saya Nurul Ashiqin yang menyambut hari

kelahiran nya yang ke 20 tahun hari ini. Masih segar diingatan saya saat melahirkan di Pusrawi Jalan Pahang

ketika itu, saya orang yang pertama masuk wad dan saya jugalah orang yang terakhir bersalin. Lepas seorang

demi seorang tangisan bayi kedengaran tetapi suara bayi saya masih belum juga kedengaran! Dapatlah saya

mendengar kelincahan Dr Nor Ashikin Mokhtar,yang kini founder & executive Chairman Prima Nora

Medical Centre yang cantik molek itu dan kini telah pun bergelar 'Datok" Tidak dinafikan kecekapan beliau mengendalikan ibu-ibu

yang sedang berperang dengan kesakitan untuk melahirkan.

Dan bersempena namanya juga menjadi pilihan dari list nama yang telah saya pilih sejak awal lagi. Suatu

kebetulan.......




Semalam saya telah meluangkan sedikit waktu menyediakan Red Velvet Cupcakes dan Macaroni goreng

untuk dibawa ke Melaka malam tadi. Kakak(panggilan untuknya) sedang menghadapi 'exam week.'

Mungkin dek kerana tidak sangka kami akan datang ke kolejnya (Saya rahsiakan darinya dengan bantuan

teman rapatnya) kakak begitu terharu.. 


Doa ibu semuga kakak menjadi seorang insan yang solehah dan berjaya dunia akhirat....



Meriah sungguh cupcakes yang saya buat kali ini... bertatahkan delima merah lagi tu...

Anak-anak saya memang la gemarkan Cheese yang menimbun kat atas tu.... Tambah mengoda pulak dengan 

warnanya itu. Biasalah....yang mengancam kalor nya tu semua pun suka! Bila saya tanya kepada anak saya 

Imran, "sedap tak baby" dia kata "sedap...aby dah makan 2 biji" Aiiiik baru ajer ibu siapkan dah 2 biji kena 

makan...Betul la sedap maknanya tu!...hahahaha....

RED VELVET CUPCAKE

BAHAN-BAHAN

1 cawan butter
(Suhu bilik

3 biji telur (A)

3 cawan tepung naik naik sendiri

1 1/2 cawan susu full cream*

1 tbsp cuka*

2 1/4 cawan gula halus

2 tbsp serbuk koko

1 1/2 tsp soda bicarbonat
(saya skip yg ini)

2 tbsp pewarna merah

1 1/2 tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN;-

1. Masukkan cuka kedalam susu sambil di kacau rata. Biarkan selama 10 minit .
(untuk menghasilkan buttermilk)

2.. Ayak bersama tepung, serbuk koko beserta soda bikarbonat.
Tip:- Saya di ajar oleh cikgu supaya sentiasa mengayak tepung sebanyak 3 kali supaya cukup pengudaraannya dan rata bahan-bahan campuran)

3. Putar gula dan butter hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Putar rata sehingga tiada telur cair.

4. Masukkan pewarna merah dan putar lagi sebentar supaya pewarna rata.

5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu/ buttermilk. 


6. Masukkan kedalam beg piping dan paipkan sebanyak 3/4 paras kertas cupcake.

7. Bakar selama 30-40 minit 160-C atau mengikut oven masing-masing.

8.Hiaskan dengan cream cheese dan decor idaman.




CREAM CHEESE

250 gm cheese*

250gm butter*

200 gm icing sugar

1tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Biarkan butter dan cheese lembut pada suhu bilik

2. Putar semua bahan  hingga kembang.


4 comments:

Gee® said...

sedapnyaaaa.....

Sheila Shafeareen said...

Asalamualaikum Ka yah semalat hari lahir buat ank akk...moga menjadi insan yg cermelang gemilang tebilang,

menarik kek RVV akk ni sy x pernah mkn lg ...npk cam sdp..nak pulak letak cremm tu...warna kek yg menarik

ady said...

as-salam
cantiknye dan menarik red velvet cupcake tu..

Unknown said...

baru nak mnnya resepi,da ade, :D tp mmg sedap cupcake!
thx aunty!