Monday, October 8, 2012

MY PAVLOVA


Assalamualaikum...
Tentu ramai yang telah mencuba dessert ni ya..Sedap walaupun agak manis rasanya. Kalau lepas makan yang pedas-pedas alangkah nikmatnya bila kita dapat makan pavlova ni...Walaupun nampak macam rumit  nak membuatnya sebenarnya senang ajer...Cuma ianya memerlukan kos yang agak tinggi juga lebih-lebih lagi jika kita gunakan buah-buahan yang mahal. Kalau nak jimat guna ajer buah anggur, oren sunkis atau mangga. Rasanya sama ajer!


Sebenarnya dah lama betul saya buat Pavlova ni dan dah beberapa kali juga. Cuma terlepas pandang nak upload kat blog aje. Anak-anak saya memang sukakannya. Ada kala tu yang ranggup di permukaan Pavlova tu habis di korek dan yang tinggal hanya bahagian yang serupa marshmallow tu aje. Jadi kenalah akak yang  habiskan... nasib ada buah-buahan yang beraneka tu...tak la terasa manis sangat.
Kalau makan Pavlova ni kena beringat terutama yang sensitif dengan gula. Takut-takut naik pula indeks bacaan gula dalam badan....Jadi sekali-sekala aje la boleh layan anak tekak dengan Pavlova ni...


Yang ni saya buat double layer...sengaja letak buah markisa supaya rasa masam itu mampu mengurangkan rasa manis Pavlova....
Resepi Pavlova ini saya ambil dari SINI....rasanya ramai yang dah mencuba resepi dari Joy Of Baking.com ni. Apapun saya catatkan semula resepi tersebut di dalam Bahasa Malaysia.

PAVLOVA
Sumber: Joy Of Baking.com

BAHAN-BAHAN

4 biji putih telur

1 cawan gula
(saya guna 1/2 cawan)

1/2 tsp esen vanila

1tsp cuka
(saya guna lemon)

1/2 tbsp tepung jagung

TOPPING

240 gm whipping cream

1 1/2 tbsp gula halus

1/2 tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul putih telur di dalam bekas yang benar-benar kering sehingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga benar-benar likat/kembang dan berkilat. (bila terbalikkan bekas telur tidak jatuh)

2.Renjiskan esen vanila dan cuka.Pukul sebentar. Taburkan pula tepung jagung dan kaup balikkan.

3. Bentukkan meringue di atas loyang beralas kertas dan bakar di dalam oven yang telah di panaskanselama 10 minit dahulu dengan kepanasan 160 darjah celcius dan bakar selama 60- 70 minit.

4. Setelah masak, tutup suis dan biarkan pavlova di dalam oven yang terbuka sehingga sejuk.

5. Sapukan topping di atas pavlova dan susunkan buah-buahan pilihan.

6. Untuk topping, satukan semua bahan untuk topping dan pukul sehingga kental. 


6 comments:

inazamri said...

camne la rasa pavlova ye coz saya tak penah makan.selalu tengok kat blog org je.rasa tingin pulak

mama sara nur said...

assalam
wah mengancam nengoknya, pavlova ni kan
duk tgk je tp tak penah rasa lg

Cendana Kasih said...

faberet suami saya ni kak Yan, kalo orang tempah, terpaksa saya buat lebih

HALAMANKU said...

Salam kak Yan.. rajinnyer..memang terliur melihatnyer.. memang mahal ngan buah2an aneka n sedap2 tu.. he he he setakatni erma tak pernah wat sendiri mkn yg org buat jek.. memang agak manis tapi gandingan buah2 tu seimbang.. lg2 akak byk guna strawberi, kiwi, rasberryy... nyum2 nak join kak..

dZana said...

mmg best mkn dgn buah2 yg masam kan.. tak terasa sgt mnis pvlova tu..

azian said...

Inazamri,
Rasanya macam marshmallow..tapi sedap di makan bila ada buah buahan tu...

Mama sara nur,
wkmsalam. Kena try sekali baru puas hati...

Cendana kasih,
dah fav dia kan...senangla buat sekali harung...

Erma,
Bila tengok memang rasa nak makan...tapi bila ingat manisnya tu...kena makan dengan buah masam-masam...Akak sebenarnya lebih suka makan dgn buah mangga...

dZana,
Betul tu...