KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, November 18, 2011

KENANGAN BUBUR SOM SOM



Assalamualaikum wbh...

Salam rindu dari saya kepada pengunjung Sentuhan Azian. Terlalu ingin selalu bersama berkongsi  idea 

memasak tetapi masa begitu terhad untuk itu memandangkan juga acara masak memasak yang di laksanakan 

di rumah telah jatuh kearah masakan 'asal sempat'.

Jadual rutin harian saya berubah 100 peratus lebih-lebih lagi tuan punya diri juga agak kurang sihat. Doakan 

kesejahteraan keatas saya dan dipermudahkan segalanya ya.....

Teringat kembali ketika abah saya masih di tahap awal terkena serangan stroke. Beliau masih mampu makan 

makanan yang lembut-lembut. Sebagai anak yang memahami kesukaan abah, saya cuba memenuhi 

kesukaannya  terhadap manisan dengan membuat Bubur Som Som.






Betapa gembiranya saya apabila habis Bubur Som Som itu di makannya. Lebih teruja ketika saya suap 

dan di tanya nak lagi, abah menganggukkan kepala. Senang sikit hati ada makanan yang di makannya 

memandangkan yang lain beliau menolak.

Tapi kini tiada makanan yang mampu saya masak untuk abah memandangkan dia kini terlantar di hospital dan 

hanya mampu di berikan susu melalui tiub sahaja. Semuga Allah memakbulkan doa saya agar abah cepat 

sembuh dan di permudahkan segalanya ...





Selalunya saya tak sukat pun adunan Bubur Som Som ni jika mengikut resepi saya. Tapi kali ini saya 

mencuba resepi dari Che Ct Delima kita... Begitu tertarik dengan kelembutan kuih tersebut. 

Resepi Che Ct menggunakan sedikit tepung hong Kwee . 

Memang sedap ..lebih-lebih lagi dimakan dalam cuaca panas dan di simpan bubur som som itu didalam peti 

sejuk sebentar.....



BUBUR SOM SOM


BAHAN-BAHAN

1OOgm tepung beras

30 gm tepung Hong Kwee

500 ml santan

500 ml air
(saya guna 1000ml santan)

1 tsp garam

1 helai daun pandan.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga larut.(kecuali daun pandan)

2.Masukkan daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga agak likat.

3. Bahagi dua dan warnakan mengikut citarasa.

4. Tuang kedalam acuan yang di lengser dengan sedikit minyak mengikut citarasa masing-masing.

5. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk sebentar.

6. Hidang bersama air gula kabung.




AIR GULA:-

1 Keping gula kabung

2 sudu gula kasar

1000ml air

1 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:

Masak kesemua bahan hingga larut dan menggelegak. Tapis dan sejukkan.



3 comments:

Gee® said...

K.Gee doakn abah azian cepat sembuh...

LadyBird said...

smg ayah akak cepat sihat... ameeeennn..

ady said...

as-salam
sedapnye bubur som2 ni kalau dimkn sejuk2..Yum yummm..