Friday, January 4, 2013

CREAM CHEESE KASTARD TRIFFLE


Hallooo...Assalamualaikum wbr...
Saban hari saya mampu lalu lalang aje blog saya ni Itu pun menggunakan tab...tak mampu nak buat apa-apa. Rindu teramat sangat sebenarnya. Tapi nak buat macam mana ya saya terpaksa mendahulukan yang penting dulu iaitu anak-anak dan persekolahan. Apatah lagi lappy saya ni buat perangai pulak dia...tak boleh buka lama, nanti dia off sendiri. Agaknya dah tiba masanya untuk di'rawat'. Semua itu membantutkan semangat saya berkarya sementelah pula sememang nya mood pun ada kureng jugak la....


Jom kita cerita pasal makan-makan...
Dessert ini saya buat masa kenduri tahlil arwah kedua ibu dan bapa saya tempohari. Saya sempat buat sebanyak 100 bekas sahaja. Memang berhajat sangat nak buat dessert ni dan akhirnya tercapai juga...
Memang dapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan. Bak kata orang tu...tak cukup la... Hanya tetamu yang duduk di dalam saja yang sempat merasa.
Sampai kakak sulong saya kata lain kali buat 1000 bekas baru puas makan...
Memang sedap! Bukan nak naik bakul angkat sendiri ya...tapi saya sendiri pun tak puas makan satu mau 4 atau lima bekas baru puas . Sampai ada tetamu yang tak segan silu bertanya resepi. Padahal nak membuatnya sempoi ya amat.
So kerana itu percubaan yang pertama untuk kenduri dan kebetulan saya seorang ajer yang membuatnya dan tak berapa sihat pula ketika itu, akan datang saya akan pastikan ada yang membantu...(jaga wahai anak-anak dan anak -anak saudara ku...bersedialah berkhidmat!) dan boleh la buat banyak-banyak...


Saya pernah makan kastard ini tetapi teksturnya agak keras sedikit. Bagi saya lebih ummph kalau kastard dan jellynya itu lembut bergoyang....Selalunya Triffle ada di letakkan swiss roll atau kek span. Saya lebih gemarkan yang tanpa itu semua..hanya kastard, jelly dan cream cheese serta di taburkan sedikit buah buahan koktel dan segar.


Kepada mereka yang bertanyakan resepi terutama anak-anak saudara yang ingin mencuba, sorry baru sekarang dapat diluangkan waktu untuk mengupload resepi dessert ini....

CREAM CHEESE KASTARD TRIFFLE

BAHAN-BAHAN

1 tin koktel buah-buahan
(asing kan buah dan air)

Buah buahan segar

Bekas bulat secukupnya

KASTARD

1 tin susu cair
(saya guna cap Ideal)

3 cawan air
(campur bersama syrup koktel )

1/2 cawan gula pasir

4-5 tbsp tepung kastard
(tambah jika perlu)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan kesemua bahan dan di kacau rata. Masak di atas api yang perlahan sehingga agak pekat dan berkilat.
2. Masukkan kedalam bekas bulat atau cawan dessert separas 1/4. Ketepikan.

JELLY

1 Peket instant jelly
(saya guna perisa raspberry

CARA PENYEDIAAN:-

1. Masak mengikut cara yang di anjurkan. Saya tambahkan lebih sedikit air kira-kira 1/4 cawan untuk mendapat tekstur jelly yang agak lembik.
2. Biarkan sejuk sedikit baru di tuang di atas kastard yang telah sejuk tadi.

3. Berhati-hati ketika menuang jelly. Tuangkan di permukaan tepi bekas supaya kastard tidak rosak.

CREAM CHEESE

250 gm cream cheese
(biarkan sebentar pada suhu bilik)

250 gm whipping cream

1 tsp esen raspberry

1/4 cawan gula kastor

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Putar wipping cream sehingga kental

2. Didalam bekas lain, putar pula cream cheese dan gula sehingga putih.

3.Satukan keduanya dan masukkan esen raspberry. Putar sebentar supaya rata.

4. Masukkan kedalam piping beg bernozzle pilihan dan paipkan di atas jelly. Taburkan buah-buahan koktel atau buah-buahan segar atau keduanya sekali.


1 comment:

mama sara nur @ Cik Nor said...

selamat thn baru

sedappnye, tq for share resepi he he blh try nanti