Esok hari minggu tentulah ramai yang meluangkan masa untuk masak-masak dan makan-makan
seisi keluarga terutamanya yang bekerja. Hari minggulah hari untuk mempraktikkan skil
memasak. Tapi bagi saya pula hari Sabtu dan Ahad selalunya 'restoran azian' ditutup. Ya
lah....tuannya pun perlu juga rehatkan...
Bagi yang tiada idea nak masak apa bolehlah mencuba Sotong Kembang Masak Kicap. Lari sikit
dari kebiasaan...selalunya sotong kembang ini di masak bercili. Kalau di masak berkicap anak-
anak pun suka....
Saya menyukai Sotong Kembang yang kurang berair. Maka sotong tu saya sangai dulu selepas di
cuci dan di potong. Apabila airnya telah keluar saya tapis dan tos kan baru lah dimasak seperti
biasa.
SOTONG KEMBANG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN
2 Ekor sotong kembang
3 tbsp cili kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tbsp kicap pekat
2 tbsp kicap manis
2 tbsp sos tiram
1 Inci halia
2 tbsp air asam jawa
cili merah
bawang besar
1tbsp tepung jagung
CARA MEMASAK:-
1. Cuci dan potong sotong mengikut citarasa. Sangai sebentar sehingga keluar airnya dan toskan.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah serta halia yang telah ditumbuk lumat hingga naik bau atau kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili benar-benar masak atau naik minyaknya.
4. Masukkan kedua-dua jenis kicap dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan pula air asam jawa.
5. Masak hingga kuahnya agak sebati dan masukkan pula sotong, cili merah yang telah di hiris beserta bawang besar yang di hiris bulat kasar-kasar. Gaul rata dan masak sebentar sahaja. Bolehlah di angkat dan di hidang.
2 comments:
wow! nampak menyelerakan!! 0.0
Sangai tu nak buat macam mana
Post a Comment