Wednesday, July 14, 2010

Nasi Goreng Ayam Kunyit


Menu makan malam semalam. Itulah menu ringkas jika di landa penyakit kurang rajin. Bukan malas 

yer...kalau malas tu jawabnya juadah tunjuk ajelah...

Bukan malas dalam erti kata tak mahu masak cuma untuk  mengemas semua selepas aktiviti memasak itu 

yang menyebabkan aku kurang 'bersemangat' .

Jika dulu sewaktu ada pembantu semuanya diselesaikan olehnya dan aku hanya melakukan aktiviti 'final' aje.

tapi semuanya telah berakhir kerana sekarang aku memegang semua jawatan yang ada termasuk menjadi 

'bibik' dan hanya mereka yang melalui akan mengerti bagaimana tugas seorang surirumah.Betapa 

pengorbanan seorang surirumah seperti aku tidak begitu menonjol atau gah tetapi aku yakin jika tiada maka 

pincanglah perjalanan sebuah keluarga.Bukan itu sahaja , ada yang memandang sebelah mata terhadap 

surirumah malah ada yang mengatakan seorang surirumah tidak berkembang fikirannya. Benarkah begitu? 

Satu tuduhan yang amat menguris hati  hanya kerana seorang surirumah tidak bergaul lelaki perempuan di luar, 

tidak memakai pakaian cantik-cantik setiap hari untuk ditatap orang lain dan yang penting tiada bonus atau 

kenaikan gaji dihujung tahun atau ada juga yang tiada gaji dihujung bulan setelah melakukan kerja dari 'celik 

mata hingga ke pejam mata' setiap hari.

Emosinya aku hari ini.......

NASI GORENG AYAM KUNYIT
Sumber:Azian Collections

AYAM KUNYIT

BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam

(potong kecil dan bersihkan)

1 labu bawang besar

4 Batang kacang panjang

4 batang jagung muda

karot

Cili api/merah

2 Ulas bawang putih
(kisar)

1 sudu sos tiram


CARA MEMASAK

1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( lebih sedikit). Goreng garing.

2.Gunakan sedikit minyak lebihan mengoreng tadi dan tumis bawang putih. 

3. Masukkan semua sayur kecuali cili dan bawang besar. Tuangkan 1/4 cawan air, sos tiram dan garam.
Masak sebentar dan masukkan ayam serta bawang besardan cili.

4. Gaul rata dan angkat.

Nota: Lumurkan kunyit lebih dari biasa pada ayam.




NASI GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN

1mangkuk besar nasi

3 Biji cili merah*
(tambah cili api jika suka pedas
@ buang biji cili utk anak2)

6 Ulas bawang merah*

2 Ulas bawang putih*

Segenggam ikan bilis*
(rendam)

2 Biji telur

1/2 kiub ayam


CARA MENYEDIAKAN


1. Kisar bahan yang bertanda * (tumbuk lebih baik)

2. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau/kekuningan menggunakan sedikit minyak lebihan menggoreng ayam tadi.. Masukkan garam secukup rasa dan juga kiub ayam..


3. Masukkan nasi dan kacau rata.Kuak sedikit nasi dan pecahkan telur . Rata-ratakan supaya telur masak.Gaul rata bersama nasi sebentar dan bolehlah diangkat.


Nota: Lebihan minyak berkunyit akan mewarnakan nasi.




6 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam kak yan wohhh rmh baru npk cantik siap ada buah oren lg..nasi hrh ni mmg dah npak sdp..kita suka ..kalau time mkn mlm msk mcm ni mmg laku....

Raqinah Rahiman said...

Mmg sedap������ saya dah try masak mmg terbaik..terima kasih share resepi ��

Azian Nd said...

Tkasih raqinah kerana mencuba..resepi simple aje tp kami sekeluarga memang sukakannya...

Anonymous said...

resipi ini sesuai untuk berapa orang ya?

Unknown said...

dah try masak for first time . nyummmm

Azian Nd said...

seronok saya mendengarnya Sharmaine Olaw.