Menu makan malam semalam. Itulah menu ringkas jika di landa penyakit kurang rajin. Bukan malas
yer...kalau malas tu jawabnya juadah tunjuk ajelah...
Bukan malas dalam erti kata tak mahu masak cuma untuk mengemas semua selepas aktiviti memasak itu
yang menyebabkan aku kurang 'bersemangat' .
Jika dulu sewaktu ada pembantu semuanya diselesaikan olehnya dan aku hanya melakukan aktiviti 'final' aje.
tapi semuanya telah berakhir kerana sekarang aku memegang semua jawatan yang ada termasuk menjadi
'bibik' dan hanya mereka yang melalui akan mengerti bagaimana tugas seorang surirumah.Betapa
pengorbanan seorang surirumah seperti aku tidak begitu menonjol atau gah tetapi aku yakin jika tiada maka
pincanglah perjalanan sebuah keluarga.Bukan itu sahaja , ada yang memandang sebelah mata terhadap
surirumah malah ada yang mengatakan seorang surirumah tidak berkembang fikirannya. Benarkah begitu?
Satu tuduhan yang amat menguris hati hanya kerana seorang surirumah tidak bergaul lelaki perempuan di luar,
tidak memakai pakaian cantik-cantik setiap hari untuk ditatap orang lain dan yang penting tiada bonus atau
kenaikan gaji dihujung tahun atau ada juga yang tiada gaji dihujung bulan setelah melakukan kerja dari 'celik
mata hingga ke pejam mata' setiap hari.
Emosinya aku hari ini.......
NASI GORENG AYAM KUNYIT
Sumber:Azian Collections
AYAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam
(potong kecil dan bersihkan)
1 labu bawang besar
4 Batang kacang panjang
4 batang jagung muda
karot
Cili api/merah
2 Ulas bawang putih
(kisar)
1 sudu sos tiram
CARA MEMASAK
1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( lebih sedikit). Goreng garing.
2.Gunakan sedikit minyak lebihan mengoreng tadi dan tumis bawang putih.
3. Masukkan semua sayur kecuali cili dan bawang besar. Tuangkan 1/4 cawan air, sos tiram dan garam.
Masak sebentar dan masukkan ayam serta bawang besardan cili.
4. Gaul rata dan angkat.
Nota: Lumurkan kunyit lebih dari biasa pada ayam.
NASI GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN
1mangkuk besar nasi
3 Biji cili merah*
(tambah cili api jika suka pedas
@ buang biji cili utk anak2)
6 Ulas bawang merah*
2 Ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis*
(rendam)
2 Biji telur
1/2 kiub ayam
CARA MENYEDIAKAN
1. Kisar bahan yang bertanda * (tumbuk lebih baik)
2. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau/kekuningan menggunakan sedikit minyak lebihan menggoreng ayam tadi.. Masukkan garam secukup rasa dan juga kiub ayam..
3. Masukkan nasi dan kacau rata.Kuak sedikit nasi dan pecahkan telur . Rata-ratakan supaya telur masak.Gaul rata bersama nasi sebentar dan bolehlah diangkat.
Nota: Lebihan minyak berkunyit akan mewarnakan nasi.
6 comments:
Salam kak yan wohhh rmh baru npk cantik siap ada buah oren lg..nasi hrh ni mmg dah npak sdp..kita suka ..kalau time mkn mlm msk mcm ni mmg laku....
Mmg sedap������ saya dah try masak mmg terbaik..terima kasih share resepi ��
Tkasih raqinah kerana mencuba..resepi simple aje tp kami sekeluarga memang sukakannya...
resipi ini sesuai untuk berapa orang ya?
dah try masak for first time . nyummmm
seronok saya mendengarnya Sharmaine Olaw.
Post a Comment