Monday, July 12, 2010

CAPATI


Capati merupakan makanan tradisi kaum Sikh yang juga menjadi kegemaranku. Selalunya aku hanya makan 

Capati di restoran. Jika di Puchong,  capati di restoran Mafana menjadi pilihan. Tekstur capatinya yang 

lembut membuatkan aku kurang berminat di tempat lain.

Baru-baru ini suami membawaku menikmati capati di sebuah restoran di Jalan Ipoh berhampiran Hospital 

Tawakal( lupa namanya). Jika di situ haruslah dua keping untukku.Kuah dhalnya yang di campur kacang hijau 

begitu 'kena' dengan capatinya yang begitu lembut.

Pagi Sabtu kami bersarapan capati buatan ku sendiri. Adunan tepung telah keperap semalaman dan 

menghasilkan capati yang agak lembut. Pagi itu aku tidak membuat kuah dhal sebaliknya dilawan dengan 

sambal sardin.Percubaan kali pertama itu tidak gagal.Alhamdulillah....


BAHAN-BAHAN

Sumber: Internet


250 gm tepung Atta

180 ml air suam

Sedikit garam

1 sudu besar minyak sapi



CARA MENYEDIAKAN

1. Satukan tepung dan garam. Tuang air sedikit demi sedikit sambil di uli.

2. Bila telah menjadi doh, gaulkan minyak sapi dan uli lagi selama lebih kurang sepuloh minit. 

3. Bahagikan adunan mengikut saiz yang di kehendaki dan bentukkan ia menjadi bulat.( menghasilkan 6-8 

bebola) Masukkan ke dalam plastik dan perap semalaman.

4. Lumurkan bebola dengan tepung atta. Canai doh membulat.

6. Masak di atas kuali leper tanpa minyak sebentar. Terbalikkan. Sapukan sedikit minyak sapi dan tekan 

perlahan-lahan supaya capati menggelembung. Terbalikkan semula dan sapukan sedikit minyak sapi disebelah 

lain. Tekan perlahan -lahan lagi. Angkat .Hidang bersama kuah dhal atau sardin.


4 comments:

izahdaut said...

waahh..ingatkan segera punya...pandai akak buat capati sendirik ye..tahniah

Cikgu Zam said...

salam kak,
pandang wajah capati ni membuatkan saya rindu pada lempeng , hihih, mungkinkah malam atau petang ni ku masuk ke dapur utk menghasilkan lempeng??????

HALAMANKU said...

Salam akak... teringinnyer... erma x pernah mkn.. buatpun x pernah.. ppsssttt x gemar mamak he he he setakatni lah.. mana nak dapat tepung... nak raser 2 keping... he he he camana raser?

Azian Nd said...

Salam,
Izah, cubalah...senang ajer tau...gerenti boleh jadi.

Cikgu Zam,
Alaa kesian nyer dia...tak pa rindu-rindu dulu yer nanti balik sini boleh makan puas-puas.

Erma,
Rasanya mcm lempeng ajer cuma tak banyak minyak.Bagus utk org diet kerana banyak fibre.
Tepung atta akak guna brand gemini ada jual kat pasaraya.